Saturday 21 January 2012


NOVEL DARI LEMBAH KE PUNCAK: KARYA GHAZALI LATEH

BAHAGIAN 13
  1. Sebulan selepas itu, Jalil terjumpa dengan Biah. Biah diseret balik oleh bapa saudara yang dijumpai di rumah Muhsin di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
2.       Biah memanggil Jalil dan memberitahu bahawa Muhsin tidak bersalah. Biah memberitahu Jalil bahawa dia sudah hamil ketika dia meninggalkan rumah.
3.       Ibu Biah iaitu Mak Yam seorang yang pendiam. Pak Ngah Kadir hanya goyang kaki setiap hari kerana segala keperluan anak-anak yang sediakan.
4.       Pak Ngah Kadir hanya menjadi pengunjung tetap di kedai kopi Seng Huat. Kalau dia balik marah-marah pastinya dia kalah dalam judi.
5.       Mak Yam, Biah dan adiknya Imah jadi mangsa. Kudin pula sangat disayanginya.
6.       Ketika Jalil melalui di depan rumah Pak Ngah Kadir, dadanya berdebar-debar. Jalil terdengar suara Biah yang tidak mahu kahwin.

BAHAGIAN 14
  1. Suasana kampung kembali tenang. Cuma Jalil berasa terancam apabila Kudin mula menunjukkan ancaman kepada Jalil. Malah Jalil sudah mengagak orang yang membuang kaca ialah Kudin.
  2. Pernah sekali ada beberapa anak muda menyekat Jalil ketika pulang dari sekolah.
  3. Suatu petang Jalil berbasikal ke Bukit Jenun. Hasratnya untuk ke kedai Ah Bee. Ada barang-barang keperluan yang harus dibeli. Jalil membeli minyak tanah, ikan tamban kering dan sebagainya.
  4. Ketika membelok masuk ke Bukit Nibung, Rosman iaitu anak buah Pak Ngah Kadir yang tinggal di Tanjung Setul menyekatnya.
  5. Rosman dan dua orang kawannya mengelilinginya dan mengetuk bahagian bawah botol minyak tanah. Habis minyak Jalil. Jalil pun mengacu dan mahu menikam Rosman dan kawan-kawannya dengan botol. Lari lintang-pukang mereka.
  6. Malam itu Jalil bergelap. Mengenang peristiwa petang tadi, hatinya sedih dan marah.
  7. Tiba-tiba Latifah datang ke pondoknya. Latifah sudah tahu cerita Jalil bergaduh. 10 minit kemudian, Latifah muncul kembali dan membawa sebotol kecil minyak tanah.
  8. Sebelum Latifah pulang, Pak Lang Ali sudah balik dan memanggil anak-anaknya untuk membincangkan hal Jalil supaya Jalil dihalau keluar.
  9. Pak Lang Ali juga bertanya tentang Latifah kerana mendengar cerita Latifah selalu berjumpa dengan Jalil. Latifah menyatakan bahawa dia hanya menghantar makanan sahaja.
  10. Latifah mempertahankan Jalil tentang pergaduhan petang tadi. Bukan Jalil yang memulakan.
  11. Pak Lang Ali melarang Latifah untuk untuk berjumpa dengannya lagi.

BAHAGIAN 15
  1. Semua orang kampung sudah bersedia untuk kenduri perkahwinan Biah. Jalil terkilan kerana ini kali pertama dia tidak dijemput. Semasa arwah bapanya ada, dia suka mengikuti bapanya memasak.
  2. Begitu juga dengan kerja mendirikan balai. Anak-anak muda sepertinya akan ke bukit untuk mencari kayu api. Sehari sebelum kenduri, pembesar suara di pasang di dahan pokok nangka di halaman rumah Pak Ngah Kadir.
  3. Ngah Berahim menjadi ketua memasak. Jalil teringat akan kata-kata Biah dulu. Jalil hanya melihat orang-orang kampung dari celah dinding. Tiba-tiba Latifah datang dengan membawa makanan kenduri. Namun Jalil tidak mahu mengambilnya.
  4. Semasa Jalil menghulurkan kembali pinggan makanan itu, tiba-tiba terjatuh sekeping kertas berlipat.
  5. Dalam surat itu Biah meminta maaf disebabkan Biah, Jalil dan keluarga mendapat masalah.
  6. Biah sebenarnya mangsa sumbang-mahram. Orang lain tidak tahu hal ini. Jalil terfikir akan orang yang melakukan perkara terkutuk itu.

BAHAGIAN 16
  1. Jalil tidak mengerti sebab-sebab kawan yang akrab sebelum ini tiba-tiba sahaja menjauhkan diri. Roslan anak Pak Mat Panjang, Din Lebai Kob, Mat Zain, Lias, Shafie dan orang-orang kampung sama sahaja. Semua memulaukan Jalil.
  2. Mat Tohid tiba-tiba dating dengan basikal. Mat Tohid pun sebenarnya sudah lama tidak dating ke rumah Jalil. Mat Tohid mempunyai penyakit sawan babi. Hubungan Jalil dengan Mat Tohid amat akrab.
  3. Jalil sahaja yang berani memulihkan Mat Tohid yang berpenyakit itu. Malah Ustaz Haji Megat sendiri pernah terkena penumbuk Mat Tohid yang agresif itu.
  4. Mat Tohid mengajak Jalil untuk memancing. Jalil mengatakan bahawa dia tidak ada masa. Mat Tohid berasa sedih dengan keadaan Jalil sekarang. Jalil terpaksa turun ke sawah, membuat kerja sekolah dan sebagainya.
  5. Mat Tohid pun balik. Selepas Maghrib, Jalil mendengar berita kematian. Semua orang pergi ke surau termasuklah Jalil.
  6. Rupa-rupanya Mat Tohid yang meninggal di sungai. Jalil menangis dalam kegelapan malam. Jalil pergi ke rumah Ngah Berahim iaitu bapa Mat Tohid. Dia seolah-olah menjadi kera sumbang. Jalil menatap wajah Mat Tohid buat kali terakhir. Kudin sengaja menjadi ketua pengusung jenazah.




