SINOPSIS
JERIJI KASIH
Bab 1
Anuariza amat
bersyukur kerana mendapat seorang ibu yang sangat menyayanginya, iaitu Solehah.
Walaupun mereka sekeluarga hidup dalam kemiskinan, namun mereka dilimpahi kasih
sayang dan kebahagiaan yang tidak pernah surut. Anuariza terpaksa bekerja
mencari rezeki buat menampung keperluan keluarganya dengan menoreh getah dan
mencari buah-buah kayu seperti asam kelubi di hutan paya yang penuh dengan
bahaya. Adiknya Azuera melarangnya keluar ke hutan pada hari itu memandangkan
hujan baru sahaja turun dan kemungkinan banyak haiwan liar berkeliaran mencari
mangsa. Solehah tetap membantah dan tidak membenarkannya pergi ke kawasan itu.
Anuariza mencari rezeki dengan mencari asam kelubi yang kemudian akan dijual
kepada Ah Chong, satu-satunya peraih di kampung itu yang sering menawarkan
harga yang tinggi untuk buah-buah kelubinya. Nek Siah pula merupakan jiran
mereka yang sering membantu keluarga Solehah yang sering dalam kesusahan. Nek
Siah datang untuk menjemput mereka sekeluarga ke majlis kenduri di rumahnya
juga melarang Anuariza ke situ. Nek Siah menyuruh Anuariza pergi ke rumahnya
bagi membantu mereka yang akan mengadakan kenduri naik rumah dan tahlil.
Bab 2
Anuariza tiada
jalan lain kecuali terpaksa bersetuju dengan permintaan Syed Mustafa untuk
memberi kelas tuisyen kepada anaknya Syed Fariz sementara menanti keputusan
STPM diumumkan. Syed Mustafa mempunyai seorang anak perempuan iaitu Syarifah
Farisya yang merupakan abang Syed Fariz. Mereka anak beranak bertungkus lumus
membantu keluarga Nek Siah menguruskan kenduri tersebut. Azuera kelihatan
begitu cekap dengan kerja-kerjanya membasuh pinggan mangkuk, membungkus makanan
untuk jiran dan menghidangkan makanan pencuci mulut manakala Syarifah Farisya
sedikit kekok. Anuariza disuruh mengajar anak Syed Mustafa keesokan harinya,
namun Anuariza meminta ditangguhkan sehari kerana dia bercadang untuk keluar
hutan bagi memungut asam kelubi. Apabila mendengar tentang asam kelubi, Syed
Mustafa menceritakan pengalamannya dahulu ketika usia remaja. Dia turut mencari
asam kelubi, buah ketiau, dan buah perah bersama-sama kawannya di hutan, tetapi
untuk sekadar suka-suka sahaja. Dia pernah terdengar cadangan Menteri Besar
Perak untuk mengkomersialkan buah-buah kayu tersebut tetapi cadangan itu senyap
begitu sahaja. Setelah larut malam dan rancak bercerita, keluarga Anuariza
memohon izin untuk pulang.
Bab 3
Anuariza pergi ke
hutan untuk mengambil buah asam kelubi yang disorok di situ dua hari lepas
kerana hujan lebat. Anuariza ditemani oleh Syed Mustafa atau Pak Syed. Pak Syed
gembira melihat kecekalan dan kesungguhan Anuariza namun sedikit sebanyak dia
melihat Anuariza seperti dirinya sendiri. Pak syed menceritakan kepada
Anuariza, bahawa dia pernah membuat kerja sebegitu pada masa dahulu, tetapi
hanya sekadar untuk suka-suka, berbanding dengan Anuariza yang mahu menyara
keluarganya. Anuariza pernah diketawakan dan diejek sebagai SI BONGKOK sewaktu
dia berkaki ayam menghendap di belakang sekolah kerana mahu belajar, selama
berbelas tahun dahulu membuatkan dirinya tersisih daripada orang. Dia juga
pernah melihat ibunya dimalukan hanya kerana dituduh memikat suami orang. Sejak
itu dia bertekad untuk hidup bersendirian tanpa mempedulikan orang lain. Pak
syed amat bangga dengan kecekalan Anuariza dalam menyara keluarganya walaupun Anuariza
hanya sekadar anak angkat kepada Solehah. Anuariza pernah tinggal di Kuala
Lumpur tapi selepas ayah angkatnya meninggal dunia, mereka terus tinggal di
kampung. Pak syed bertanya kepada Anuariza, kenapa ibunya tidak kahwin lagi.
Anuariza menyatakan bahawa ibunya tidak mahu ada orang lain antara
mereka.Mereka mengharungi anak paya yang airnya separas pinggang, tetapi mereka
perlu berhati-hati mungkin ada haiwan berbisa. Pak syed memberi cadangan supaya
buah-buah ini dikomersilkan. Anuariza berhasrat untuk menanam buah-buah
sesebigu di ladang. Harga buah kabung tinggi di pasaran. Di bandar buah kabung
menjadi makanan pencuci mulut di hotel.Pak syed mengingatkan Anuariza bahawa
dulu ada orang kampung pernah dibaham harimau. Anuariza pernah terserempak dengan
harimau, tetapi dengan membaca ayat kursi dan surah al ikhlas Allah menutup
pandangan raja rimba tersebut. Seterusnya mereka bercerita tentang agama yang
berkaitan dengan ajaran sesat.
