DRAMA
(STRUKTUR)
1. Sebutkan
empat ciri-ciri drama. [4 markah]
Skema jawapan
Pelakon
1
Skrip 1
Dialog 1
Kostum 1
Aksi 1
Dipentaskan 1
Maksima : 4 markah
2. Nyatakan
istilah-istilah drama bagi pernyataan berikut:
Pernyataan
|
Istilah
|
(a) Bahagian-bahagian kecil dalam
perjalanan drama atau cerita
|
|
(b) Kata-kata
pembukaan yang ditulis oleh pengarang bagi menerangkan secara ringkas tentang
cerita dalam drama
|
|
(c). Lazimnya berlainan latar masa dan latar tempatnya
|
|
(d) Kata-kata
penutup atau ucapan ringkas oleh seseorang pelakon bagi mengakhiri
persembahan mereka.
|
|
[4
markah]
Skema jawapan
Adegan 1
prolog 1
babak 1
epilog 1
NORASMA : Itu bukannya hutang, Imran. Aku sedar kau
melafazkan janji-janji itu dulu kerana keadaan seperti memaksa. Lagipun aku tak
mahulah hidup aku ni. Seumpama melihat pelangi. Nampaknya sungguh indah,
berwarna-warni, menawan. Tapi cuma nampak, bukannya boleh dipegang.
3. Berdasarkan
petikan drama ‘Menggapai pelangi’ karya Taha Abdul Kadir, nyatakan 2
gaya bahasa beserta contoh.
[2
markah]
Skema jawapan
I kata
ganda : janji-janji/ berwarna-warni 1 + 1
Ii Sinkof : tak/
ni 1 + 1
IMRAN : Baru-baru
ini, dia yang cari abang. Kasihan dia, emak dan ayahnya sudah meninggal dunia,
adiknya ditahan di pusat serenti, menagih dadah kerana sedih atas kematian
orang tuanya. Er … abang tahu Yati kecewa mendengarnya. Abang betul-betul minta
maaf pada Yati. Abang tak berniat nak lukakan hati Yati. Abang menyesal atas
peristiwa itu. Bertahun-tahun abang hidup dalam hambatan rasa bersalah,
tertanam pada Yati.
4. Berdasarkan
petikan di atas, jawab soalan-soalan berikut:
(a) Berdasarkan
petikan di atas, siapakah ‘Dia’ yang dimaksudkan oleh Imran dalam drama
Menggapai Pelangi? [2
markah]
(b) Apakah
kesudahan hubungan antara Imran dengan ‘dia’. [2
markah]
Skema jawapan
(a) Nor Asma 2
(b) Tidak jadi
berkahwin 1
Memilih
haluan/ hidup masing-masing 1
Mereka
bertaubat 1
Maksima : 2
KEBAYAN : La, kamu ni betullah bodoh, tak cerdik, macam
budak berumur setahun! Mamat, Putera tu andai saja, tak tahu betul ke tidak.
Kamu ni lekas sangat percaya. Kita tunggu Puteri pulang dulu, selepas itu baru
kita pergi.
5 Berdasarkan
petikan di atas, jawab soalan-soalan berikut:
(a) Berikan
maksud sinkope. [2 markah]
(b) Berikan
satu contoh sinkope berdasarkan petikan di atas. [2 markah]
Skema jawapan
(a) Sinkope - pemendekan
perkataan/perkataan yang dipendekkan
2
(b) Contoh - tak/ni 2
SERI NARA : Tidak, tidak, hulubalang. Selagi kita semua
masih hidup, tuanku takkan ditawan dan dibunuh! Kita masih taat dan setia,
masih terus berbakti kepada raja kita. Raja adil harus dijunjung, itulah raja.
Raja itulah rakyat dan rakyat itulah raja …
6. Berdasarkan
petikan di atas, jawab soalan-soalan berikut:
(a) Siapakah ‘raja’
yang dimaksudkan oleh Seri Nara? [2
markah]
(b) Sebutkan nilai
masyarakat petikan di atas. [2
markah]
Skema jawapan
(a) Sultan Mahmud 2
(b) Masyarakat
istana 1
Masyarakat
pembesar istana 1
Masyarakat
rakyat jelata/ rakyat/ hamba/ hamba rakyat 1
Maksima 2
GULAM RUSSEL :
Seluruh anak Kampong Baru berbagai-bagai peringkat akan dilibatkan. Pembangunan
ini berjalan serentak. Apabila dibina hotel kita latih seluruh kakitangan dalam
berbagai bidang. Kita juga latih pasukan keselamatan, tukang masak …
7. Berdasarkan
petikan di atas, jawab soalan-soalan berikut:
(a) Apakah yang
dimaksudkan dengan teknik imbas muka. [2
markah]
(b) Berikan
contoh imbas muka berdasarkan petikan di atas. [2
markah]
Skema jawapan
(a) Membayangkan/ mengingatkan peristiwa yang akan
berlaku 2
(b) Apabila dibina hotel kita latih seluruh kakitangan
dalam berbagai bidang. Kita juga latih
pasukan keselamatan, tukang masak 2
8 Dalam drama Lima perwira oleh Kala Dewata terdapat pelbagai watak:
(a) Nyatakan dua watak sampingan.
