Monday 31 October 2011

Gabenor yang Fakir

" Disini ingin ana kongsikan satu kisah yang menyayat hati ana, disampaikan dalam satu tazkirah Ramadhan oleh seorang ustaz beberapa minggu lalu, mengisahkan seorang gabenor kota Hams, Syiria yang dilantik oleh Khalifah Umar bin al-Khatab r.a. yang bernama Said bin Umair.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, datanglah utusan penduduk kota Hams kepada Khalifah Umar yang terkenal adil dan menyayangi rakyatnya untuk menyampaikan senarai mereka yang layak untuk menerima bantuan dari harta Baitulmal.

Apabila senarai tersebut diserahkan kepada Khalifah Umar, maka terperanjatlah Umar kerana didalam senarai tersebut adanya nama Said bin Umair. Beliau berada pada tangga ke-7 (tak salah ana) yang paling layak menerima bantuan. Untuk kepastian, ditanyanya, siapakah Said bin Umair ini.

Utusan itu menjawab, "Gabenor kami".

Dengan kehairanan Umar membalas, "Gabenor kamu itu fakir?"

Utusan itu menjawab, "Ya benar. Demi Allah! Sudah berhari-hari dapur rumahnya tidak berasap. Tidak ada makanan untuk dimasak".

Mendengar berita itu, Khalifah Umar menangis, Kemudian memasukkan seribu dinar ke dalam bungkusan dan berkata, "Berikan ini kepadanya untuk kehidupannya''.

Utusan itu kembali ke kotanya. Lalu diserahkan bingkusan itu kepada Gabenornya.
Seketika itu, dia melafazkan, "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un..inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.."

Bayangkanlah, itu yang diucapkan oleh beliau, seolah-olah beliau ditimpa masalah besar. Bayangkan lah saudara-saudari apabila menerima wang yang banyak. Tentu saudara-saudari pasti menyebut, "Alhamdulillah."

Isterinya terdengar kata-kata bernada sedih itu lalu bertanya, "Ada apakah? Apakah yang terjadi? Apakah hal yang terjadi ke atas amirul Mukminin?"

Said berkata, "Lebih dari itu. Sekarang
aku di datangi keduniaan yang hendak merosakkan akhiratku".

Isterinya menjawab, "Lenyapkan saja dunia itu." (Isteri Said bi Umair tidak tahu sama sekali tentang seribu dinar itu).
Said berkata, "Isteriku, sudikah kau akan membantuku melenyapkannya?"

Isterinya menjawab, "Ya."

Tanpa menunggu masa yang lama, mereka mengagihkan seribu dinar tadi kepada fakir miskin yang berada di dalam kota Hams.

Nak jadi cerita, pada tahun berikutnya, seperti biasa, apabila Khalifah Umar menerima senarai tersebut lagi sekali, Said bin Umair telah berada pada tangga PERTAMA mereka yang layak menerima bantuan Baitulmal.
Masya'allah.

Lagi sekali Khalifah Umar menghantar bantuan, tetapi pada kali ini telah diterima oleh isterinya, apabila dikhabarkan akan pemberian tersebut, seperti sebelumnya, beliau mengucap "inna lillah hi wa in nalillah hirajiun...." dan tidak mahu menerima wang tersebut. Tetapi setelah dinasihati dan dipujuk oleh isterinya untuk mengambil sebahagian kecil bagi kegunaan harian dan dapur (kerana keadaan mereka dah TERLALU TERUK), maka diambil sebahagian kecilnya dan yang selebihnya diagih-agihkan kepada fakir miskin.

Beberapa bulan kemudian, Khalifah Umar telah melawat kota Hams untuk mengetahui keadaan rakyatnya. Dia menemui penduduknya dan bertanyakan apa yang dilakukan gabenor mereka, Said bin Umair. Para penduduk menyampaikan rasa terima kasih dan memuji kebaikan Said bin Umair.

Namun, ada juga yang mengadukan
tiga hal yang tidak mereka sukai tentang gabenornya.
Bayangkanlah, seorang gabenor yang sebegini baik, masih ada juga yang cemburu dan masih mahu mengkhianatinya.

Oleh itu, khlaifah Umar telah memanggil Said supaya berdiri di hadapan rakyatnya untuk di adili.
Umar berharap, gabenor yang telah dilantiknya ini adalah pilihannya yang tepat, dan tidak mengecewakannya. Dipanggil juga ketiga-tiga pengadu tersebut untuk menyatakan aduan mereka. Lalu Umar berkata kepada mereka, "Apakah yang kamu tidak puas hati akan gabenor kamu? Katakanlah!".

Umar juga berkata berkata kepada Said (lebih kurang), "Wahai Said bi Umair, jawab lah setiap aduan mereka ini, saya mahu dengar dan saya berharap anda tidak mengecewakan aku".