Bab 4
Anuariza memulakan
tugasnya sebagai guru tuisyen di rumah Syed Mustafa. Syed Mustafa sudah
membayar gajinya untuk bulan pertama, tetapi Anuariza menolak wang itu. Syed
Mustafa tetap berkeras memaksa Anuariza mengambil wang tersebut. Hari pertama
dia pergi ke situ Syed Fariz langsung tidak turun belajar. Syed Fariz memang
tidak berminat dalam pelajaran. Anuariza meminta kebenaran Syed Mustafa untuk
berbual di dalam bilik Syed Fariz. Ketika Anuariza berada di dalam bilik Syed
fariz, Anuariza minta Syed Fariz menceritakan masalahnya. Syed Fariz berkata
bahawa dia tak suka tinggal di kampung kerana di kampung tiada apa yang boleh
dibuat dan membosankan. .Anuariza pun turut menyokong bahawa di kampung ini
sangat membosankan, tetapi itu dahulu, kerana dahulu Anuariza tinggal di Kuala
Lumpur. Setelah Anuariza tinggal di kampug Anuriza sangat tenang. Syed Fariz
turut menceritakan bahawa dia sangat benci pada ayahnya, yang menjadi punca
ibunya mati. Setelah hampir dua jam berada di dalam bilik Syed Fariz, Anuariza
pun meminta diri untuk pulang. Dia telah berjanji untuk membawa Syed Fariz ke
sungai untuk menyedut udara segar di samping menenangkan fikiran. Pada malam
itu Anuariza amat sukar untuk memejamkan matanya walaupun tubuhnya begitu
letih. Anuariza masih terkenangkan perbualanya dengan Syed Fariz, Syed Fariz
sangat membenci ayahnya. Menurut Syed Fariz, ayahnya jarang berada di rumah
serta mementingkan pekerjaan daripada keluarga. Tuduhan Syed Fariz pada ayahnya
sangat kejam. Peristiwa ditinggalkan ayah dan ibunya, kembali menyemak dalam
fikiranya. Anuariza teringat akan buah kabung yang dibakarnya petang tadi
bersama Syed Mustafa. Anuariza mencapai lampu gasolin, digoncang untuk
memastikan kandungan minyak tanah di dalamnya.Mancis digunakan untuk menyalakan
api,angin diisi dengan mengepam beberapa kali. Gelap bertukar terang,dia
bersedia untuk turun ke bawah. Buah kabung yang masih bertangkai dan masih
suam-suam kuku di dalam bakul rotan, dilonggok di atas tikar Anuariza bersila
kemas dengan ditemani Solehan. Anuariza bergurau senda dan menyatakan bahawa
dia amat takut jika gagal dalam STPM. Solehah menyakinkan Anuariza bahawa dia
akan memperoleh keputusan cemerlang setelah berusaha bersungguh-sungguh.
Bab 5
Azuera, Syed Fariz,
Anuariza dan Syarifah Farisya telah berkunjung ke sebatang sungai di hujung
kampung mereka untuk menyaksikan keindahan sungai tersebut. Azuera dan Syarifah
Farisya bermain air di sungai manakala Anuariza asyik melukis pemandangan di
sungai itu. Syed Faris seperti biasa mempamerkan sikap tidak senangnya dengan
perubahan mendadak yang dilaluinya di kampung itu. Syarifah Farisya
membandingkan keindahan sungai di situ yang amat berbeza denga keadaan sungai
di bandar yang amat kotor dan tercemar. Azuera
bercerita kepada Syarifah Farisya bahawa mereka sekeluarga pernah tinggal di
tepi sungai itu sebelum itu. Oleh sebab rumah mereka pernah dihempap pokok
tumbang dalam kejadian ribut, keluarga mereka dipelawa tinggal bersebelahan
dengan rumah Nek Siah. Azuera juga bercerita tentang hobi Anuariza yang gemar
melukis, malah lukisan pemandangan di biliknya juga dilukis oleh Anuariza.
Lukisan di dinding sekolah mereka merupakan buah tangannya juga sebelum
meninggalkan sekolah. Syarifah Farisya mulai teruja dengan pelukis lukisan
pemandangan di biliknya dan mulai menyimpan perasaan.
Bab 6
Selepas cuti
panjang, seperti biasa Syed Fariz dan Syarifah Farisya berbasikal ke Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultan Muzaffar Shah, Lambor Kanan seawal 6.45 pagi.
Syarifah Farisya membandingkan keadaan mereka yang selesa ketika bersekolah di
bandar dahulu.Sewaktu ibu mereka masih hidup, mereka dihantar ke sekolah
menaiki kereta berhawa dingin, sedangkan di kampung mereka terpaksa berbasikal
seperti pelajar-pelajar lain. Di sekolah, Azuera memperkenalkan Syed Fariz dan
Syarifah Farisya kepada guru-guru dan rakan-rakannya. Syed Fariz dimasukkan ke
kelas 3 Bestari. Selepas waktu rehat, cikgu Borhan yang mengajar mata pelajaran
Bahasa Malaysia mendapati Syed Fariz tiada di dalam kelas. Cikgu Borhan
bertanya ke[ada Azizul Hafis yang duduk di sebelahnya. Cikgu Borhan menyuruh
Azizul Hafis mencarinya di sekitar sekolah tetapi tidak ditemui. Syarifah
Farisya mulai risaukan adiknya yang mungkin kembali berkelakuan buruk seperti
dahulu. Di rumah, Syarifah mencari-cari adiknya tetapi juga tiada. Apabila Nek
Siah melihat Syarifah Farisya memasuki bilik adiknya, Syarifah Farisya memberi
alasan dia ingin mengambil buku dan mengatakan adiknya belum pulang dari
sekolah. Nek Siah mengajaknya makan, namun Syarifah Farisya belum mahu makan
dan akan makan setelah lapar nanti.
Bab 7
Sudah dua bulan
bersekolah di kampung, berbagai-bagai perkara buruk berlaku di sekolah. Hampir
seluruh pelajar di sekolah itu mengenalinya. Syed Fariz telah membawa budaya
yang buruk di seolahnya. Kerjasama dengan Lily Suriani semakin menjadi-jadi.