BAHAGIAN 17
  1. Jalil tahu sangat perangai ibunya. Sifat terburu-buru Mak Teh banyak kali mendatang masalah kepada mereka sekeluarga.
  2. Sebahagian tanah darat di sebelah rumah mereka tergadai kepada Pak Cik Jid. Tanah yang bersempadan dengan tanah Pak Ngah Kadir itu dijual untuk membeli motosikal. Ketika itu Jalil dalam tingkatan dua. Pak Teh menjual setengah ekar tanah darat itu dengan harga RM 1200. Separuh wang itu dibayar tunai. Selebihnya setelah Pak Teh mendapat hak milik tanah berkenaan.
  3. Masalahnya Pak Teh tidak mendapat layanan yang sewajarnya di Pejabat Tanah Pendang. Motosikal yang dibeli juga telah hilang. Paling menyedihkan ialah sikap terburu-buru ibunya menjual tanah pusaka mereka dengan harga RM5000. Pak Lang Ali yang menjadi orang tengah mendapat jumlah yang sama iaitu RM5000.
  4. Jalil bertanya jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina rumah di Banggol Lalang. Dua ribu jumlahnya jawapan Mak Teh. Baki duit itu digunakan untuk meminang anak dara Yan untuk Muhsin.
  5. Mak Teh mahu membuktikan bahawa Muhsin ada maruah. Tiga ribu telah dijadikan hantaran. Setelah selesai bersembang dengan ibunya, Jalil berbasikal balik ke Bukit Nibung.
  6. Seminggu selepas itu, Aziz iaitu anak Pak Long Ayob datang memberitahu Mak Teh mahu berjumpa dengan Jalil. 
  7. Rupa-rupanya Mak Teh mahu ke Kuala Lumpur. Muhsin telah ditangkap basah. Jalil meminjam wang daripada Pak Long Ayob untuk membeli tiket bas. Ada-ada sahaja masalah yang dicetuskan Muhsin. Dulu Muhsin memecah masuk ke kedai Ah Bee. 

BAHAGIAN 18
1.        Rambut sama hitam, hati lain-lain. Semua pihak benci terhadap Jalil. Bezanya dengan Latifah. Sifat tegas, kerajinan, cita-cita yang tinggi, ketahanan mental Jalil dan sebagainya menarik perhatian Latifah. Latifah tiga tahun lebih muda daripada Jalil. Hasnah dan Fauziah mengejek Latifah yang mahu kahwin. Mak Tiah tertanya-tanya siapa yang mahu kahwin. Mak Tiah tidak menghalang berkawan dengan Jalil.
2.        Suatu pagi, Latifah menunggu bas. Namun bas yang tiba jam 6.30 dan 6.45 pagi sudah berlalu. Ujian bulanan akan diadakan.
3.        Bas berikutnya dating jam 7.45 pagi. Apabila Latifah ternampak Jalil, dia menahan Jalil yang berbasikal. Latifah mahu menumpangi Jalil. Latifah takut terlepas menduduki ujian Bahasa Melayu. Cikgu Nora akan marah jika terlepas ujian itu.
4.        Jalil terfikir jika ada orang nampak. Banyak persoalan yang timbul dalam fikiran saya. Namun Jalil membenarkan Latifah naik basikalnya. Inilah kali pertama basikal Jalil ditumpangi. Lebih-lebih lagi seorang gadis.
5.        Setelah melewati Sungai Baru, barulah hati Jalil berasa lebih tenang sedikit. Latifah berbual dengan Jalil tentang kecantikan Bukit Nibung pada waktu pagi. Namun Jalil berasa tidak bermakna walaupun cantik. Jalil seperti kecewa dengan kehidupannya. Kebahagian Jalil di kampung sendiri dirundung kemelut yang besar. Latifah tahu Jalil adalah harapan Pak Teh.
6.        Latifah memberi semangat kepada Jalil untuk menuntut hak itu kembali. Jalil mahu keluar dari kampung ini selepas peperiksaan. Latifah pula tidak mahu Jalil pergi kerana Jalil sangat istimewa baginya.
7.        Latifah mahu Jalil menebus maruah keluarganya yang tercemar oleh perbuatan Biah dan Muhsin. Apabila sampai, Jalil menurunkan Latifah agak jauh sedikit daripada pintu pagar sekolah. Latifah mahu naik basikal Jalil tiap-tiap hari. Dalam jiwa Jalil berputik suatu perasaan yang indah. Akan tetapi perasaan itu cepat-cepat dibunuhnya. Dia perlu sedar akan dirinya.

BAHAGIAN 19
1.        Padi yang ditanam sejak dua minggu lalu nampaknya sudah mengeluarkan pucuk yang baharu. Di sekolah, Cikgu Razi mengumumkan tarikh tutup pembayaran yuran peperiksaan dan mengingatkan murid-murid. Jika tidak kerana masalahnya, dia pasti sudah menyerahkannya kepada Mr. Lim, guru kelasnya.
2.        Bayaran yurannya mencecah RM150. Mr. Goh menggalakkan Jalil mengambil Bahasa Inggeris 121 iaitu Bahasa Inggeris antarabangsa. Dalam SRP dahulu dia sudah pun cemerlang dan mendapat peluang belajar di Sekolah Menengah Teknik.
3.        Dulu, ketika menolong ibunya menoreh, dia membayangkan untungnya jika dapat keluar Negara untuk menyambung pelajaran.
4.        SPM dengan gred satu sudah menjanjikan peluang yang besar. Tambahan pula, tidak ramai murid Melayu yang mengambil aliran Sains.
5.        Wang simpanan Jalil mencecah RM80. Namun, telah diambil oleh Mak The untuk membayar upah bomoh iaitu Tok Su Dolah. Jalil tidak tahu cara mahu mendapatkan wang itu. Tauke Ah Bee mungkin boleh membantu. Di sekolah memang ada tabung untuk murid-murid miskin. Namun, perlu penjaga bertemu dengan pengetua untuk memohon. Dia sebatang kara.
6.        Dia merancang untuk berhenti sekolah jika tidak dapat membayar yuran itu. Dia mahu mengusahakan tanah sawahnya sahaja.
7.        Tiba-tiba Latifah dating dan dapat meneka Jalil memikirkan yuran peperiksaan. Gadis itu tersenyum. Mnis senyumannya. Wajahnya putih bersih. Ditambah lagi dengan lesung pipit. Jalil mengatakan dia akan membayar pada minggu hadapan. Namun dia tidak tahu hendak mengambil wang dari mana. Latifah menghulurkan satu sampul surat kecil yang mengandungi yuran peperiksaan.
8.        Latifah menyatakan bahawa bapanya menyuruh bagikan duit itu kepada Jalil. Bapa Latifah berasa bersalah. Latifah menyelitkan sampul surat berwarna coklat itu ke dalam poket kemeja Jalil. Rupa-rupanya Latifah yang mendesak Pak Lang Ali untuk membantu Jalil. Sejak itu, Jalil amat menghargai setiap pemberian Latifah. Pengorbanan Latifah sangat besar.

