Wednesday 18 January 2012


NOVEL JERIJI KASIH

STRUKTUR

“Dulu Zura tinggal berhampiran sungai ni?”
Azuera mengangguk perlahan seraya senyum manis. “ Tu, nampak batang pokok tumbang tu?” Dia menjuih menunjuk ke arah sebatang pokok besar tumbang yang hanya tinggal dahan mati. Jaraknya hanya beberapa meter dari tempat mereka duduk.
(Dipetik daripada novel Jeriji Kasih oleh Ramlah Abd Rashid)
 
1.








(a)    Nyatakan dua teknik penceritaan dalam petikan novel di atas dan berikan contoh.                                                                                                             [4 markah] 

Jawapan: Teknik pemerian – Azuera menggangguk perlahan seraya senyum manis.
                Teknik dialog      - “Dulu Zura tinggal berhampiran sungai ni?”

2. Berdasarkan novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd. Rashid, nyatakan empat watak yang         
    terdapat dalam novel tersebut.                                                                                ( 4 markah )
Jawapan: (i)     Auariza
                (ii)    Sharifaah Farisya
                (iii)   Syed Mustafa
                (iv)   Soleha
                (v)    Nek Siah
                (vi)   Syed Fariz                                           (pilih mana-mana empat)



Setelah selesai menunaikan solat Zuhur  secara berjemaah, Anuariza dan Syed Mustafa mengharung anak paya yang airnya separas pinggang. Membawa bebanan berat di dalam air tidaklah sesukar menariknya menggunakan upih pinang di daratan.
(Dipetik daripada novel Jeriji Kasih oleh Ramlah Abd Rashid)
 
3.







Berdasarkan petikan di atas berikan dua perwatakan Anuariza berserta contoh dalam petikan.
Jawapan: Taat kepada perintah Tuhan - Setelah selesai menunaikan solat Zuhur  secara
     berjemaah
                 Cekal/tabah menghadapi cabaran - Membawa bebanan berat di dalam air.......
4. Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikut.

“Sama seperti kebun getah ini. Kita tidak berhak langsung. Tetapi dengan kebun ini, kita boleh terus hidup. Nenek tak pernah tanya bagaimana kita dapat” wajahnya berona hiba.
(Dipetik daripada novel Jeriji Kasih oleh Ramlah Abd Rashid)
 
 





Berdasarkan petikan di atas, nyatakan dua aspek gaya bahasa berserta contoh.       [4 markah]
Jawapan: Sinkop – tak,ni,
                Semile – sama seperti kebun getah ini.

5.  Syed Mustafa memerhati kerajinan dan kesungguhan Anuariza. Hatinya mengiakan cerita    
     ibunya berkenaan kecekalan anak muda itu dab sedikit sebanyak diamelihat Anuariza
     adalah dirinya sendiri.
Berdasarkan pernyataan berikut, jawab soalan-soalan berikut.
  1. Apakah maksud nilai murni?                                                                          [1 markah]
  2. Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam pernyataan berikut.  [3 markah]

Jawapan: a. Nilai-nilai baik yang terdapat dalam watak dan perwatakan.
                 b. Kesungguhan, kerajinan, kecekalan









“Kuat semangat awak Nuar, tak terikut saya. Saya pernah melakukan kerja ini sewaktu seusia awak, tapi hanya untuk suka-suka, bukan untuk menyara keluarga”. Anuariza senyum. Kuat lagi semangat emak membesarkan saya dan adik dalam keadaan dia tidak bersuami”.
Dipetik daripada novel Jeriji Kasih oleh Ramlah Abd Rashid)
 
6.




(a)    Berdasarkan petikan di atas, nyatakan pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas.
[2 markah]
(b)   Pada pendapaat anda, apakah mesej lain yang mahu disampaikanoleh pengarang.
[2 markah]
Jawapan: (a) Kita hendaklahrajin berusaha jika mahu hidup senang.
                      Kita haruslah menghargai jasa dan pengorbaanan ibu bapa.

                (b) Kita mestilah menghormati orang tua.
                      Janganlah kita lupa pada asal-usul diri kita.

7. Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sudut pandangan yang digunakan dalam novel   
    Jeriji Kasih.                                                                                                 [2 markah]
   Jawapan: Sudut pandangan orang ketiga serba tahu. Pengarang mengetahui segala isi hati
       dan fikiran watak. Contoh watak Anuariza.






