Thursday 19 January 2012


NOVEL DARI LEMBAH KE PUNCAK

SOALAN STRUKTUR
1.         Dalam novel Dari Lembah Ke Puncak, karya Ghazali Lateh terdapat  beberapa watak yang memainkan peranan masing-masing dalam cerita tersebut. Lengkapkan jadual di bawah.
Watak
Pekerjaan

Petani, Pengarah Urusan 2 Syarikat Alam Hijau

Pelukis

Guru mengaji Al Quran

Pekedai, Peraih ikan
                                                                                                                                    [4 markah]
Jawaban:
Watak
Pekerjaan
Jalil
Petani, Pengarah Urusan 2 Syarikat Alam Hijau
Johari/Joe/Abang Joe
Pelukis
Ustaz Haji Megat
Guru mengaji Al Quran
Ah Bee
Pekedai, Peraih ikan

2.         Berikan dua latar tempat yang terdapat dalam novel Dari Ke Lembah Ke Puncak, karya Ghazali Lateh. 
                                                                                                                        [2 markah]      
Jawaban:
-          Kampung Bukit Nibung
-          Pasar Budaya Kuala Lumpur
-          Pondok di tepi sawah






3.         a)  Apakah maksud Klimaks.
                                                                                                                        [2 markah]      
            b)   Nyatakan peristiwa yang menunjukkan klimaks novel.
                                                                                                                        [2 markah]      
Jawaban:
a) Klimaks ialah puncak cerita dalam sesebuah  karya.
b)  Peristiwa perasmian Taman Tema merupakan Klimaks. Kejayaan majlis perasmian  bermakna konflik Jalil untuk menebus tanah bapanya telah tertunai.

4.         “Jauh merenung nampak!” tegur Joe suatu petang ketika Jalil hanya termenung memandang pintu keluar pintu Pasar Budaya ke arah LRT yang bergerak di atas landasan konkrit menuju ke pinggir bandar. Dia seolah-olah tertarik dengan LRT yang berfungsi sebagai nadi pengangkutan awam di kota masa kini.

Berikan dua gaya bahasa beserta contoh yang terdapat dalam petikan.
                                                                                                                                    [4 markah]
Jawaban: - kata ganda – seolah-olah
                        Personifikasi – nadi pengangkutan awam

5.         a)  Berikan maksud watak protagoni dan antagonis.
                                                                                                                                    [2 markah]
            b)  Nyatakan watak protagonis dan antagonis dalam novel ini.
                                                                                                                                    [2 markah]
Jawaban: a) - Protagonis watak baik
    Antagonis watak jahat
b)  Protagonis – Jalil
      Antagonis – Kudin
6.         Berdasarkan novel Dari  Lembah Ke Puncak, karya Ghazali Lateh.  Nyatakan dua contoh yang menggunakan teknik `Keadilan Impian` (poeitic Justice).
                                                                                                                                    [4 markah]
Jawaban:
-  Keluarga Pak Ngah kadir porak –peranda
-          Pak ngah Kadir telah masuk penjara
-          Jalil Berjaya mendapat semula tanah yang dijual oleh ibunya.
-          Jali Berjaya membuka Taman Tema Bunga Nibung.
7.         “Abang langsung tidak tahu apa-apa?” Tanya Latifah kembali. “ Tidak.”  “Terlalu banyak yang terjadi bang”
            Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikut.
            a)  Teknik plot yang digunakan oleh pengarang
                                                                                                                                    [2 markah]
            b)  Apakah maksud teknik plot di atas.
                                                                                                                                    [2 markah]
Jawaban:  a) Teknik dialog
                        b) Dialog ialah perbualan antara dua watak atau lebih

8.         “Aku masih ingat sebelum kita bermusuhan kau sering membawa aku ke Kampung Pokok Tai untuk menonton perlawanan bola sepak.” Jalil sengaja mengembalikan kenangan itu. Air mata Kudin kelihatan menitis perlahan. (m/s 297)
Nyatakan dua teknik plot beserta contoh yang digunakan dalam petikan di atas.
                                                                                                            [4 markah]
Jawaban:       
- imbas kembali – Aku masih ingat sebelum kita bermusuhan kau sering membawa aku ke Kampung Pokok Tai untuk menonton perlawanan bola sepak.
-          dialog – “Aku masih ingat sebelum kita bermusuhan kau sering membawa aku ke Kampung Pokok Tai untuk menonton perlawanan bola sepak.”
-          Pemerian - Air mata Kudin kelihatan menitis perlahan.
9.         “Aku kata pindah, pindah!” tegas Mak Teh. Suaranya meninggi. Dia tidak mahu terus tinggal di kampung itu.
            Berdasarkan novel Dari Lembah Ke Puncak karya Ghazali Lateh.
            a) Nyatakan dua sebab Mak Teh bertegas untuk berpindah.
                                                                                                                         [2 markah]
            b) Apakah alasan Jalil untuk menentang keputusan ibunya?
                                                                                                                        [2 markah]
            Jawaban:
a) -Dia tidak betah menahan malu akibat perbuatan anak kesayangannya, Muhsin.
-  Dia berasa akan disisih oleh penduduk kampung dan keselamatan dirinya terancam
b) – mereka tidak mempunyai tanah di tempat lain
     - wasiat arwahnya untuk mempeertahankan tanah pusaka
10.       “Kesiannya abang. Mereka tu memang tak habis-habis nak buat hal. Abang bersabarlah. Nanti Pah bawa minyak  tanah untuk abang. Tunggu ya!”  kata Latifah sambil berlalu dan hilang dalam kegelapan.
            Nyatakan dua nilai murni dua nilai murni dalam petikan di atas.
                                                                                                                                    [2 markah]
Jawaban:
- belas kasihan
-kegigihan