[2 markah]
(b)
Berikan dua perwatakan Hang Tuah dalam drama tersebut. [2 markah]
Skema jawapan
Hang Jebat 1
Hang lekir 1
Hang kasturi 1
Hang Lekiu 1
Maksima : 2 markah
Seorang yang taat setia pada perintah raja 1
Seorang yang berani 1
Seorang yang patriotic 1 maksima :
2
KEBAYAN : Ayahanda mengambil bonda kamu dan menjadikan
bonda kamu isterinya dan melahirkan kamu dari sebuah bar, nite club. Bonda kamu
sebagai penari nite club. Di situ tempat buruk bagi mereka itu, ayahanda kamu
ambil bonda kamu menjadi isterinya.
9. Berdasarkan
petikan di atas, jawab soalan-soalan berikut:
(a) Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam
petikan. [2
markah]
(b) Berikan latar
masyarakat berdasarkan petikan di atas. [2
markah]
Skema jawapan
(a) Nite club 1
Bar 1
Bonda 1
Ayahanda 1
(b) Masyarakat yang suka berhibur 2
Masyarakat
yang mementingkan darjat 2
Masyarakat
yang terpengaruh dengan budaya barat/ luar 2
Maksima : 2
10. Berdasarkan
petikan di atas, jawab soalan-soalan berikut:
(a) Berdasarkan
drama ‘Bendahara Tepok’ karya Shaharom Husain, nyatakan nama gelaran
bagi Datuk Bendahara Tua.
[2
markah]
(B) Berikan dua unsur patriotism Datuk
Bendahara Tepok. [2
markah]
Skema jawapan
Bendahara Tepok 1
Bendahara Lubuk Batu 1
Tak gentar/ takut melawan/ menentang musuh 1
Rela berkorban jiwa dan raga 1
Semangat berkobar-kobar 1
Maksima
: 2
SOALAN DRAMA (ESEI)
1. Berdasarkan
drama ‘Bendahara Tepok’ karya Shaharom Hussain, jawab soalan-soalan berikut:
(a) Huraikan pemikiran
drama ini.
[4 markah]
(b) Bincangkan empat
persoalan yang terdapat dalam drama ini. [8 markah]
(c) Jelaskan empat
latar masyarakat dalam drama tersebut. [8
markah]
Skema jawapan
Perjuangan untuk mempertahankan Negara dan bangsa.
Contohnya Sultan Melaka bersama pembesar dan rakyat bersungguh-sungguh
mempertahankan Melaka daripada jatuh ke tangan Feringgi. 2 + 2
(CATATAN :
Mana-mana yang berkaitan diterima)
(b) Empat
persoalan
-Keruntuhan
dan kejatuhan kerajaan Melaka. Contohnya Kota Melaka runtuh pada tahun 1511. Angkaatan perang Portugis
menyerang dan menakluk Melaka.
1 + 1
- Mempertahankan Negara daripada serangan musuh. Contohnya
pembesar dan rakyat berundur dari satu tempat ke satu tempat dalam usaha
mempertahankan Melaka.
1 + 1
- Kegigihan menentang musuh. Contohnya Bendahara Tepok,
Koja Ahmad, Panglima Alang, dan rakyat berusaha gigih mempertahankan Melaka
daripada jatuh ke tangan Feringgi.
1 + 1
- Kekejaman sultan membawa bencana kepada Negara.