Anuariza mengambil upahmengecat dan membuat sedikit pengubahsuaian di bilik cucu Nek Siah. Dia melunaskan yuranpersekolahan Azuera dengan wang upahan itu.
Dipetik daripada novel Jeriji Kasih oleh Ramlah Abd Rashid)
 
8.



(a)    Nyatakan tema novel berdasarkan  petikan di atas.                                             [2 markah]
(b)   Berikan contoh yang menggambarkan tema tersebut.                                         [2 markah]
Jawapan: (a) Kegigihan seorang remaja mengharungi kesukaran hidup.
                (b) Berdasarkan petikan watak yang menggambarkan tema ialah Anuariza
                      mengambil upah mengecat bilik cucu Nek Siah untuk membayar yuran
                      persekolahan Azuera.

Masih segar dalam ingatan bagaimana Allahyarham ayah angkatnya membawa dia ke pekan untuk membelikannya sehelai baju kemaja bergambar ‘Superman’ yang menjadi kegilaan kanak-kanak sebayanya waktu itu. Mereka berjalan kaki sejauh lebih lima kilometer kerana Allahyarham ayah angkatnya tidak mempunyai wang untuk tambang teksi mahupun bas.
Dipetik daripada novel Jeriji Kasih oleh Ramlah Abd Rashid)
 
9.




(a)    Nyatakan dua persoalan dan contohnya berdasarkan petikan di atas.           [4 markah]
Jawapan: - Kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. Contohnya, Masih segar dalam
                  ingatan bagaimana Allahyarham ayah angkatnya membawa dia ke pekan untuk
                  membelikannya sehelai baju kemaja bergambar ‘Superman’.

- Kemiskinan yang membelenggu hidup. Contohnya, Mereka berjalan kaki sejauh         
      lebih lima kilometer kerana Allahyarham ayah angkatnya tidak mempunyai wang
      untuk tambang teksi mahupun bas.




           


“Entah Leha. Aku ingat aku beruntung. Ada empat orang cucu yang hampir sebaya. Tapi rupa-rupanya cucu sendiri merantah daging aku hidup-hidup. “Masih tiba habis lagi kiasan-kiasan dihambarnya”.
Dipetik daripada novel Jeriji Kasih oleh Ramlah Abd Rashid)
 
10.



(a)    Nyatakan susunan binaan plot peristiwa di atas.                                            [2 markah]
(b)   Jelaskan maksud binaan plot tersebut.                                                            [2 markah]
Jawapan: (a) Binaan plot petikan peristiwa di atas ialah perumitan.
                (b) Perumitan ialah permasalahan yang terjadi antara watak-watak di dalam novel.


ESEI

  1. Berdasarkan novel Jeriji Kasih, karya Ramlah Abd. Rashid
(a)    Jelaskan tema novel tersebut.                                                                          ( 4 markah)
(b)   Huraikan lapan persoalan yang terdapat dalam novel tersebut.                      (16 markah)
Jawapan a) Usaha gigih dan kebijaksanaan remaja berdiplomasi apabila berhadapan dengan   
 permasalahan keluargayang kehausan kasih sayang. Sehubungan dengan itu,     usaha    dan kepintaran Anuariza dapat memberikan kepuasan kepada semua pihak.
   b) Persoalan
i) Kasih sayang dalam keluarga – Anuariza tetap menyayangi Soleha sebagai ibunya       walaupun Soleha hanya ibu angkatnya.
            ii) Merealisasikan cita-cita- Anuariza ingin mewujudkan ladang pelancongannya.
iii) Mengejar kekayaan dan pangkat- Syed Mustafa mengejar kekayaan sehingga mengabaikan anak-anaknya.
iv) Kekuatan agama membentuk keperibadian tinggi.
v) Semangat kejiranan tanpa membataskan kedudukan dan pangkat.
vi) Pengorbanan diri demi kebahagiaan keluarga-
vii) Berlakunya gejala sosial di sekolah- Syed Fariz dan rakan-rakan menyebarkan fitnah yang memalukan Ruhaiza.
viii) Penerimaan penduduk kampung mengenai kepentingan pendidikan lebih berbanding penduduk bandar-

  1. Berdasarkan novel Jeriji Kasih karya Ramlan Abdul Rashid.
a)      Huraikan watak dan perwatakan Anuariza.                                              [10 markah]
b)      Huraikan lima teknik plot yang terdapat dalam novel Jeriji Kasih           [10 markah]