BAHAGIAN 20
1.        Masa berlalu bagaikan aliran air yang tidak pernah putus-putus. Begitu juga dengan kehidupan Jalil. Anak muda ini telah kehilangan sesuatu yang penting dalam hidupnya iaitu rumahnya. Mak Teh langsung tidak pernah menjejakkan kaki kembali ke Bukit Nibung.
2.        Apa-apa sahaja pekerjaan dilakukan untuk wang saku bagi membiayai makan minumnya. Latifah sering menyiapkan kerja rumah di pangkin bawah pohon kelapa dara berhampiran rumah Jalil. Bapanya seperti tidak kisah lagi Latifah bertandang ke dangau buruk Jalil.
3.        Pak Lang Ali hanya mengingatkan Latifah agar menjaga kelakuannya. Oleh sebab sibuk, Jalil jarang-jarang menemui ibunya. Namun dia tetap menyayangi ibunya. Mak Teh sentiasa memujuk Jalil agar berpindah dan tinggal bersamanya di Guar Chempedak.
4.        Mak Teh bekerja di kebun sayur milik pekebun Cina. Muhsin pula langsung tidak kembali.
5.        Selepas selesai SPM, Jalil bertekad membawa diri ke Kuala Lumpur atau ke mana-mana sahaja asalkan dapat mencari tapak untuk memulakan hidup baru. Jalil berkemas. Pakaian buruknya dilipat dan dibungkus dalam kain pelikat lusuh. Beg sekolah yang sudah koyak diisikan dokumen diri. Si Awang pula mahu dijual kepada Ah Bee. Ah Bee menganggap Jalil lebih daripada pelanggannya. Mendinag bapa Ah Bee sangat terhutang budi kepada Pak Teh.
6.        Masa darurat, Pak The menolong mereka sekeluarga dalam kebakaran. Pak The memberi perlindungan kepada Ah Yau, bapa Ah Bee di dalam parit besar yang kering ketika permusuhan memuncak. Padi di sawah pula dipajak kepada Ah Bee. RM400 Jalil menerima wang daripada Ah Bee. Latifah dating ke pondok Jalil untuk bertanya tentang peperiksaan. Hasnah pula meminta soalan peperiksaan Jalil.
7.        Jalil hanya bimbang jika ada orang memerhati Latifah yang bersama-sama Jalil. Jalil menceritakan kepada Latifah bahawa dia mahu ke Bandar untuk mencari kerja. Latifah sanggup menjaga Awang kerana Ah Bee tidak mahu membelinya. Jalil tidak dapat melelapkan mata pada malam itu. Dia akan menempuh cabaran yang besar di Bandar.

BAHAGIAN 21
1.        Selepas mandi, Jalil memandang pohon kuini yang terletak tidak jauh dari telaga. Dulu, sebiji kuini dijual dengan harga 10sen di kedai Mamak Hamed. Jalil ke Tanjung Setul untuk bertemu dengan Pak Samad. Dia mahu Pak Samad yang menjaganya. Jalil menziarahi kubur arwah bapanya pagi itu. Selepas membersihkan kubur itu, Jalil membeli sepasang batu nisan yang murah supaya dapat dikesan lagi jika sudah lama tidak menziarahi kubur bapanya.
2.        Jalil berjanji dengan bapanya di kubur itu akan dapatkan kembali tanah itu. Air matanya tiba-tiba sahaja mengalir membasahi pipi. Setelah Awang diserahkan kepada Pak Samad, Jalil berpesan kepada Awang supaya tidak degil.
3.        Jalil memeluk leher kerbau jantannya itu. Mak Teh pula mahu Jalil mencari Muhsin apabila tiba di Kuala Lumpur. Pukul 8.00 malam dia akan menaiki kereta api di stesen Bukit Jenun. Dia bertolak malam supaya akan sampai di Kuala Lumpur pada waktu siang.
4.        Latifah dating kepada Jalil apabila melihat Jalil membakar pondoknya itu. Pak Lang Ali juga dating bertanya tentang Jalil yang membakar pondoknya. Jalil mahu meninggalkan kampung ini dan tidak tergamak mahu meninggalkan kampung ini.
5.        Raungan tangisan Latifah memecah kesunyian malam. Mak Tiah, Fauziah dan Hasnah mengesat air mata.