Contohnya Sultan Mahmud melaksanakan hukuman bunuh terhadap keluarga Tun
Mutahir tanpa usul periksa menyebabkan Negeri Melaka dilanda musibah. 1 + 1
- Perpecahan
membawa keruntuhan. Contohnya Sultan Mahmud berundur ke Pagoh dan membiarkan
rakyatnya berperang dengan Feringgi. 1 + 1
(Maksimum 8 markah)
(c) Empat
latar masyarakat
- Masyarakat yang
mempunyai semangat patriotik. Contohnya Bendahara Tepok yang berusia 90 tahun
dan berpenyakit lumpuh bersama anakanda, Tun Koja Ahmad serta Sri Nara
bersemangat mempertahankan Melaka demi cinta akan tanah air kerana watan/tanah
air satu daripada iman. 1 + 1
- Masyarakat
feudalism. Contohnya kerjaan Melaka diketuai oleh Sultan Mahmud, Tengku
Permaisuri, Bendahara Tepok, Sri Nara, Hulubalang dan rakyat. 1 + 1
- Masyarakat yang
taat dan setia kepada sultan. Contohnya sultan akan mempertahankan Melaka
daripada Feringgi. 1 + 1
- Masyarakat yang
berani berjuang menentang musuh. Contohnya Bendahara Tepok walaupun sifat
fizikalnya tepok dan terpaksa di tandu oleh Selamat Gagah sentiasa berani dan
bersemangat berjuang menentang Feringgi. 1 + 1
2. Berdasarkan
drama ‘Lima Perwira’ karya Kala Dewata,jawab soalan-soalan berikut:
(a) Huraikan lima
gambaran masyarakat yang terdapat dalam drama tersebut. [10 markah]
(b) Jelaskan lima
perwatakan Hang Tuah. [10 markah]
Skema jawapan
Masyarakat yang taat pada pemerintah. Contohnya Hang Tuah
taat kepada Sultan Melaka. 1 + 1
Masyarakat yang berjiwa patriotic. Contohnya Hang Tuah
sangguh mempertahankan Melaka daripada jatuh ke tangan lanun. 1 + 1
Masyarakat yang suka merompak. Contohnya Nakhota Antah
Berantah merupakan ketua lanun di atas kapal Samudera Buas. 1 + 1
Masyarakat yangmempunyai ilmu mempertahankan diri/ pandai
bersilat. Contohnya Hang Tuah lima bersaudara menuntut ilmu persilatan bagi
mengelak serangan musuh. 1 + 1
Masyarakat yang berani. Contohnya Hang Tuah dan
rakan-rakannya berani menentang lanun yang lengkap bersenjata. 1
+ 1
Seorang yang bercakap benar. Contohnya Hang Tuah berterus
terang kepada Juragan Kilat Bersiung mengenai nama sebenarnya. 1 + 1
Seorang yang taat kepada raja. Contohnya Hang Tuah rela
mati daripada melanggar perintah raja. 1 + 1
Seorang yang berjiwa patriotic. Contohnya Hang Tuah patuh
kepada undang-undang dan peraturan Negara. 1 + 1
Seorang yang menegakkan undang-undang. Contohnya Hang
Tuah mempertahankan undang-undang Melaka daripada diperkotak-katikkan/
dipermainkan oleh Juragan Kilat Bersiung. 1 + 1
Seorang yang menjaga persahabatan. Contohnya Hang Tuah amat menyanyangi sahabat-sahabatnya
iaitu Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi, dan Hang Lekiu.
1 + 1
3. Berdasarkan
drama Muzikal Kampung Baru karya Hata Azat Khan, jawab soalan-soalan berikut;
(a) Huraikan
pemikiran drama tersebut. [4
markah]
(b) Bincangkan
persoalan drama. [6
markah]
(c) Jelaskan citra
masyarakat karya ini. [10 markah]
Skema jawapan
(a) Pemikiran
(Tema)
Pemikiran drama ini ialah tentang pembangunan Kampung
Baru. 2
Gulam Russel serta rakan-rakannya telah membuat pelan
pembangunan Kampung Baru secara menyeluruh dan membentangkannya kepada
penduduk. 2
(b) Persoalan
1.Persoalan tentang pembangunan kampung di tengah bandar.