Pengadu pertama menjawab, "Dia sering lewat keluar dari rumah untuk menemui rakyatnya. Biasanya dia akan menemui kami ketika hari sudah tengahari."

Amirul Mukminin Umar memandang Said bin Umair dan memintanya menjawab keluhan rakyatnya. Said pun berkata, "Demi Allah! Sesungguhnya aku tidak suka membuka masalah ini. Tetapi diatas permintaan Khalifah, maka akan aku jawab. Keluargaku tidak mempunyai pembantu. Aku membantu mereka membuat adunan roti. Lalu aku menunggunya sehingga masak dan menyiapkan sarapan. Setelah itu aku berwuduk, dan keluar bekerja menemui rakyat".
Masya'allah, bayangkanlah. Gabenor melakukan segala kerja rumah dan tiada pembantu. Memasak, dll.

Umar kemudian berkata, "Apalagi yang kamu tidak puashati terhadapnya?"

Maka pengadu kedua menjawab, "Pada waktu malam dia tidak mahu membuka pintu rumahnya untuk sesiapa pun".

Said menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya aku tidak suka menjelaskan hal ini juga. Aku telah membahagikan waktuku. Waktu siang untuk orang ramai (rakyat) dan waktu malam sepenuhnya untuk beribadat kepada Allah Azza Wa Jalla".

Hebat-hebat.... duniya dan akhirat....

Umar kembali berkata, "Apakah lagi yang kamu tidak berpuashati dengan tindakannya?"

Maka pengadu ketiga menjawab, "Setiap bulan dia memiliki satu hari yang tidak boleh diganggu oleh sesiapa pun."

Umar berkata, "Apakah jawapanmu tentang hal itu, Said?"

Said menjawab, "Aku tiada pembantu yang mencuci pakaianku. Dan aku juga tidak memiliki pakaian kecuali yang aku pakai ini. Pada hari itu, aku mencuci pakaianku dan aku tunggu sehingga kering. Sehingga itu aku tidak dapat menemui mereka. Aku menemui mereka setelah pakaianku kering dan kebiasaanya ketika hari telah petang."

Masya'allah... betapa zuhud dan fakirnya Said dan Umair ini.


Seketika itu Umar berkata, "Segala puji bagi Allah yang tidak mengecewakan sangkaan baikku padamu."

Hebat sungguh....

Tidak salah ana, dalam tazkirah tersebut ada menyebut aduan ke-empat. Pengadu keempat berkata, ada masanya, ketika Said bin Umair menyampaikan tazkirah, tiba-tiba beliau menjerit dan terus pengsan. Dahsyat sungguh dakwaan ini.

Maka diceritakan oleh Said mengapa. (lebih kurang), "Sesungguhnya dahulunya beliau merupakan salah seorang kufur yang jahat. Pada suatu masa dahulu, mereka telah menangkap utusan rasullullah dan meyeksa beliau dengan teruk, memaksa utusan tersebut menyekutukan Allah dan menghina Rasullullah s.a.w. Tetapi walaupun diseksa dengan hebat, utusan tersebut berdegil dan akhirnya meninggal dunia. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau bersumpah dengan nama Allah, semua mereka yang ada dalam majlis menyeksa beliau akan dilaknati Allah dengan seteruk-teruknya. Apabila beliau menyampaikan tazkirah, kadang-kadang teringatlah beliau akan kisah itu dan beliau berasa amat INSAF dan nampak seperti ajalnya amatlah hampir dan beliau amat menyesali dan berharap agar sumpah itu tidak menjadi kenyataan. Sebab itu lah beliau menjerit KETAKUTAN dan KEINSAFAN apabila terkenang peristiwa tersebut, sehinggalah beliau pengsan".

Masya'allah, betapa hebat para sahabat rasullullah. Mereka semua bekerja dengan baik, semuanya untuk ibadah dan beribadat seperti ajal mereka terlalu hampir.

Masih adakah para pemimpin di duniya ini seperti para sahabat rasullullah? Semuanya kini mementingkan HARTA, DARJAT dan KUASA. Selagi belum tercapai semuanya ini di duniya, selagi itu tidak berpuas hati dan tidak mahu menyerah diri.

Benarlah kata Said bin Umair, harta kekayaan itu mendekati kita kepada FITNAH dan menjauhkan kita dari AMAL IBADAT. "Inna lillah hi wa inna lillah hirajiun".

Sepenggal sebagai ADUN atau AHLI Parlimen, sudah memadai kepada para pemimpin kita untuk mengumpul HARTA kekayaan, darjat dan PANGKAT (sekurang-kurangnya bergelar Dato). Tempoh tersebut digunakan dengan efisyen. Masya'allah.