BAHAGIAN 22
1.        Kota ini terlalu asing. Jalil tahu bahawa Muhsin berada di sini sejak tadi. Akan tetapi, kalau boleh dia tidak mahu berjumpa dengan abangnya.
2.        Jalil pernah datang ke Kuala Lumpur ketika tingkatan dua. Dia tidak tahu tujuannya. Namun wang masih ada untuk bekalan seminggu atau lebih. Dia melihat bangunan Dayabumi. Jalil kehilangan arah. Dia berhenti di ruang pejalan kaki Pasar Budaya. Dia bersarapan di restoran India Muslim. Setiap gerai dalam pasar seni itu dilawatinya.
3.        Jalil singgah di gerai seorang pelukis. Dulu, hasil seni Jalil iaitu lukisannya dilekatkan di dinding bilik. Kerja seninya ternyata bermutu apabila dia membantu seorang rakan membuat ukiran kayu dalam peperiksaan SPM. Rakannya mendapat keputusan cemerlang.
4.        Darah seni memang mengalir dalam jiwanya. Jika tidak disisihkan, dia bakal memimpin pemuda kampung dalam pertubuhan silat di kampungnya. Serunai dan gendang silat sudah cekap dimainnya. Tiba-tiba pelukis itu bertanya kepada Jalil sama ada mahu melukis wajahnya atau tidak. Jalil tidak mahu dan menyatakan dia dari kampung.
5.        Jalil memberitahu dia dari Kedah dan mahu mencari kerja. Rambut pelukis itu panjang. Namun disikat kemas. Pakaiannya lusuh, tetapi bersih. Palukis itu menyatakan seseorang itu perlulah kreatif untuk mencari wang. Lubuk rezeki kepada orang yang rajin. Pengunjung yang datang ke Pasar Seni bertambah ramai. Jalil duduk di sisi gerai lukisan yang menarik minatnya.
6.        Tiba-tiba datang seorang gadis yang memakai jeans ketat. Wajah gadis itu saling tak tumpah seperti wajah Latifah. Jalil menyatakan gerai ini bukan kepunyaannya. Namun gadis itu mahu Jalil melukis gambar perempuan berkenaan. Pelukis itu juga mahu Jalil melukisnya.
7.        Ketika itulah Jalil teringat wajah Latifah yang dilukisnya tanpa pengetahuan Latifah. Begitu juga dengan gambar kakak-kakaknya. Jalil mula melakar wajah gadis manis itu. Bibirnya merah jambu. Wajah manis gadis itu bertambah manis di atas kanvas. Orang yang lalu-lalang berhenti sejenak melihat kehalusan karya seni Jalil.
8.        Pelukis itu memberi semangat kepada Jalil. Jalil ditanya oleh pelukis itu tentang kemahiran belajar melukis itu. Jalil hanya belajar melukis sendiri. Jalil dikatakan boleh mencari makan dengan bakatnya itu. Pelukis itu memberi semangat. Pelukis itu mahu membantunya. Mereka berdua seterusnya berkenalan. Pelukis itu bernama Joe.
9.        Jalil menumpang di rumah Joe. Dia tekun belajar dengan Joe. Kebolehan menggunakan warna mendatangkan pulangan yang lumayan. Gerai Joe semakin mendapat sambutan. Tiga bulan telah berlalu. Jalil terlupa bahawa dia menanti keputusan peperiksaan. Pada waktu malam semasa melihat televisyen, barulah dia sedar. Mulanya dia malas untuk balik. Apabila ditanya oleh Joe, Jalil memberitahu bahawa dulu dia kurang bersedia. Dulu cita-citanya mahu belajar keluar negara.
10.     Joe yang kurus ceding sama sekali tidak disangka mempunyai peribadi yang baik. Joe seorang yang penyayang. Dilihat dari segi cara berpakaian, Joe tidak patut dibuat panduan. Jalil akan menelefon sekiranya dahulu kerana tidak mahu membuang duit. Jalil pula memberi idea untuk mengembangkan perniagaan mereka. Mereka mahu pergi ke hotel-hotel untuk mempromosi karya mereka.
11.     Kalau mereka mendapat kontrak, mereka akan membeli lukisan daripada orang lain. Keputusan peperiksaan SPM Jalil memungkinkan dia memasuki mana-mana universiti di negara ini. Joe memberi semangat untuk menyambung pelajaran. Apakah cita-cita Jalil sekadar untuk menebus kembali tanah pusaka yang tergadai itu?
12.     Bagi abang Joe, Jalil boleh belajar dan bekerja. Jalil sebenarnya seorang yang boleh dibuat kawan. Bagi Joe, Jalil seorang yang sangat tekun dan gigih. Di bandar, ada pegawai-pegawai kerajaan yang melakukan kerja tambahan demi mendapatkan pendapatan yang lumayan.
13.     Sesebuah hotel memiliki ribuan bilik penginapan. Kalau satu bilik mempamerkan sebuah lukisan, maka permintaan akan terus ada.

BAHAGIAN 23
1.        Kertas kerja untuk membekalkan lukisan ke hotel telah siap. Joe mengupah orang membuat kertas kerja itu. Ada jawapan yang positif dan negatif. Satu perjanjian yang sah dibuat secara formal. Jalil teringat akan perjanjiannya dan orang kampungnya yang membuat perjanjian secara lisan.
2.        Joe terasa bahawa Jalil bukan sebarang anak muda. Kehadiran Jalil secara tidak diduga membawa banyak rahmat kepada Joe. Jalil meneruskan niatnya untuk belajar. Tiga atau empat hari diambil cuti dengan Joe. Jalil mahu balik ke kampong dan berjumpa dengan emaknya. Semenjak pemergian tempoh hari, Jalil sudah terputus hubungan dengan Latifah.
3.        Mak Teh menyuruh Jalil mencari Muhsin apabila tiba di Kuala Lumpur. Jalil tidak menjawab.