Syed Fariz dikenali sebagai anak orang berada dan berpengetahuan tinggi
sehingga ramai murid yang mengangkat tabik kepadanya. Gejala samseng dan peras
ugut semakin berleluasa. Azuera turut mendengar kawan-kawannya bercerita
perihal adiknya yang berkelakuan
buruk, namun enggan mempercayainya. Ruhaiza menceritakan perkara sebenar kepada Syarifah Farisya. Hal ini menyebabkan Syed Fariz berdendam
kepadanya. Syed Fariz bersekongkol dengan beberapa orang kawan untuk mengenakan
Ruhaiza. Ruhaiza dipanggil oleh Guru Disiplin ke Bilik Kaunseling dan diminta
bercerita tentang perkara sebenar tentang kejadian pergaduhan di belakang
kantin sekolah. Ruhaiza dituduh menjadi punca pergaduhan kerana cemburu kepada
Lily Suriani yang rapat dengan Syed Fariz. Ruhaiza menafikan tuduhan itu
sekeras-kerasnya. Siti Baizurah menceritakan bahawa kejadian pergaduhan itu
turut disaksikan oleh pelajar-pelajar lain. Tersebarlah fitnah yang menyatakan
bahawa Ruhaiza mencintai Syed Fariz. Hazrul Naim yang menganggotai kumpulan
Syed Fariz turut menyebarkan fitnah.
Bab 8
Anuariza mulai
bimbang akan perkembangan yang tidak sihat itu. Syed Fariz semakin tidak
berminat dalam pelajaran. Anuariza masuk ke dalam bilik Syed Fariz dan terhidu
bau yang kurang menyenangkan. Walaupun mengesyaki Syed Fariz menghisap rokok,
namun Anuariza tidak menegur hal itu kerana bimbang Syed Fariz akan terasa
dirinya dikongkong. Azuera pula tekun belajar setelah memperoleh enam A dan 3 B
dalam peperiksaan PMR. Azuera ingin menjejaki kecemerlangan abangnya dalam SPM.
Syed Mustafa pula sudah lama tidak pulang ke kampung kerana sibuk dengan urusan
pekerjaannya. Anuriza juga meneka bahawa Syed Fariz merindui ayahnya yang sudah
lama tidak pulang itu. Anuariza mengajak Syarifah Farisya berbual-bual. Nek
Siah meninjau-ninjau cucu-cucunya yang sedang belajar untuk memastikan
bahan-bahan keperluan untuk mereka mencukupi dan sama ada mereka betul-betul
belajar. Syarifah Farisya memberitahu Anuariza bahawa adiknya merokok. Anuariza
menyatakan bahawa dia memang mengetahuinya. Menurut Syarifah Farisya, adiknya itu
pernah merokok dan berhenti seketika.
Hal itu belum diketahui oleh bapa mereka.
Bab 9
Ruhaiza tidak
menghadiri kelas tambahan, sebaliknya dia pergi berjumpa dengan guru
kaunseling, iaitu Cikgu Syakinah untuk meluahkan masalahnya. Fitnah tentang
dirinya mempunyai perasaan terhadap Syed Fariz telah tersebar. Memang pada
mulanya dia cuba mendekati Syed Fariz kerana mengetahui bahawa pelajar itu
pintar dan anak orang berada. Mungkin Ruhaiza boleh berkongsi buku-buku
pelajaran yang tidak mampu dimilikinya. Dia juga pernah berkunjung ke rumah
mereka dan melihat sendiri kekayaan Syed Mustafa. Semua anaknya memiliki
komputer dan telefon bimbit seorang satu. Azuera juga berpeluang menggunakan
komputer lebihan di bilik bacaan rumah mereka. Cikgu Syakinah mendengar luahan
perasaan Ruhaiza dengan penuh minat dan menasihatinya agar bersabar. Ruhaiza
amat kesal dengan sikap Cikgu Suhaimi yang menuduhnya tanpa usul periksa. Kisah
Syed Fariz yang mempunyai pengaruh juga telah disampaikannya. Kepada Cikgu
Syakinah, perbuatan Lily Suriani, tabiat Syed Fariz merokok, menghidu gam,
memeras ugut dan kegitan kumpulan mereka di pondok menunggu durian di Tanjung
juga dibongkarkan.
Bab 10
Syed Mustafa dan
Anuariza duduk berbual-bual di rumah Syed Mustafa. Sudah agak lama Syed Mustafa
tidak pulang ke kampung kerana urusan pekerjaan. Nek Siah meminta anaknya itu
meluangkan sedikit masa untuk mengetahui masalah anak-anaknya, namun Syed
Mustafa terpaksa pulang juga ke bandar keesokan harinya. Nek Siah marah dengan
sikap anaknya itu yang lebih mengutamakan kerja berbanding keluarganya.
Perbualan mereka lebih banyak berkisarkan Syed Fariz yang agak nakal sejak
dahulu lagi walaupun emaknya masih hidup. Anuariza mencerita kisah hidupnya
yang perit ketika rumah setinggan yang didiami dijilat api. Ayahnya turut
terkorban dalam tragedi itu. Kemudian, dengan wang ihsan sebanyak RM500,
emaknya membawa Anuariza dan adiknya ke kampung. Dengan bantuan Tuk Syed dan
Nek Siah, rumah yang serba daif didirikan di hujung kampung. Dia digelar anak
tarzan, anak dagang merempat, dan anak hutan oleh orang-orang kampung. Emaknya
juga dihina kerana menjadi janda merempat. Namun begitu, emaknya tetap reda
kerana mereka tidak pernah mengganggu sesiapa. Cerita kesusahan itu
rupa-rupanya langsung tidak memberi kesan kepada Syed Mustafa. Dia tidak mahu
anak-anaknya susah sedemikian, sebab itulah dia bersusah payah mencari nafkah
untuk anak-anaknya. Anuariza kecewa kerana tujuan dia bercerita sedemikian
ialah agar Syed Mustafa memberi perhatian dan kasih sayang kepada anak-anaknya.
