Friday, 13 April 2012

. NARATOR DARI DESIR ANGIN

 sang narrator,
 kembalilah ke daerah perjuanganmu
 menadah pangkat dan darjat di sisi mereka
 yang bernama tuan di sini tidak ada rumpun manggar
dan tepuk gendang untuk kami raikan dan mengucap selamat datang
 telinga kami tidak sanggup lagi mendengar janji dan sumpah kerana
 semuanya telah terpalam oleh ratap rayu anak isteri kami pergi
dan katakanlah kepada dunia tentang kekecewaan kami
 agar desir angin akan menjawab bersaksikan sang nasar liar.

 a)Apakah tema sajak di atas?[2 markah]
 b)Nyatakan maksud petikan sajak di atas.[4 markah]
 c)Jelaskan amanat yang mahu disampaikan oleh penyajak.[4 markah]

 jwpn:a)sajak ini bertemakan kemasyarakatan sejagat. Segolongan masyarakat kota cuba membantu golongan masyarakat yang selama ini tidak pernah meluahkan perasaan marah, protes dan sentiasa bersikap sabar.Seruan mereka untuk menolong tidak kesampaian. Sekumpulan orang dari kota yang kononnya menjadi pembela masyarakat. Namun yang jelas, tidak ada apa-apapun yang mereka perjuangkan. b)Kumpulan pencerita diminta kembali semula kepada perjuangan asal, iaitu mengejar pangkat dan darjat dengan majikan masing-masing. Di sini tidak memerlukan sanjungan dengan bunga manggar dan tepuk gendang untuk dirasmikan. Malah, kedatangannya pun tidak perlu dialu-alukan. Hal ini disebabkan masyarakat tidak sanggup lagi mendengar janji demi janji yang diberikan. Mereka hanya mendengar tangisan serta rayuan anak dan isteri. Masyarakat menyuruh kumpulan pembawa cerita ini pergi menyampaikan cerita mereka kepada dunia tentang kekecewaan mereka supaya dapat dijawab bersaksikan burung helang yang liar.
 c)Kita hendaklah sentiasa bersabar menghadapi suasana hidup yang semakin mencabar/ sebagai seorang pelajar, kita harus bersifat tolong-menolong untuk membantu golongan yang berada dalam keadaan susah/ Kita mestilah rajin berusaha untuk mengubah kehidupan kita dari susah kepada senang.