BAHAGIAN 24
1.        Jalil akhirnya mengumpul wang sehingga sepuluh ribu ringgit. Susah payah beberapa tahun, kini berhasil. Jalil mahu menuntut kembali tanah pusaka bapanya. Jalil mengajak Joe balik ke kampungnya kerana Jalil tidak tahu urusan jual beli tanah.
2.        Jalil tidak pernah mengabaikan ibunya. Setiap bulan Jalil mengirimkan wang untuk ibunya. Besoknya mereka sampai di kampung. Joe ditunjukkan bekas tapak rumahnya. Jalil merayau-rayau di sekitar kawasan rumahnya yang ditinggalkan sejak lebih dua tahun yang lalu.
3.        Jalil ke rumah Pak Lang Ali untuk menjadikannya sebagai orang tengah urusannya dahulu. Dalam hati Jalil terdetik wajah Latifah sekarang. Semenjak tiba di rumah itu, kelibat Latifah tidak kelihatan. Pak Lang Ali minta jalil pergi sendiri ke rumah Pak Amat.
4.        Jalil dan Joe terus ke Gurun dengan bas. Di dalam begnya, wang tunai RM10 ribu. Pak Amat tidak mahu menjual tanah itu dengan harga RM10 ribu walaupun telah berjanji dahulu. Katanya, nilai harga tanah itu telah meningkat. Hairan juga hati Jalil memikirkan dalam tempoh dua tahun tanah itu mendapat geran hak milik. Pak Amat mehu menjual tanah itu dengan harga RM50 ribu.
5.        Sungguh tamak Pak Amat. Jalil terus balik ke Kuala Lumpur. Ibunya tidak sempat dilawatinya. Usahanya separuh mati mengumpul wang itu musnah akibat janji tidak bertulis.

BAHAGIAN 25
1.        Kekecewaan tidak harus terus berpanjangan. Perawakan Jalil sangat berbeza. Muhsin hanya bersekolah sampai tingkatan dua. Ketika berusia 16 tahun, Muhsin terlibat dengan beberapa kes termasuklah memecah masuk ke kedai Ah Bee. Kakaknya Fatimah hanya bersekolah setakat darjah enam. Di aberkahwin seawal usia 16 tahun.
2.        Jalil mahu pergi duduk di stesen LRT. Begitulah tabiatnya apabila menghadapi masalah. Jalil memerhati gelagat orang di kota besar. Sekumpulan murid sekolah menengah turun. Yang lelaki berambut panjang mencecah tengkuk (leher). Kalau dia dahulu, tentu akan digondolkan oleh guru disiplinya Mr  Shanmugam.
3.        Lebih kurang setengah jam memerhatikan gelagat manusia. Jalil terserempak dengan seorang tua yang bermain muzik di tepi jalan. Dia menggunakan tumpang kayu di ketiak kanan. Satu ringgit diberikan oleh Jalil. Jalil bertanya tentang kaki pakcik itu. Pakcik itu bekas tentera. Terkena jerangkap samar. Pakcik itu mempunyai lima orang anak. Namun anak-anak laki terlibat dengan dadah.
4.        Jalil teringat semasa di sekolah, sering dianjurkan kutipan derma Hari Pahlawan. Jalil tidak dapat melelapkan mata. Jalil teringat murid-murid di Negara Thai (Thailand) yang dipotong rambut seperti seorang rekrut. Jalil dapat satu akal. Ini projek jangka panjang. Joe bangun dan duduk di katilnya.
5.        Keesokannya Jalil tiada kuliah. Jalil terus membuat kertas kerja dan mahu menyerahkannya kepada Persatuan Bekas Perajurit. Jalil hanya mahu ambil komisen. Andaikan satu kepala seringgit setahun, kemungkinan mereka akan dapat lebih daripada dua juta.
6.        Walaupun Joe tidak berpendidikan tinggi, pandangan Joe adakalanya sangat bernas. Jalil pergi ke Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan statistik murid lelaki di seluruh negara. Murid lelaki di sekolah menengah sahaja sudah mencecah hampir tiga juta orang.
7.        Jalil turut ke Kementerian Pertahanan untuk mencari data-data berkaitan dengan jumlah pesara tentera di negara ini. Dia mengkaji taburan mereka dan aktiviti yang dilakukan selepas mereka menamatkan tugas dengan pasukan keselamatan.
8.        Jalil membuat pengiraan pendapatan yang dapat diraih oleh Persatuan Bekas Perajurit sekiranya cadangan itu dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kehidupan bekas tentera akan lebih terjamin.
9.        Kertas kerja Jalil bertajuk Kertas Cadangan Projek Gunting Rambut Seluruh Negara. Jalil dan Joe akan berjumpa dengan orang-orang yang lebih arif. Jalil hanya takut jika ada orang tengah. Mereka mengaut keuntungan atas kesusahan orang lain.
10.     Joe mahu Jalil melindungi kertas cadangan ini. Takut-takut dicuri oleh orang lain. Joe bercadang untuk berjumpa dengan peguam. Setelah berbulan-bulan mengerjakan rancangan itu, Jalil dan Joe akhirnya dijemput oleh Menteri Pelajaran untuk memberi taklimat.
11.     Mengikut perancangan itu, murid-murid sekolah menengah diwajibkan mengunting rambut mereka di sekolah. Ibu bapa diarahkan membayar sejumlah RM18 setahun bersama-sama yuran tahunan. Murid sekolah akan digunting rambut mereka sebanyak enam kali dalam setahun mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ibu bapa dapat berjimat apabila bergunting di sekolah.
12.     Fesyen mereka sama. Antara rasional yang Jalil cadangkan ialah rambut pendek akan mengurangkan rasa egoistik. Dari segi agama, rambut yang pendek adalah ciri-ciri yang positif. Tukang-tukang gunting yang dilantik oleh Persatuan Bekas Perajurit atau bekas polis dilatih supaya mempunyai jati diri kebangsaan yang tinggi. Mewujudkan jati diri bangsa Malaysia dan orang awam dapat membanteras gejala sosial.
13.     Bekas-bekas tentera digaji dengan bayaran yang lumayan. Hasil kutipan projek ini setahun melebihi RM40 juta. Setelah ditolak kos operasi, persatuan mendapat untung melebihi RM20 juta. Wang ini digunakan untuk menjaga kebajikan bekas tentera.
14.     Joe dan Jalil menubuhkan sebuah syarikat untuk mengendalikan urusan hak cipta dan cadangan mereka. Joe dilantik menjadi Pengarah Urusan syarikat yang diberi nama Alam Hijau. Jalil pula menjadi Pengarah Urusan II. Pihak kerajaaan bersetuju membayar royalti keuntungan projek sebanyak 10% setahun.
15.     Daripada berniaga lukisan kecil-kecilan, kini mengorak langkah yang besar. Dua tahun lagi Jalil akan menerima ijazahnya.   