Bab 11
Syarifah Farisya
dan Syed Fariz tertunggu-tunggu kepulangan bapa mereka yang sudah sebulan tidak
pulang. Syed Mustafa sering memungkiri janji untuk pulang, namun sebulan
berlalu dia masih sibuk dengan urusannya. Anuariza amat kesal dengan sikapnya
itu. Kenakalan Syed Fariz semakin menjadi-jadi. Kegiatan peras ugutnya juga
diketahui melalui Syarifah Farisya. Paling membimbangkan, kumpulan jahat
berkenaan sudah berani mencuri barang di pasar raya dan meragut. Buktinya,
Syarifah Farisya menemukan banyak telefon bimbit di dalam bilik adiknya itu.
Solehah juga berpesan kepada Anuariza supaya menengokkan Syed Fariz yang
keterlaluan itu. Baginya, mereka tiada harta untuk membalas jasa keluarga Tuk
Syed, melainkan dengan budi dan jasa sahaja. Anuariza tidak merujuk kenakalan
Syed Fariz kepada ayahnya kerana bimbang anak itu akan dikasari. Anuariza juga
mengetahui bahawa Syed Fariz telah dipukul oleh ayahnya kerana pihak sekolah
memanggil Syed Fariz yang terlibat dalam penyalahgunaan ubat batuk. Syarifah
Farisya juga menceritakan kecurangan ayahnya yang mempunyai hubungan dengan
perempuan lain walaupun ketika itu emaknya sedang sakit. Sewaktu menoreh getah
dengan ibunya, Anuariza menceritakan perihal keluarga Syed Fariz yang pincang
itu. Solehah mengingatkan bahawa pokok-pokok getah yang ditoreh itulah sumber
rezeki mereka walaupun ladang getah itu bukan hak mereka. Oleh itu, keluarga
Tuk Syed perlu dibantu dengan apa cara sekali pun. Anuariza berjanji akan
menunaikan hasrat ibunya itu. Dia terkenang akan perbualannya dengan Syed
Mustafa tentang cita-cita dan impiannya selepas mendapat keputusan STPM. Dia
juga teringatkan kecekalan ayahnya membawanya ke bandar dengan berjalan kaki
semata-mata untuk membeli baju Superman.
Bab 12
Nek Siah telah dipanggil
ke sekolah untuk berjumpa dengan Cikgu Suhaimi dan Cikgu Borhan. Cikgu Borhan
selaku guru kelas menunjukkan buku kedatangan cucunya yang mencatatkan bahawa
Syed Fariz sudah lama tidak ke sekolah. Syarifah Farisya telah memaklumkan
bahawa ayahnya berada di Kuala Lumpur. Lantaran itulah Nek Siah dipanggil
selaku penjaganya yang sah. Dengan perasaan serba salah Cikgu Borhan terpaksa
melaporkan hal cucunya itu walaupun mengetahui kewibawaan Nek Siah, isteri
bekas guru besar yang pernah menerima gelaran tokoh guru. Cikgu Borhan juga
melaporkan perbuatan Syed Fariz yang ponteng sekolah dan melarikan diri melalui
jalan belakang ketika guru sedang mengajar. Nek Siah begitu sedih, hiba, malu
dan kesal dengan peristiwa itu. Dahulu, dia pernah dipuji kerana kecemerlangan
Anuariza dalam pelajaran, kini cucunya sendiri telah menconteng arang ke
mukanya. Nek Siah berjanji akan berikhtiar akan menasihati cucunya. Dadanya
juga berombak marah kepada Syed Mustafa yang gagal dalam mendidik anak. Seperti
biasa, Solehah menghantar sedikit juadah kepada Nek Siah. Nek Siah termenung
memikirkan cucunya yang bermasalah itu. Nek Siah melepaskan kepiluannya dengan
sikap Syarifah Farisya yang gemar merajuk dan Syed Fariz yang liar. Bagi Nek
Siah, Syed Mustafa sengaja menghantar bala kepadanya.
Bab 13
Anuariza ke rumah
Nek Siah walaupun hari sudah malam, tetapi sejak Syed Fariz ditangkap polis,
dia turut berkongsi kesedihan keluarga angkatnya itu. Nek Siah dan Syarifah
Farisya menangis mengenangkan Syed Fariz yang telah ditangkap polis. Nek Siah
akan ke balai polis untuk menjamin cucunya itu. Syarifah Farisya teringat akan
adiknya yang berada di dalam lokap. Azuera tidak berani bersuara, melainkan
hanya mampu mengusap badan sahabatnya itu. Anuariza memujuk Syarifah Farisya
yang cuba membayangkan keadaan buruk di lokap yang serba kesusahan. Syarifah
Farisya tidak percaya bahawa adiknya melakukan kesalahan yang berat. Anuariza
memujuk lagi dengan mengatakan bahawa Syed Fariz baru sahaja ditangkap kerana
disyaki terlibat dalam kes rogol. Tangkapan itu bertujuan untuk proses siasatan
belum lagi terbukti bersalah. Kelas tuisyen terpaksa dibatalkan. Ruhaiza yang
menjadi mangsa pula dikawal ketat oleh pihak hospital. Tidak ada sesiapa yang
dibenarkan melawat melainkan ibu bapanya sahaja. Nek Siah amat terharu
mengenangkan kebaikan Anuariza yang menjadi penenang kepada empat orang wanita
yang tertekan. Nek Siah menyuruh Anuariza menghubungi Syed Mustafa tetapi dia
gagal dihubungi. Nek Siah begitu marah akan sikap anaknya yang tidak mengenal
siang atau malam. Nek Siah terlepas cakap apabila mengatakan alangkah baik jika
Syed Mustafa berkahwin lain, Syarifah Farisya berjauh hati dan meluru naik ke
biliknya. Azuera pula diminta masuk menemai Syarifah Farisya di biliknya.