SOALAN ESEI (DLKP)
1)         Novel Dari Lembah  ke Puncak menggambarkan kejayaan watak utamanya, Jalil menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupannya. Huraikan kejayaan-kejayaan tersebut.                                                                                                         [20 markah]
2)         Huraikan citra masyarakat yang terdapat dalam novel Dari Lembah ke Puncak karya Ghazali Lateh.                                                                                                      [20 markah]
3)        a)          Dalam sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Bincangkan.                                                                                                                                                         [10 markah]
b)          Huraikan peranan watak sampingan dalam membantu watak utama menyelesaikan masalah yang dihadapi.                                             [10 markah]
4)         Berdasarkan petikan di bawah, jawab soalan yang berikutnya :-
“Entah mengapa setiap kali Pah nak buang resit ini, Pah teringat akan abang, Jadi sampai sekarang Pah simpan. Pelik bukan?” Kata Latifah menceritakan perasaannya yang begitu setia terhadap cinta pertamanya.
“Terima kasih, Pah. Kalau begitu kesetiaan Pah terhadap abang, abang amat menyanjunginya. Terima kasih atas semua kenangan, semua pertolongan, semua sokongan moral yang Pah berikan kepada abang. Pada abang Pahlah orang yang pertama bertakhta di hati. Dan yang terakhir juga….”
                                                              ( halaman : 330)
           
            a)         Nyatakan kepentingan gaya bahasa dalam sesebuah novel.            [4 markah]
            b)         Huraikan unsur keindahan bahasa dalam petikan di atas.                 [6 markah]
            c)         Sambungkan kesudahan cerita di atas dengan tidak melebihi 200 patah kata.
                                                                                                                                    [10 markah
           






Jawaban
No
Isi
Markah
1
Kejayaan Jalil menghadapi cabaran
Berjaya dalam setiap peperiksaan di sekolahnya sehingga setiap tahun, Jalil menaiki pentas untuk menerima hadiah.
Berjaya membina dangau di pinggir sawah dan mengerjakan sawah bersendirian.
Berjaya meyakinkan Pak Lang Ali bahawa dia akan membayar kembali duit tanah tapak membayar balik duit tanah tapak rumah milik arwah ayahnya secara gadai janji.
Berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dengan pencapaian Gred Satu.
Berjaya meyakinkan Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan tender menggunting rambut pelajar lelaki dalam Projek Gunting Rambut Seluruh Negara.
Berjaya menubuhkan Syarikat Alam Hijau dan Jalil menjadi pengarah urusan II.
Berjaya mendapat Diploma Lanskap dan Seni Taman dari UPM.
Berjaya meyakinkan pemilik hotel untuk membeli lukisan-lukisan mereka.
Berjaya mengharumkan nama universiti untuk mengendalikan beberapa projek lanskap di beberapa buah bangunan korporat di ibu kota.
Syarikat perniagaan lanskap dan seni taman miliknya berjaya mengendalikan urusan lanskap di sebuah bandar bestari milik kerajaan.
Berjaya menubuhkan beberapa anak syarikat dan Jalil menjadi Pengarah Urusannya. 
Berjaya mendapat anugerah “CEO of the year” oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri.
Berjaya mendapat persetujuan orang-orang kampung untuk membeli tanah mereka dengan harga RM100,000 sehektar bagi membangunkan Taman Tema Nibung Park.
Berjaya mengubah wajah Jerlun sebagai destinasi pelancongan yang menjadi mercu tanda pelancongan kawasan utara.
Berjaya membina sebuah rumah di tapak bekas rumah lamanya untuk membawa ibunya Mak Teh pulang ke rumahnya semula.