Contoh;pembangunan kampung baru sebagaimana yang di rancang oleh kerajaan dan
Gulam Russel. 1 + 1
2.Persoalan tentang pembangunan yang tidak setara membawa
kelembapan ekonomi. Contoh; Stesen kereta api bawah tanahnya di Kampung Baru
sunyi kerana ekonominya lembap dan pembangunan tidak setara. 1
+ 1
3.Persoalan tentang perkampungan Melayu yang semakin memburuk dan melayu. Contoh ; Kampung Baru
keadaan longkang dan kebersihannya makin teruk dengan tikus yang membiak dan
longkang yang tersumbat. 1
+ 1
4.Persoalan tentang kahwin campur. Contoh; Gulam Russel
anak kacukan berbagai bangsa, begitu juga isterinya kacukan India dan Cina. 1 + 1
5. Persoalan keagamaan. Contoh; Agama Islam bukan hanya
dianuti orang Melayu malah berbagai bangsa di dunia sebagaimana kata Gulam
Russel kepada Haji Palawan 1
+ 1
6.Persoalan tentang globalisasi. Contoh; Mengikut kata
Gulam Russel dalam era globalisasi masyarakat mesti berubah. 1 + 1
7. Persoalan mempertahankan hak orang Melayu. Contoh Haji
Palawan mempertahankan hak tanah pusaka milik orang Melayu sebagaimana katanya
Kampung Baru ini khas untuk orang Melayu saja.
1 + 1
8. Persoalan tentang pemimpin politik yang suka
publisiti. Contoh; Haji Palawan berkata orang politik zaman sekarang suka
banyak bercakap lebih-lebih lagi yang
memegang jawatan.
1 + 1
9. Persoalan pemimpin yang pentingkan wang ringgit dan
pangkat. Contoh; Raja Molek pembesar Kampung Baru sanggup berpindah jika
dibayar 100 juta dan ditabalkan menjadi raja kampung Baru.
1 + 1
10. Persoalan pemimpin yang tidak mengambil berat tentang
rakyat. Contoh; Haji Palawan mengamuk di warung Yam Marman kerana sudah 50
tahun merdeka tiada pemimpin yang datang menyelesaikan masalah di Kampung Baru. 1 + 1
Maksima
: 6
(c) Gambaran
Masyarakat
1.Masyarakat Kampung Baru iaitu perkampungan di tengah
kota Kuala Lumpur. 1 + 1
2. Masyarakat kebanyakannya beragama Islam sebagaimana
kata Haji Palawan Kampung baru ini khas untuk orang Melayu saja!......orang
Melayu beragama Islam. 1 + 1
3. Masyarakat mengamalkan kahwin campur sebagaimana Gulam
Russel adalah hasil daripada perkahwinan campur. 1
+ 1
4. Masyarakat berbilang bangsa seperti Cina dan India. 1
+ 1
5. Masyarakat asing iaitu dari Indonesia misalnya Pak
Gito dan Sulastri yang bekerja di warung Yam Marman. 1
+ 1
6. Masyarakat masih tidak mengamalkan kebersihan misalnya
tikus banyak membiak, longkang tersumbat ,banjir kilat dan air pekat yang
meloyakan. 1
+ 1
7. Masyarakat peniaga, jual ubat dan sebagainya juga
terdapat golongan profesional seperti jurutera, pemberita dan arkitek . 1
+
1
8. Masyarakat berpelajaran misalnya Gulam Russel lulusan
luar negara begitu juga Mak Renong walaupun sudah lewat 60-an tetapi
berpelajaran. 1 + 1
9. Masyarakat yang inginkan kemajuan misalnya penduduk
inginkan kampung mereka dimajukan dari segi infrastruktur namun kepentingan
bangsa tidak digadai. 1
+ 1
10. Masyarakat yang mementingkan wang dan pangkat seperti
Raja Molek yang sanggup berpindah jika diberi 100 juta serta dilantik menjadi
raja. 1 + 1
11. Masyarakat yang tidak mengambil berat tentang
masyarakat dan sukakan publisiti.
1 + 1
12.Masyarakat yang pandai mengambil kesempatan atas
apa-apa yang boleh menghasilkan keuntungan seperti Nesan dan Jalad. 1 + 1
13. Masyarakat yang mementingkan aktiviti pelancongan.
Contoh dalam pelan pembangunan Gulam Russel kemudahan pelancongan diutamakan. 1 + 1
14. Masyarakat bekerjasama, misalnya Gulam Russel
bekerjasama dengan rakan-rakannya dalam menyiapkan pelan pembangunan Kampung
Baru. 1
+ 1
15. Masyarakat yang suka kepada nyanyian misalnya dalam
menyatakan sesuatu mereka akan melagukannya bersama-sama. 1 + 1
16. Masyarakat yang masih cintakan nilai-nilai tradisi.
Misanya dalam pelan pembangunan Gulam Russel dan rakan-rakannya mengekalkan
ciri-ciri tradisional. 1
+ 1
Maksima : 8
No comments:
Post a Comment