Bab 14
Khusairi dijemput
oleh Anuariza untuk berbincang tentang Ruhaiza di rumah Nek Siah. Dia cuba
mengawal perasaan marahnya. Nek Siah meminta maaf atas perbuatan cucunya
terhadap Ruhaiza. Nek Siah amat menyesali tindakan Syed Mustafa dalam mendidik
anaknya sehingga menjadi liar. Solehah turut bertanya khabar Liah isteri
Khusairi yang sering menangis. Khusairi turut memberitahu keadaan Ruhaiza yang
sering meraung seperti orang hilang akal. Ruhaiza yang ditempatkan di Unit
Rawatan Rapi telah dipindahkan ke wad biasa. Apabila Nek Siah menyatakan
tentang takdir, Khusairi melenting dan menyalahkan orang kaya seperti mereka
yang mencipta takdir buruk kepada orang lain. Baginya, simpati sahaja tidak
akan mengembalikan maruah anaknya yang telah hilang. Solehah menyuruh Khusairi bersabar dan berhenti melenting kerana perbuatan itu tidak akan
menyelesaikan masalah. Nek Siah berjanji tidak akan bersikap lepas tangan.
Mungkin wang ringgit tidak akan mengembalikan maruah Ruhaiza, tetapi dia
menjanjikan keselesaan Ruhaiza dalam mendapatkan rawatan terbaik. Nek Siah akan
melawat Ruhaiza keesokan harinya dan memindahkan Ruhaiza ke wad kelas pertama.
Khusairi menolak dengan egonya dengan mengatakan bahawa keluarga mereka bukan
pengemis. Nek Siah terus memujuk Khusairi untuk membuang egonya demi Ruhaiza.
Solehah juga berjanji akan menjaga anak-anak Saliah di rumah sementara Saliah
menjaga Ruhaiza di hospital.
Bab15
Syed Mustafa sudah
pulang dan dimaklumkan oleh Anuriza di mana ia berada. Di balai polis lagi Syed
Fariz ditempeleng sehingga terpaksa disabarkan oleh pegawai polis. Syed Fariz
terus dipukul bertubi-tubi oleh bapanya sehingga dia tidak berdaya melawan. Nek
Siah tergamam melihat keganasan Syed Mustafa mengasari anaknya. Sharifah
Farisya yang ingin membantu turut dipukul oleh Syed Mustafa sehingga terperosok
ke dinding. Syed Mustafa yang masih tidak puas hati terus mengambil kerusi
untuk membaling kepada syed Fariz tetapi ditahan oleh Nek Siah. Anuariza dan
Solehah tiba di rumah Nek Siah untuk menenangkan kekalutan yang berlaku. Apabila
keadaan mula reda Anuariza terus mendapatkan Syed Fariz untuk merawat lukanya.
Nek Siah menasihati Syed Mustafa bahawa jika dibunuh sekali pun, tidak akan
berubah apa-apa. Azuera yang baru tiba disuruh oleh Nek Siah untuk melihat
keadaan Syarifah Farisya yang juga cedera. Syed Mustafa menyalahkan arwah
isterinya yang terlalu memanjakan anak-anak. Anuariza yang membantu merawat
luka Syed Fariz menasihatinya agar tidak berdendam kepada ayahnya. Menurut
Anuariza, Syed Mustafa tetap sayang kepada Syed Fariz sehingga sanggup
menjaminnya keluar daripada lokap polis. Anuariza mengingatkan Syed Fariz
tentang pengorbanan ayahnya mencari rezeki demi keselesaan anak-anak. Perbuatan
jahat bukanlah cara untuk mendapatkan perhatian ayah malah lebih memburukkan
keadaan. Syed Fariz mula termakan nasihat Anuariza. Keadaan di rumah tidaklah
seteruk layanan yang diterima di dalam lokap. Dia merasa pilu mengenangkan
arwah ibunya. Anuariza turut menceritakan kepayahannya dalam menuntut ilmu dan
kecemerlangan mereka dua beradik dalam pelajaran. Tuk Syedlah yang membantu
mereka memasuki sekolah dan Nek Siahlah yang menolong menjaga Azuera ketika
Solehah menoreh getah. Dengan nada gurauan, Anuariza bersedia membelasah Syed
Mustafa kerana dia juga mahir dalam persilatan.
Bab 16
Syed Mustafa sudah
boleh berfikir dengan tenang atas nasihat Nek Siah. Suasana hutan yang damai
itu membolehkan Syed Mustafa berfikir secara rasional. Syed Mustafa mengikut
Anuariza menjerat burung uak-uak. Semasa muda, Syed Mustafa menggunakan jala
untuk menangkap burung uak-uak. Tangkapan mereka berhasil pada hari itu.
Anuariza menceritakan bahawa dia sering menjual tangkapannya kepada Ah Chong
yang membeli uak-uak dengan harga yang mahal. Sementara itu, mereka berbincang
tentang penyelesaian terhadap masalah Syed Fariz. Anuariza memberikan
pandangannya yang menyatakan bahawa Syed Fariz berdendam dengan ayahnya kerana
pulang lewat ketika ibunya meninggal dunia. Syed Mustafa menceritakan sebab dia
lewat pulang. Ketika tu dia terperangkap di Jepun. Anuariza juga menceritakan
bahawa Syed Fariz sudah mengetahui hubungan sulit ayahnya dengan perempuan lain
sedangkan ketika itu, ibunya sedang sakit tenat. Syed Mustafa memuji kecekalan
Anuariza dan mencadangkan agar Anuariza menjual sahaja lukisan-lukisannya di
Kuala Lumpur. Anuariza memberitahu bahawa Solehah tidak mahu Anuariza menjadi
pelukis kerana sejarah ayahnya yang juga seorang pelukis. Solehah kesal bukan
kerana Anuariza menyusahkannya, tetapi kerana Anuariza hidup susah di bawah
jagaannya. Anuariza menyatakan bahawa Syed Fariz dan Syarifah Farisya begitu
beruntung kerana hidup senang lenang tidak sepertinya.