BAHAGIAN 26
1.        Jalil meneruskan pengajian di Universiti Putra Malaysia di peringkat Diploma Lanskap dan Seni Taman. Cita-citanya dahulu seorang jurutera. Bidang lanskap dan seni taman menjadi satu bidang perniagaan yang berkembang pesat.
2.        Setahun selepas memulakan pengajian, Jalil terpilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda. Prestasi cemerlang menyebabkan pihak fakulti memberinya biasiswa. Jalil amat bersyukur dengan rezekinya. Dia memilih untuk terus tinggal dengan Joe.
3.        Perniagaan seninya dengan Joe kini berkembang pesat. Joe mula membeli lukisan pelukis-pelukis jalanan. Joe menubuhkan Syarikat Alam Hijau untuk memperluas perniagaannya secara sistematik.
4.        Di universiti, Jalil mengharumkan nama universiti apabila terpilih untuk mengendalikan beberapa projek lanskap di beberapa buah bangunan korporat di ibu kota. Joe mendapat kontrak membekalkan lukisan di pejabat kerajaan dan swasta. Semua urusan membekalkan lukisan dibuat secara formal dan mengikut landasan undang-undang. Joe terhutang budi dengan Jalil.
5.        Selepas tamat pengajian, Jalil memohon lessen kontrak dalam bidang seni taman dan landskap. Jalil menolak tawaran dengan baik terhadap syarikat-syarikat yang pernah mendapat khidmatnya. Setahun setelah memulakan operasi, Jalil mengendalikan urusan landskap sebuah bandar bestari yang baharu didirikan oleh kerajaan.
6.        Kebanyakan perniagaan bumiputera tidak memiliki ilmu pengurusan yang cukup. Ramai juga peniaga bumiputera yang tidak sabar dan terburu-buru untuk menjadi kaya. Mereka juga saling dengki.
7.        Bagi Joe dan Jalil, rezeki pasti ada jika manusia berusaha. Anak syarikat Jalil dinamakan Nibung Construction untuk bergiat dalam bidang pembinaan. Jalil mendapat trofi “CEO of The Year” oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri. Jalil masih tidak melupakan tanah pusakanya.
 
BAHAGIAN 27
1.        Sejak awal pagi, lobi bangunan Wisma Seri Nibung itu dipenuhi ratusan anak muda lelaki dan perempuan. Mereka datang untuk temuduga pegawai akaun Syarikat Alam Hijau. Inilah peluang Syarikat Alam Hijau untuk memilih calon yang terbaik. Pengarah Urusan sendiri yang mengambil inisiatif untuk menemuduga.
2.        Terkedu sejenak Jalil apabila meneliti borang permohonan yang ada ditangannya. Latifah orangnya. Lidah Jalil kelu untuk menjawab salam. Anak gadis yang berbaju kurung sutera biru itu melangkah sopan. Dia tidak menyangka sama sekali akan berhadapan dengan seorang gadis yang pernah berkongsi kepahitan hidupnya dahulu.
3.        Latifah terus pergi apabila mengetahui jalil ialah orang yang menemuduganya. Telah berbelas-belas tahun dia kehilangan berita daripada Jalil. Jalil mengejar Latifah. Latifah tidak tahu syarikat ini kepunyaan orang kampungnya. Jalil terus mengambil Latifah untuk bekerja. Latifah sebelum ini sentiasa bertukar-tukar pekerjaan. Dia kelulusan dalam bidang perakaunan. Tidak disangka Jalil boleh Berjaya seperti sekarang.
4.        Jalil mengingatkan kembali tentang pondok buruk Jalil yang runtuh diseret kerbau. Latifah tersenyum dan menerima tawaran Jalil.
5.        Ketika Jalil pulang untuk menebus tanah pusakanya dahulu, Latifah sedang melanjutkan pelajarannya dan tinggal di asrama.

BAHAGIAN 28
1.        Pertemuan dengan Latifah membawa sinar baru dalam hidup Jalil. Oleh sebab terlalu bersungguh-sungguh memajukan diri, Jalil sudah lama tidak balik ke kampung. Namun, bayangan kehidupan zaman kecilnya masih jelas di ruang fikiran. Jalil terlupa untuk bertanya Latifah sudah berkahwin atau tidak. Joe mengejutkan Jalil yang sedang tersenyum-senyum.
2.        Hubungan Jalil dengan Joe seperti adik-beradik. Jalil bertanya kepada Joe yang tidak kahwin-kahwin. Sebenarnya Joe pernah berkahwin, namun isterinya telah meninggal dunia. Joe berkahwin semasa umur 25 tahun. Isteri Joe berpenyakit kanser. Seminggu selepas berkahwin, isteri Joe meninggal dunia.
3.        Jalil pula ditanya Joe sama ada mahu kahwin atau tidak. Jalil seterusnya bercerita tentang Latifah. Sesuatu yang tidak dapat dilupakan ialah pengorbanan Latifah. Dia masih ingat yuran peperiksaannya. Bagi Joe, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan.