Jawapan a) - Rajin menuntut ilmu. Contohnya, Anuariza sedang menuntut di tingkatan   
         enam.
                   - Bertanggungjawab kepada keluarga. Contohnya, Anuariza menjadiketua
          keluarga setelah kematian ayah angkatnya.
                   - Taat kepada perintah Tuhan. Contohnya, menunaikan solat Zuhur.
                   - Tabah menghadapi kesusahan hidup. Contohnya, Anuariza sanggup hidup di
         pondok buruk sebelum menumpang di tanah Nek Siah.
                   - Suka menolong orang lain / ringan tulang
b) Teknik Plot
- Pemerian
- Imbas Kembali
- Imbas Muka
- Dialog
-Monolog dalaman
- Saspens
  1. Novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd Rashid memaparkan citra masyarakat. Jelaskan citra masyarakat yang ada dalam teks tersebut. (10 markah)
Jawapan:
-          Citra masyarakat yang rajin berusaha. Contohnya Anuariza rajin berusaha sehingga berjaya.
-          Masyarakat yangberpendidikan. Contoh, Anuariza seorang yang berpendidikan. Dia mahu meneruskan pelajarannya sehingga ke IPTA. Begitu juga dengan Syed Mustafa.
-          Masyarakat yang beragama ataupun kuat agama/ taat pada perintah agama. Contohnya  Syed Mustafa mahu membuat kenduri kesyukuran dan kenduri tahlil.
-          Masyarakat yang suka tolong-menolong/ bantu-membantu. Misalnya semasa kenduri kesyukuran dan kenduri tahlil dijalankan di rumah Syed Mustafa, Anuariza dan Azuera turut membantu mereka dalam mendendalikan majlis tersebut.
-          Masyarakat yang penuh dengan perasaan kasih sayang. Nek Siah misalnya sayang akan Anuariza, Azuera dan cucu-cucunya.
-          Masyarakat yang tidak lupa akan asal-usul diri. Contohnya Syed Mustafa tidak pernah lupa asal-usulnya. Dia masih ingat buah perah dan buah ketiau serta terkenang akan zamannya semasa kecil.

  1. Bincangkan latar masa dan latar tempat berdasarkan novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd. Rashid. (10 markah)
Jawapan;
-          Latar masa- waktu pagi. Contoh, Anuariza merasai waktu pagi sangat sejuk. Tambahan pula, pada malamnya hujan telah turun dengan lebat.
-          Malam. Hujan lebat pada waktu malam telah menyebabkan keesokan paginya suasana sungguhsejuk.
-          Selepas subuh.Anuariza dan Syed Mustafa mahu pergi ke hutan untuk mencari buah asam kelubi
-          Latar tempat- Di hutan. Contoh, di hutan ialah tempat Anuariza mengutip buah asam kelubi untuk dijual kepada Ah Chong.
-          Pancur. Pancur merupakan tempat mandi dan membersihkan pakaian di belakang rumah Anuariza.
-          Dapur. Anuariza melangkah ke dapur untuk menjamu selera.
-          Kebun getah. Buktinya, Disinilah tempat  Anuariza membantu ibunya mengutip getah-getah dan susu getah pada cuti penggal persekolahan.
-          Bilik Syarifah Farisya. Anuariza mengecat dan membuat sedikit ubah suai dibiliknya.
-          Surau. Surau ialah tempat solat yang berhampiran dengan rumah Syed Ubaidillah.
  1. Setiap novel mempunyai sudut pandangan masing-masing. Berdasarkan novel Jeriji Kasih, jelaskan sudut pandangan dan buktinya. (6 markah)
Jawapan:
-          Sudut pandangan yang digunakan ialah sudut pandangan orang ketiga serba tahu.
-          Pengarang mengetahui semua yang berlaku walaupun dalam fikiran atau dalam hati.
-          Buktinya, pengarang menceritakan hal yang ada dalam fikiran Anuariza. Dia memikirkan segala takdir yang dihadapinya. m/s 1.
-          Bukti. Anuariza membentak dalam hatinya. Dia mesti meneruskan perjuangannya walaupun perit. Semalam dia ke paya, mengutip buah asam kelubi untuk di jual kepada Ah Chong. m/s 2
-          Bukti. Nek siah telah melarang Anuariza untuk pergi ke paya. Anuariza terpaksa akur. Namun dalam hatinya tidak mahu mengaku kalah. m/s 7.  



No comments:

Post a Comment