Tahukah anda, ZAMAN KEGEMILANGAN KERAJAAN ISLAM adalah semasa ZAMAN di mana NEGARA-NEGARA ISLAM memiliki para pemimpin seperti Said bin Umair. Ada yang sememangnya sudah KAYA, di laburkan segala harta mereka kejalan ALLAH.

Dan tahukah ANDA, ZAMAN KEJATUHAN KERAJAAN ISLAM adalah semasa ZAMAN dimana NEGARA-NEGARA Islam tidak lagi memiliki pemimpin seperti Para sahabat rasulullah dan Said bin Umair ini. Pemimpin semakin MEWAH, mempunyai MAHLIGAI BESAR, para gundik-gundik dan orang-orang suruhan yang ramai.

Adakah itu yang kita mahu? Percayalah janji ALLAH dan jangan tertipu dengan DUNIYAWI.

Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui. Ikuti dah ajaran dan peringatan Al-Quran dan Rasullullah. Sesungguhnya HUKUM ALLAH adalah sebenar-benarnya dan HUKUM MANUSIA karangan MANUSIA seperti Lord Reid adalah sementara sahaja.

Sunday 30 October 2011

Panitia Kesusasteraan Melayu SMK Jelai (F): Sajak Keberangkatan Ayah

Panitia Kesusasteraan Melayu SMK Jelai (F): Sajak Keberangkatan Ayah: Sajak karya Ratna Laila Shahidin ini memang menarik kerana ia mendapat hadiah utama sayembara dan panel sayembara menganggap sajak ini sama ...

Panitia Kesusasteraan Melayu

Panitia Kesusasteraan Melayu SMK Jelai (F): Soalan Percubaan SPM Kesusasteraan Melayu Negeri S...: Telah pun selesai Kertas Percubaan Kesusasteraan Melayu N. Sembilan bagi tahun 2011. Diharap rakan-rakan guru di seluruh negara dapat pula ...

Panitia Kesusasteraan Melayu

Panitia Kesusasteraan Melayu SMK Jelai (F): Soalan Percubaan SPM Kesusasteraan Melayu Negeri S...: Telah pun selesai Kertas Percubaan Kesusasteraan Melayu N. Sembilan bagi tahun 2011. Diharap rakan-rakan guru di seluruh negara dapat pula ...

Panitia Kesusasteraan Melayu

Panitia Kesusasteraan Melayu SMK Jelai (F): Soalan Percubaan SPM Kesusasteraan Melayu Negeri S...: Telah pun selesai Kertas Percubaan Kesusasteraan Melayu N. Sembilan bagi tahun 2011. Diharap rakan-rakan guru di seluruh negara dapat pula ...

Panitia Kesusasteraan Melayu SMK Jelai (F): Hikayat Seri Kelantan Siri 1 - Struktur dan Esei

Hikayat Seri Kelantan Siri 1 - Struktur dan Esei: BAHAGIAN SATU (SOALAN STRUKTUR) 1.Itulah Raja yang memerintah negeri, terlalu besar kerajaannya. Maka Encik Siti tiada beranak dan berlaki ...

Panitia Kesusasteraan Melayu SMK Jelai (F): Soalan Esei Jeriji Kasih

Panitia Kesusasteraan Melayu SMK Jelai (F): Soalan Esei Jeriji Kasih: 1. Berdasarkan novel Jeriji Kasih, jawab soalan-soalan yang berikutnya. a.nyatakan kejayaan-kejayaan Anuariza [ 10 markah ] b.huraikan ...

Panitia Kesusasteraan Melayu SMK Jelai (F): Cerpen Anak Gembala - antologi Anak Global

Panitia Kesusasteraan Melayu SMK Jelai (F): Cerpen Anak Gembala - antologi Anak Global: 1. Baca petikan cerpen dan jawab soalan berikutnya. Biarlah hujan ribut, dia ingin bersama-sama kerbaunya di lembah ini. Lembah Bilut akan ...

Panitia Kesusasteraan Melayu Smk Dato' Ahmad Razali Ampang

10 PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM

10 PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM

Iblis Bukan Dari Malaikat

Iblis Bukan Dari Malaikat

TARIKH NUZUL AL-QUR’AN: SATU PERBINCANGAN

TARIKH NUZUL AL-QUR’AN: SATU PERBINCANGAN

Seminar Siasah Syar’iyyah KIAS: Nota ucapan AAM dan Resolusi

Seminar Siasah Syar’iyyah KIAS: Nota ucapan AAM dan Resolusi

iMan dAn TaKWa: Iman dan takwa

iMan dAn TaKWa: Iman dan takwa: Iman Takwa Perlu dicari semua manusia