Bab 17
Syed Mustafa agak
ragu-ragu untuk ke rumah Khusairi kerana malu perbuatan Syed Fariz yang telah
dituduh merogol Ruhaiza. Syed Mustafa telah meminta maaf atas kesalahan
anaknya. Syed Mustafa mahu membantu apa-apa sahaja yang boleh selagi termampu.
Dia mengaku bahawa semua itu berpunca daripada kesilapannya yang gagal mendidik
anak anak. Syed Mustafa merupakan teman sepermainan ketika mereka kecil. Syed
Mustafa memberi cadangan untuk menghantar Ruhaiza ke asrama. Syed Fariz telah
dibebaskan dengan jaminan polis. Pada mulanya, Khusyairi dan Saliah pada
mulanya amat marah. Pihak doktor, juga menambahkan kecelaruan di fikiran
mereka. Kata doktor, Ruhaiza telah mendapat tekanan mental dan psikologi.
Setelah Ruhaiza sedikit pulih dan dua orang pegawai polis datang mengambil
keterangan.
Bab 18
Syed Mustafa
mengikut Anuariza ke kebunnya yang dipanggil Taman Fantasi. Dari luar, kawasan
seluas lebih 10 kaki persegi yang dipagari buluh-buluh terbelah. Di situ
terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran kampong dan pokok anggur dan buah pitaya.
Syed Mustafa teruja apabila melihat buah pitaya ataupun buah mata naga. Menurut
Anuariza, pokok anggur itu jenis Isabella dan berasal dari Amerika Syarikat.
Dia dihadiahkan benih itu ketika melawat MARDI. Geran tanah Allahyarham Syed
Ubaidillah sudah dibaca pejabat tanah. Anuariza mahu mengkomersialkan kebun
anggur dan pokok naga menjadi sebuah pusat pelancongan. Sebuah taman mini
burung, tempat pemeliharaan burung-burung hutan. Burung uak-uak, ayam kampung,
ayam, burung puyuh boleh dibeli dengan harga murah dan sebuah restoran masakan
ala kampung yang menyediakan ikan air tawar yang diternak di dalam kolam dan di
boleh di pancing sendiri. Galeri lukisan juga akan didirikan di sebelah taman
fantasi dan boleh dibeli jika suka.
Bab 19
Nek Siah berbincang
dengan Syed Mustafa tentang impiannya untuk mencari pengganti Jumaimah. Syed
Mustafa menyatakan bahawa dia sudah serik kerana mengabaikan Jumaimh ketika
hayatnya. Dia berpendapat wanita muda banyak kemahuannya sehingga anak-anaknya
berdendam. Dia ingin menebus kesilapan yang lalu. Nek Siah cuba berkias dengan
menyatakan bahawa perempuan yang sebaya anaknya akan menyebabkannya lupa diri.
Syed Mustafa sedar bahawa dirinya sudah berusia dan bukan lagi bergelar pegawai
tinggi kerajaan. Nek Siah menyuruh Syed Mustafa mencari pengganti dalam
kalangan orang kampung juga. Tiba-tiba Solehah muncul dan memberi salam. Nek
Siah segera mengalih perbualan untuk mengelakkan hal itu diketahui Solehah.
Solehah memberitahu bahawa dia menghantar hidangan tengah hari termasuk burung
Uak-Uak goreng pedas, ikan tilapia masak lemak cili padi, pucuk ubi rebus,
sambal petai udang kertas dan pekasam .Syed Mustafa mendengar dengan begitu
berselera.
Bab 20
Keluarga Syed Fariz
berkunjung ke rumah Khusyairi untuk melawat Ruhaiza. Ruhaiza sudah kembali
ceria walaupun kelihatan kurus dan pucat. Saliah memberitahu bahawa mereka akan
mengadakan kenduri kesyukuran. Nek Siah mencadangkan agar mereka mengadakan
kenduri itu bersama-sama. Syed Mustafa terkenang
zaman mudanya dahulu iaitu ketika dia, Khusyairi dan Tamrin bersahabat. Mereka
mengaji Al-Quran di rumah Lebai Mamat. Setelah tamat persekolahan, Khusyairi
menyertai Angkatan Tentera Darat keluarganya meminang Saliah tanpa
pengetahuannya. Dia mengetahui bahawa Syed Mustafa dan Saliah Saling mencintai.
Namun begitu, Khusairi tidak dapat berbuat apa-apa kerana akan melemparkan aib
kepada kedua-dua keluarga. Setelah kecewa, Syed Mustafa tidak pulang beberapa
tahun sehingga bertahun sehingga bertemu Jumimah. Syed Mustafa bertanya kepada
Ruhaiza sama ada dia mahu bertukar sekolah tetapi Ruhaiza enggan. Ruhaiza
terkenang kembali peristiwa dia diperdaya oleh Hazrul Naim. Syed Fariz
memperlakukan dirinya seperti binatang buas sambil disaksikan oleh
rakan-rakannya.
Bab 21
Hasrat memperisterikan
Solehah telah disampaikan melalui Nek Siah, namun Solehah menjadi bingung.
Solehah menganggap isu berkenaan sensitif dan memalukan. Dia langsung tidak
terfikir untuk berkahwin semula kerana perkahwinannya dengan Tamrin merupakan
kenangan terindah dalam kehidupannya. Dia bimbang perkahwinan itu akan
mengganggu fikiran Azuera dan Anuariza. Jika dia menolak pula, bermakna dia
akan mencalarkan hati orang yang banyak berjasa kepada keluarganya. Tanpa
bantuan keluarga Syed Ubaidillah, sudah tentu dia gagal menyekolahkan anaknya
dengan sempurna. Sementara itu, projek kebun sudahpun dimulakan oleh Anuariza
dengan dibantu oleh Syed Mustafa. Pisang, ubi kayu, keladi dan jagung akan
ditanam sebaik sahaja tanah selesai dibajak. Syed Mustafa turut merancang untuk
membina kilang memproses kerepek ubi di tanah peninggalan Syed Ubaidillah.
