Wednesday 18 January 2012


PUISI TRADISIONAL / MODEN
BAHAGIAN SATU-SOALAN STRUKTUR
1.
Daun sirih sudah disusun,
Siap dengan gambir dan kapur,
Adat semang pulang ke dusun.
Adat belut pulang ke lumpur

Dipetik daripada pantun empat kerat-adat dan etika (teks seuntai kasih secebis harapan)

       a)    Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas.
                                                                                                                                     ( 2 markah)
       b)    Nyatakan maksud puisi di atas?
                                                                                                                         ( 2 markah)
2.         Jatuh ketumbar menimpa dahan
Kembang cempaka di tepi halaman
Turun ke lembah menanam kandis
Cuaca redup singgah di paya

Jika sabar menerima dugaan
Itulah tanda orang yang beriman
Tidak mudah digoda iblis
Akhirnya hidup di puncak jaya

Dipetik daripada pantun lapan kerat-keagamaan (Teks seuntai kasih secebis harapan)

       a)    Berdasarkan pantun di atas,berikan dua mesej beserta contoh.
                                                                                                                           (4 markah)

3.         Panjat kelapa sampai ke atas,
            Berhenti sebentar sambil berangan,
            Aku ingin nak kaya lekas,
            Dapat duit nak buat modal.

            Jual kelapa nak beli ayam,
            Jual ayam nak beli itik,
            Kalau ada emas berkoyan,
            Rupa hodoh pun jadi cantik.

Dipetik daripada seloka Mat Jenin-Puisi Tradisional (Teks,seuntai kasih secebis harapan)


Dalam puisi di atas, terdapat beberapa unsur gaya bahasa pengulangan.
Berikan dua unsur gaya bahasa pengulangan tersebut beserta contoh.
                                                                                                                                        ( 4 markah)

4.         Kami kehausan kami kelaparan,
              Di medan perang mayat berkaparan.

             Mengapalah perang terus meletus,
             Suara kedamaian sering diutus.

  Dipetik daripada gurindam seuntai kasih secebis harapan (Teks,seuntai kasih secebis harapan)

      a)    Nyatakan dua pengajaran daripada puisi di atas.
                                                     ( 2 markah)

      b)    Nyatakan bentuk puisi di atas dari segi suku kata  dan rima.
                                                                                                                                 ( 2 markah)

5.         Akar keladi melilit selasih
             Selasih tumbuh di hujung taman,
            Kalungan budi junjunagn kasih,
            Mesra kenangan sepanjang zaman.

            Ambil galah jolok ramunia,
            Kait mari sampai berdiri,
             Kita hidup di atas dunia,
             Buat baik taburkan budi.
Dipetik daripada pantun empat kerat-budi (seuntai kasih secebis harapan)

        a)    Nyatakan bentuk puisi di atas.
                                                                                                                                (4 markah)

6.         Setiap subuh rindu kami bergetar
             Pada bunyi telapak kasut ayah
             Mengejar subuh di surau sepi di kampung kami
             Pun kami akhirnya mengerti
              Kerinduan ayah pada-Nya melebihi
             Segala rindu

      a)    Nyatakan jenis puisi di atas
      b)    Berikan rima akhir puisi di atas.
      c)    Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam puisi di atas.
       

    7.    Ada kampung yang sedang lengang
Ada perantau ditunggu pulang
Ada rindu bukan kepalang
Adik mengeluh: abang oh abang
                    Dipetik daripada sajak Nyanyi sunyi di desa sepi (Teks Madu Ilmu)

a)    Berikan maksud anafora berserta contoh.
b)    Nyatakan maksud sajak di atas.

    8.    Masih mekarkah
Serumpun bunga damai
Dikelopak nurani
Dahan kemanusiaan
Sedang tampuk rapuh
Dipanah petir
Terlantar nanar jiwa tak berdosa
Digerai maruah jualan murah
Angkara mabuk menguasai akal
Nafsu menoda sepanjang waktu
Bunga dunia merah terbakar?
            Dipetik daripada sajak Bunga Damai (Teks Madu Ilmu)

a)    Nyatakan maksud metafora.
b)    Berikan dua contoh metafora berdasarkan sajak di atas.