BAHAGIAN 29
1.        Selama meninggalkan Kampung Bukit Nibung, Jalil tidak pernah bermimpi untuk berjumpa dengan Latifah lagi. Usia Jalil melebihi 30 tahun. Jalil membawa Latifah bersiar-siar di Pantai Morib. Jalil menyatakan dunia ini sangat kecil. Namun, Jalil tidak pernah berasa besar diri.
2.        Mereka berbual tentang kesusahan dahulu. Latifah tidak pernah menerima lamaran orang lain. Hasnah dan Fauziah sudah pun beranak-pinak.
3.        Menurut Latifah banyak cerita sensasi selepas Jalil meninggalkan kampung. Beberapa bulan selepas Biah berkahwin, dia diceraikan oleh suaminya sebaik sahaja dia melahirkan anak. Suaminya tidak percaya anak yang dikandung itu anaknya.
4.        Pak Ngah Kadir ditahan polis atas perbuatannya terhadap anaknya sendiri. Isterinya dimasukkan ke hospital sakit jiwa.
5.        Latifah bertanya sebab Mak Teh tidak mahu tinggal bersama Jalil. Mak Teh tidak berminat tinggal di bandar sebenarnya. Mak Teh sudah tua dan uzur. Muhsin tidak balik-balik dan terdengar berita telah terjebak dengan dadah. Golongan muda tidak ada lagi di kampung.
6.        Latifah telah belajar di Universiti of Endinburgh selama tujuh tahun. Tuhan Maha Adil dan Bijaksana.
7.        Banyak keluarga yang telah meninggalkan kampong. Ngah Berahim berpindah ke Baloh. Cerita-cerita nostalgia cukup meninggalkan kesan.

BAHAGIAN 30
1.        Syarikat Alam Hijau semakin maju. Sejak disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur, aliran modalnya berkembang mencecah beratus-ratus juta ringgit. Syarikat milik Jalil dan Joe itu menjalankan perusahaan landskap di seleruh Negara. Seterusnya melebarkan sayapnya ke luar Negara.
2.        Misi Jalil hampir menjadi kenyataan. Hampir 50 juta ringgit diperuntukkan untuk pelaksanaan projek tersebut. Jalil meminta pandangan daripada semua pihak.
3.        Intan, setiausaha peribadi Jalil mengedarkan salinan kertas kerja. KERTAS KERJA CADANGAN PEMBINAAN TAMAN TEMA LEMBAH NIBUNG tajuknya.Jalil akan membeli semua tanah di situ. Penduduk akan disediakan pekerjaan di situ. Kawasan petempatan baru akan dibina berhampiran taman tema ini.
4.        Joe mengatakan Jalil tidak pernah mengalah. Latifah pula tidak berapa setuju dengan projek ini. Latifah bertanya kepada Jalil sama ada dia mahu membalas dendam. Namun, bagi Jalil kampung ini sangat strategic. Jalil akan membina sebuah taman tema air. Sebuah sungai buatan akan dibina. Di tepi sungai akan dibina dengan roller coaster. Sebuah kereta kabel juga akan dibina.
5.        Di sebelah kaki Bukit Jenun akan dibina sebuah tasik luas seperti yang terdapat di Jepun. Pantai buatan akan dibina.

BAHAGIAN 31
1.        Kawasan surau hari itu agak meriah. Apabila semua orang datang, Joe memulakan majlis mereka pagi itu. Tok Mat ketua, Ustaz Megat dan Pak Lang Ali semuanya ada. Kudin datang dengan kereta sewa miliknya. Kudin tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Dia mengganggu majlis supaya orang-orang kampung tidak akan menjual tanah mereka.
2.        Joe menerangkan kepada orang ramai. Tok Mat ketua bersuara dengan bertanya tentang taman hiburan kerana terasa akan ada unsur-unsur maksiat. Projek ini akan menyediakan peluang pekerjaan. Joe mententeramkan orang ramai, bahawa syarikat yang membuat projek ini kepunyaan orang kampung ini juga.
3.        Dengan undian, ramai orang yang bersetuju. Kudin bertanya kepada Joe tentang anak jati kampung ini yang memiliki syarikat itu. Beberapa minggu selepas pertemuan, penduduk akan menandatangani perjanjian menjual tanah mereka.
4.        Setelah selesai, sebuah kereta Mercedes Benz C230K berwarna hitam sampai. Semua orang melihat kea rah itu. Semua terkejut apabila melihat seorang anak muda berpakaian seluar koyak dan baju lusuh turun daripada kereta itu.
5.        Jalil memberi salam. Bunyi suara memanggil Jalil anak Pak Teh. Jalil memeluk dan bersalam dengan Tok Mat ketua dan satu persatu orang dipeluknya. Kudin datang menerpa. Namun, pengawal peribadi menahannya. Jalil tidak memaksa orang ramai untuk menjual tanah mereka. Jalil hanya mahu menebus tanah arwah bapanya. Selebihnya mahu memajukan kampung ini.
6.        Akhirnya majlis itu berjalan lancar. Kudin sendiri datang dan meminta maaf kepada Jalil.
7.        Jalil pulang sebagai seorang wira yang besar.

BAHAGIAN 32
1.        Semua perancangan berjalan lancar. Jalil mengambil cuti, walaupun sebelum ini tidak pernah mengambil cuti. Jalil mahu balik ke kampung. Walaupun jarang-jarang pulang ke kampung, dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap ibunya. Jalil mahu menziarahi kubur arwah bapanya. Jalil teringat nasihat Ustaz Haji Megat bahawa syurga di bawah tapak kaki ibu. 
2.        Semasa membelok ke Tanjung Setul, Jalil singgah di kedai Ah Bee. Kedai lama Ah Bee telah terbakar. Tangan Ah Bee terpaksa dipotong. Jalil seterusnya ke kubur bapanya. Jalil membaca al-Fatifah. Jalil memohon restu bapanya.
3.        Apabila azan Maghrib berkumandang, Jalil terus bersembahyang. Jalil berjumpa pula dengan ibunya untuk memohon restu. Namun apabila sampai, Mak Teh ingatkan Muhsin yang balik. Jalil menceritakan kepada ibunya bahawa dia telah membeli tanah arwah bapanya itu. Dia memohon restu untuk memulakan projek taman tema. Mak Teh baru mengakui Jalil sebenarnya anak yang bersemangat.
4.        Kesusahan sebenarnya guru yang mengajarkan erti sebuah kehidupan.