Tanah penduduk kampung turut disewa bagi penanaman ubi itu nanti. Anuariza
menyedari perubahan wajah ibunya yang semakin sugul seolah-olah menanggung
masalah yang berat. Tingkah laku emaknya juga dilihat semakin pelik. Anuariza
meminta agar Solehah berterus terang sahaja kerana dia sudah bersedia untuk
mendengarnya.
Bab 22
Keputusan
peperiksaan STPM sudah diumumkan. Anuariza mengayuh basikal dengan laju kerana
tidak sabar-sabar untuk memberitahu kejayaannya itu kepada Solehah. Kejayaannya
mendapat semua A itu akan dihadiahkan kepada emak dan arwah ayahnya. Dia
terkenang kembali bagaimana getirnya dia dan Solehah mengumpulkan wang untuk
membayar yuran STPM. Azuera yang mendapat tawaran ke sekolah berasrama juga
terpaksa menolak tawaran itu bagi membolehkan dia mengambil STPM. Tiba-tiba
rantai basikalnya putus. Solehah pula gelisah menunggu kepulangan Anuariza yang
agak lewat. Walaupun yakin bahawa Anuariza akan mendapat keputusan cemerlang,
namun dia risau sekiranya Anuariza mendapat tawaran ke universiti, dia tidak
akan mampu menyediakan pembiayaannya. Semasa mengopek kelapa, Solehah termenung
lagi dan memikirkan sekiranya dia berkahwin dengan Syed Mustafa, mudahlah
baginya untuk meminjam wang bagi tujuan tersebut. Nek Siah yang baru turun dari
kereta Syed Mustafa melihat tindak tanduknya yang tidak keruan itu. Syed
Mustafa menawarkan diri untuk mencari Anuariza yang masih belum pulang-pulang
itu. Ketika Nek Siah cuba menyatakan sesuatu, Solehah nekad untuk menyerahkan
segala-galanya kepada Nek Siah. Dia juga bimbang Nek Siah akan menarik kembali
lamarannya itu. Rupa-rupanya Nek Siah ingin memperkatakan tentang geran tanah
milik arwah bapa mertuanya yang pernah digadaikan kepada Syed Ubaidillah
sewaktu Solehah bernikah. Geran itu kini diserahkan kembali kepadanya kerana
Syed Mustafa tidak berminat lagi menyimpannya. Solehah
menyerahkan kembali kepada Nek Siah dan akan menebus kembali apabila Anuariza
bekerja kelak. Anuariza pulang bersama-sama Syed Mustafa dengan membawa berita
kejayaannya.
Bab 23
Syarifah Farisya
kerap mengurungkan diri di dalam bilik apabila mengetahui ayahnya akan
berkahwin dengan Solehah. Dia mula rindukan arwah ibunya. Tiba-tiba Syarifah
Farisya benci kepada Solehah. Impiannya untuk meluahkan perasannnya terhadap
Anuariza sebelum dia memasuki menara gading berkecai. Ketika Syed Fariz
mengajaknya turun, Syarifah Farisya menyatakan kebenciannya dengan keputusan
tersebut. Anuariza dan Azuera pula gembira dengan keputusan ibunya untuk
berkahwin dengn Syed Mustafa. Persiapan untuk mengadakan kenduri sedang dibuat.
Anuariza juga sudah mendapat tawaran ke UKM. Menurut Solehah, tidak perlulah
diadakan kenduri besar-besaran.
Bab 24
Syed Mustafa
terkejut apabila membaca nota daripada Syarifah Farisya yang melarikan diri.
Nek Siah juga mati akal dengan tindakan Syarifah Farisya itu. Anuariza turut
kesal dengan tindakan Syarifah Farisya. Kehilangan tersebut turut dilaporkan
kepada pihak polis. Solehah mencadangkan agar perkahwinan itu dibatalkan kerana
kemungkin itulah punca Syarifah Farisya melarikan diri. Anuariza baru saja
mengetahui sebab Syarifah Farisya melarikan diri melalui nota rahsia yang
terselit di dalam buku yang dipinjamnya. Rahsia itu disimpan kemas-kemas tanpa
pengetahuan sesiapa. Nek Siah cuba mengorek rahsia kehilangan tersebut melalui
Syed Fariz tetapi Syed Fariz berdiam diri kerana dia bimbang rancangan
perkahwinan itu akan gagal. Tiba-tiba telefon berdering. Apabila Syed Mustafa
menjawab, talian diputuskan. Telefon berdering lagi dan Anuariza yang menjawab.
Syarifah Farisya memang ingin bercakap dengannya.
Bab 25
Syarifah Farisya
nekad lari dari rumah dan menetap di rumah sahabat ibunya iaitu Hajah Munirah.
Syarifah Farisya memberi kenyataan bahawa ayahnya akan berkahwin semula dengan
Solehah, ibu Anuariza. Dia enggan menerima hakikat tersebut kerana turut
menyimpan perasaan terhadap Anuariza. Syarifah Farisya mulai membenci Solehah
kerana dianggap menjadi batu penghalang kepada hubungan mereka. Haji Lokman
mempelawa Srarifah Farisya tinggal terus dengannya. Syarifah Farisya turut
bercerita tentang Anuariza yang pandai melukis dan amat taat kepada kehendak
emaknya. Hajah Munirah kurang senang dan mula berprasangka buruk. Syarifah
Farisya memberitahu Hajah Munirah bahawa dia tidak sukakan perkahwinan itu.