2

2

2

2
2

2
2
2
2

2

2

2
2

2

2

2
Masyarakat Melayu, contohnya Jalil, Pak Lang Ali, Latifah.
Masyarakat yang tinggal di kampung, contohnya Kampung Bukit Nibung, Kampung Pokok Tai,  Paya Kerchut, Guar Chempedak dan Padang Lumat.
Masyarakat beragama Islam, Ustaz Megat membuat pengumuman di surau agar penduduk kampung bekerjasama menguruskan jenazah Mat Tohid.
Masyarakat petani/ pesawah, contohnya Pak Teh mengerjakan sawah padi sebagai sumber pendapatan keluarganya.
Masyarakat yang tolong-menolong, contohnya Latifah menolong Jalil yang ditimpa kemalangan akibat terkena kaca.
Masyarakat rajin, contohnya Pak Teh rajin mengerjakan sawah/ Jalil rajin   berusaha mengulang kaji pelajaran dalam saat yang sukar sehingga lulus cemerlang dalam SPM.
Masyarakat yang pendengki/ iri hati, contohnya anak Pak Ngah Kadir iaitu Kudin sentiasa merancang untuk membalas dendam kepada Jalil dengan menabur kaca di dalam sawah padi.
Masyarakat berbilang kaum/ masyarakat majmuk, contohnya Ah Bee, Ah Yau, Ah Tong, Mamak Hameed, Jalil.
Masyarakat yang pemaaf, Jalil memaafkan perbuatan Kudin yang menzaliminya setelah Kudin meminta maaf dan berterus terang.
Masyarakat bercita-cita tinggi / berpandangan jauh,  Jalil bercita-cita tinggi dan berjaya dalam pelajarannya.
Masyarakat yang bijak membuat perancangan, contohnya Jalil dan Joe mempunyai perancangan masa depan yang hebat sehingga berjaya membuka syarikat dan membangunkan taman tema yang terkenal di seluruh negara.




2
2

2

2
2

2

2

2

2
2

2
3 (a)
Kritikan sosial dalam novel Dari Lembah ke Puncak.
Masyarakat yang suka bertindak terburu-buru tanpa menyiasat terlebih dahulu, contohnya Mak Teh terus mengambil keputusan untuk menjual tanah dan berpindah ke Guar Chempedak untuk menutup malu akibat kejadian yang menimpa anak kesayangannya, Muhsin.
Masyarakat yang berdendam terhadap orang lain walaupun orang yang dimusuhinya itu mempunyai pertalian keluarga. Kudin berdendam terhadap Jalil kerana menuduh abang Jalil yang melarikan Biah.
Masyarakat yang tidak menepati janji/ tamak, contoh Pak Amat yang membeli tanah secara gadai janji itu tidak menunaikan janji untuk memulangkan tanah itu semula dengan harga RM10,000 sebaliknya meminta harga RM50,000.
Masyarakat yang melakukan perbuatan dosa/ menyalahi hukum agama/sumbang mahram. Contoh,  Biah telah dinodai oleh ayahnya sendiri sehingga terpaksa meminta perlindungan daripada Muhsin.
Masyarakat yang suka membuat tuduhan secara melulu. Contoh, Pak Ngah Kadir menuduh Muhsin punca Biah lari dari rumah dan tidak mahu berkahwin dengan sepupunya.
Anak yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarganya. Contoh, Muhsin tidak mempedulikan keluarganya setelah keluar mencari pekerjaan di Bandar.
Masyarakat yang suka berjudi. Contoh, Pak Ngah Kadir gemar menghabiskan wang di meja judi.
Golongan pelajar di bandar yang bebas daripada kawalan ibu bapa, menghisap rokok di tempat awam.

2


2

2


2
2


2

2
2

b) Peranan watak sampingan dalam membantu watak utama
 JOE
Mengambil tahu tentang masalah Jalil yang baru tiba dari kampung dan menasihati Jalil supaya menemui ibunya.
Menjadi rakan kongsinya dalam mempromosikan lukisan ke hotel-hotel.
Menjadi wakil Jalil bagi menerangkan projek di Kampung Bukit Nibung kepada orang-orang kampung.
Menjadi Pengarah Urusan Syarikat Alam Hijau yang dikongsinya dengan Jalil.

LATIFAH
Sering menghantar makanan kepada Jalil yang menghadapi masalah kekurangan makanan.
Membantu merawat luka di kaki Jalil akibat terkena tusukan kaca.
Membantu Jalil menjelaskan yuran SPM dan menyimpan resit itu sehinggalah Jalil berjaya dalam kehidupan.
AH BEE
Selalu membantu Jalil dengan memberi barang dari kedainya.
Meminjamkan wang kepada Jalil sebagai duit poket ketika Jalil hendak ke Kuala Lumpur.
PAK SAMAD
Menolong Jalil menjaga kerbaunya, Awang kerana Jalil hendak berhijrah ke Kuala Lumpur.


2

2
2
2


2

2
2

2

2

2
4 (a)
Menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan.
Meluaskan kosa kata pembaca.
Untuk mengembangkan cerita
Menambahkan daya imaginasi pembaca.
Menggalakkan pembaca berfikir secara kritis dan kreatif

1
1
1
1
1
(Mak 4)
     (b)
Sinkope – Entah mengapa setiap kali Pah nak buang resit ini
Repitisi -  Terima kasih atas semua kenangan, semua pertolongan, semua sokongan moral yang Pah berikan kepada abang
Ayat pendek - Pelik bukan?
2
2
(c)
Pemarkahan
Kreativiti – 3
Bahasa – 3
Isi – 4
Jumlah : 10
(Nota : Sekiranya calon menulis lebih daripada 200 patah kata, markah tidak akan dipotong)

10

No comments:

Post a Comment