BAHAGIAN 33
1.        Sebagai pampas an, setiap penduduk dibayar RM100  000 bagi sehektar tanah. Mereka juga akan diberikan seunit apartmen. Mengikut perancangan lembah sawah dijadikan kawasan rekreasi. Puncak Bukit Nibung dan Bukit Jenun akan dibina kereta kebal.
2.        Jalil bersembang dengan Latifah. Bagi Jalil, kemiskinan dan kesukaran bukan halangan yang tidak boleh di atasi. Jalil yang suatu masa dahulu dicemuh orang kampung, kini mula dipandang tinggi.

BAHAGIAN 34
1.        Persiapan untuk perasmian Taman Tema Nibung Park itu berjalan lancar. Pelancong luar juga datang. Beribu-ribu manusia mandi-manda. Sambutannya di luar dugaan. Segala kemudahan yang disediakan bertaraf lima bintang. Pengunjung boleh menikmati pemandangan dari puncak bukit. Konsep kenderaan Skyrail itu dicadangkan oleh rakan kongsi Jalil dari Norway, iaitu Jostein Mork.
2.        Roller Coaster yang dibina antara yang terbesar di Asia Tenggara. Di sebelah selatan kawasan ini dibina pula kawasan rekreasi ais. Lembah bukit itu telah telah berubah benar. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan akan merasmikan upacara itu.
3.        Tiba masa, pengerusi Alam Hijau Holdings memberikan ucapan alu-aluan. Jalil menceritakan kesusahannya dan cerita bapanya. Jalil menyatakan penghargaan yang tidak terhingga kepada ibunya. Air mata Mak Teh menitis tanda kesyukuran. Pada hari perasmian, orang ramai dibenarkan menggunakan kemudahan yang disediakan secara percuma.

BAHAGIAN 35
1.        Semuanya terjawab. Taman Tema Nibung Park menjadi sebuah manifestasi perjuangan yang sangat panjang.
2.        Suasana kampung itu berubah wajah dalam sekelip mata. Kompleks-kompleks perniagaan tumbuh di kawasan sekeliling. Jalil membina sebuah rumah di tapak bekas rumah mereka dahulu. Rumah sederhana itu berada di tengah-tengah kawasan rekreasi. Mak Teh telah tinggal di situ walaupun pada mulanya berasa keberatan. Jalil juga memindahkan pejabat operasi dari Kuala Lumpur ke Lembah Nibung.
3.        Jalil bertanya kepada Latifah sebab-sebab dia tidak kahwin lagi. Latifah seperti sensitive. Latifah ditanya jika Jalil datang meminang, dia akan menerima atau tidak. Latifah seterusnya mengeluarkan resit yuran peperiksaan Jalil dahulu. Latifah menyimpannya sampai sekarang.

BAHAGIAN 36
1.        Projek Taman Tema menjadi mercu tanda pelancongan bagi kawasan utara tanah air. Pembinaan resort ditambah lagi. Sebuah masjid dibina di tapak surau lama. Ustaz Haji Megat diberi tanggungjawab untuk mengendalikan masjid itu. Setiap pagi dan petang Jalil berjalan-jalan di sekitar kawasan Taman Tema Nibung Park untuk mencari idea baru.
2.        Jalil memberi kegembiraan kepada orang lain kerana dahulu dia tidak dapat merasai kegembiraan itu semasa remaja.


                  TAMAT

TEMA: KEGIGIHAN DAN KESABARAN SEORANG ANAK MUDA MENGHARUNGI KEHIDUPAN YANG MENCABAR. Jalil tidak dapat menikmati kegembiraan dan kesenangan semasa zaman remaja. Pak Teh tidak membekalkan kekayaan kepada keluarganya.

PERSOALAN:
1.        Kehidupan seorang remaja yang miskin. Jalil terpaksa turun ke sawah padi untuk menyara diri dan keluarga.
2.        Kesabaran akan membawa kebaikan. Jalil sabar berjuang dan kumpul duit untuk menebus kembali tanah pusaka.
3.        Harapan seorang guru akan pelajarnya dan kehadiran ke sekolah sangat penting.
4.        Kasih sayang antara anak dan ibu bapa.
WATAK DAN PERWATAKAN:
JALIL:
1.        Berusaha 18 tahun
2.        Kurus kering
3.        Tidak ramai kawan dan tidak sombong
4.        Matanya cengkung
5.        Tidak derhaka akan ibu bapanya
LATAR:
1.        Latar Masa:
a) Remaja iaitu berumur 18 tahun
b) Pagi iaitu jam 6.30. Latifah terlepas bas dan terpaksa menumpang Jalil untuk sampai ke sekolah.
c) Malam. Contoh, Jalil bergelap kerana botol minyak tanah yang baru dibeli telah dipecahkan oleh Rosman.
2.        Latar Tempat:
a) Bukit Nibung dan Bukit Jenun
b) Kuala Lumpur. Jalil mencari rezeki di bandar ini.
c) Guar Chempedak. Mak Teh telah berpindah ke Guar Chempedak kerana malu dengan perbuatan Muhsin yang melarikan Biah.
3.        Latar Masyarakat:
a) Masyarakat yang menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran.
b) Masyarakat yang mencintai kedamaian hidup.
c) Masyarakat yang menjadi penghasut demi kepentingan diri.
PLOT:
1.        Permulaan:
2.        Perkembangan:
3.        Kemuncak:
4.        Peleraian:
TEKNIK PLOT:
1.        Imbas kembali
2.        Imbas Muka
3.        Saspens dan Kejutan
4.        Dialog
5.        Monolog
MESEJ/ PENGAJARAN/ AMANAT:
1.        Kita haruslah rajin berusaha untuk mendapat kejayaan.  Misalnya Jalil rajin turun ke sawah dan belajar sampai berjaya.
2.        Janganlah kita membuat fitnah jika masih belum terbukti. Kudin misalnya menfitnah Muhsin yang melarikan Biah.

No comments:

Post a Comment