Bab 26
Anuariza berada di
dalam bas. Perjalanannya itu bertujuan untuk menjemput Syarifah Farisya kembali
ke pangkuan keluarganya. Anuariza terkenangkan nasibnya yang dibebani masalah
keluarga angkatnya. Dia terbayangkan wajah manis Syarifah Farisya. Walaupun dia
menyukai Syarifah Farisya, namun dia terpaksa melupakan perasaan itu demi
impiannya ingin mengejar segulung ijazah. Dia teringat kembali perbualan
telefonnya dengan Syarifah Farisya. Anuariza cuba memujuk Syarifah Farisya
untuk kembali ke kampung dan berjanji akan menjemputnya seorang diri. Anuariza
bertegas dengan keputusannya menolak perasaan cinta yang boleh melekakan kerana
perjalannnya masih jauh. Dia meletakkan keperluan ibu dan adiknya di tempat
yang tinggi berbanding dirinya sendiri. Sebelum berangkat, dia telah berjanji
kepada Solehah bahawa dia akan membawa pulang Syarifah Farisya. Apabila sampai
di Hentian Puduraya, bas terakhir ke Perak sudah berlepas. Anuariza terpaksa
mengikut Syarifah Farisya bermalam di rumah Haji Lokman walaupun berasa amat
segan.
Bab 27
Di Kuala Lumpur,
Anuariza dibawa ke rumah Haji Lokman. Syarifah Farisya memperkenalkan Anuariza
kepada Haji Lokman dan Hajah Munirah. Mereka terkejut apabila melihat
kekurangan Anuariza yang tidak berjari lengkap. Haji Lokman tidak menyangka
anak muda itu berbakat besar yang diceritakan oleh Syarifah Farisya. Anuariza
seorang pelukis yang berbakat besar. Dia melukis kerana hobi dan minat yang
mendalam terhadap bidang seni dan untuk kepuasan diri. Haji Lokman menyuruh
Anuariza melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan dengan seni lukisan.
Haji Lokman juga pernah menceritakan tentang minatnya terhadap melukis suatu
ketika dahulu. Selain itu, Haji Lokman menceritakan tentang anaknya Azrul Iskandar yang tidak minat belajar melukis. tetapi
menyukai muzik. Azrul Iskandar hanya menghabiskan masa untuk bermain muzik
ketika melanjutkan pelajarannya di luar negara. Anuariza mengajak Haji Lokman
dan Hajah Munirah untuk pulang ke kampung.
Bab 28
Kenduri kesyukuran
dan doa selamat yang telah berlangsung dengan lancarnya. Perkahwinan Solehah
dan Sheikh Mustafa telah merapatkan lagi hubungan silaturahim antara keluarga
Solehah dan Nek Siah. Beberapa orang kampung bergotong royong dan membantu
kenduri tersebut termasuk Ah Chong, satu-satunya keluarga berbangsa Cina yang
menetap di kampung itu. Rakan sekolah Syed Fariz dan Ruhaiza sudah makin rapat
dan mereka masing-masing berjanji tidak akan melakukan kesalahan yang sama.
Akad nikah mereka dilangsungkan dalam suasana yang sederhana di pejabat kadi
daerah yang hanya ditemani Nek Siah dan Anuariza. Perkahwinan itu bukan untuk
bersuka ria, tetapi lebih kepada tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak
serta menjaga kebajikan Syed Mustafa yang mahu membaiki perhubungannya dengan
keluarga. Nek Siah bersyukur kerana Syed Fariz telah terlepas daripada tuduhan
merogol, Anuariza akan memasuki UKM, dan Syarifah Farisya sudah tidak merajuk
lagi dan bersedia menerima Solehah. Solehah sudah terbaca nota yang ditulis
oleh Syarifah Farisy dan sentiasa menasihati anak-anaknya agar menjaga
pergaulan dan tutur kata. Ketika itu, sebuah kereta muncul di hadapan rumah
mereka.
Bab 29
Kedatangan Hajah
Munirah, Haji Lokman dan Azrul Iskandar disambut mesra oleh keluarga Syed
Mustafa terutama Syarifah Farisya yang sudah lama mengenali mereka. Walaupun
kenduri sudah tamat, Syarifah Farisya sempat bergurau bahawa mereka akan
mengadakan acara memotong kek. Anuariza pula menguruskan pemulangan
barang-barang yang dipinjam daripada masjid. Hajah Munirah kagum akan perubahan
sikap Syarifah Farisya yang mendadak itu. Azrul Iskandar juga memuji Anuariza
yang boleh mengubah pemikiran Syarifah Farisya. Begitu juga dengan Syed Mustafa
yang berkahwin dengan Solehah kerana ingin merealisasikan impian Anuariza.
Azuera turut diperkenalkan dengan Azrul Iskandar. Dia terpegun melihat
kesantunan Azuera yang tidak dimiliki oleh kebanyakan gadis yang dikenalinya di
bandar.
Bab 30
Syed Mustafa
membawa semua tetamunya melawat ke taman lanskap Anuariza yang dinamakan Taman
Fantasi. Haji Lokman dan keluarga turut serta melawat taman itu dengan penuh
minat. Haji Lokman membelek pagar rotan dan akar yang mengelilingi taman itu
dengan penuh minat. Anaknya pula meminati pohon anggur dan buah naga. Anuariza
tidak memerlukan belanja yang besar untuk membeli baja tahi kambing kerana
penduduk di kampungnya memelihara kambing dan dia mendapatkan secara percuma.
Haji Lokman berminat untuk menanam anggur di dalam pasu di rumahnya nanti. Haji
Lokman kagum akan perancangan besar Syed Mustafa dan bersedia untuk melabur.
Mereka bersedia bersatu demi merealisasikan impian Anuariza untuk
mewujudkan Taman Fantasi yang bakal menjadi sebuah destinasi pelancongan
terunggul.