    9.    Terlalu mustahil untuk menjalin
Bilah-bilah usia menjadi sebidang tikar
Yang teranyam indah
Kerana mungkin terdapat bilah-bilahnya
Yang serong dan warna kesumbanya
                     Dipetik daripada sajak Daun-Daun Kering di Halaman Rumah (Teks Madu Ilmu)

a)    Nyatakan maksud asonansi dalam petikan sajak di atas.
b)    Berikan contoh gaya bahasa asonansi dalam petikan sajak di atas.

     10.  Di tikar mengkuang berbunga alamanda
Adam Hawa bersimpuh bersila
Nasi ayam laut sepinggan makan berdua
Alahai lazatnya cinta rasa
Nikmat hidup berumah tangga
                           Dipetik daripada sajak Nasi Ayam Laut Sepingga (Teks Anak Global)

a)    Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam petikan tersebut.
b)    Berikan maksud sajak tersebut.
BAHAGIAN DUA- SOALAN ESEI

    1.    Baca gurindam di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut.


Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan

Kami tak mahu keadaan begini,
Azab sengsara di abad ini,
Kami kehausan kami kelaparan,
Di medan perang mayat berkaparan,
Mengapalah perang terus meletus,
Suara kedamaian sering diutus,
Memohon kasih mengharap sayang,
Aman bahagia sukar sukar ditayang,
Hulurkan bantuan berilah harapan,
Demi kebahagiaan masa hadapan,
Kasihan kanak-kanak menjadi mangsa,
Susah derita hidup terseksa,
Seuntai kasih secebis harapan,
Berhati bersih berbudi sopan,
Kepada para pemimpin yang berkuasa,
Pastikan penghuni alam aman sentosa.

Mohd Sidek Mohd Dollah(Mas Adeki) - Seuntai Kasih Secebis Harapan : Antologi Gurindam, 2007.

a)    Huraikan bentuk puisi tersebut,
                              (8 markah)

b)    Nyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam puisi tersebut berserta contoh.
                              (6 markah)

c)    Bincangkan tiga sikap penyair dalam gurindam tersebut.
                                                                                                                            (6 markah)

     2.    Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Aduhai Bapa

Ketika mereka membedil
Dan kubu kita dikepung
Aku tegak membenteng
Menyanggah pegangkara murka

Dan aku menggali telaga
Membasuh luka-luka pembela
Bila kering air di pipa

Ini garisan bangsa
Aku jaga,aku pertahan

Aduhai bapa
Jangan kaubawa penderhaka
Ke dalam kubu kita.

a)    Tema sajak di atas ialah semangat cintakan tanah air.Berikan empat sifat pejuang yang terdapat dalam diri penyajak.
                                                                                                                                     (8 markah)

b)    Nyatakan sikap penyajak.
                                                                                                                                     (4 markah)
c)    Cipta sebuah sajak yang bertemakan semangat patriotik.
                                                                                                                   (8 markah)

     3.    Baca seloka di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Seloka Pak Kaduk

Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan;
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Rumah runtuh awak menumpang.

a)    Jelaskan empat  bentuk seloka di atas.
                                  (6 markah)
b)    Huraikan maksud seloka.
                                (10 markah)

c)    Nyatakan tiga sikap negatif Pak Kaduk                                                (4 markah)
SKEMA JAWAPAN
BAHAGIAN SATU-SOALAN STRUKTUR

      1.    (a)    i) Anafora- contoh; perulangan perkataan adat
        ii)Peribahasa-contoh;adat belut pulang ke lumpur
(b)    Kita hendaklah kembali ke tempat asal walaupun kita telah merantau jauh

       2.    i)      Sebagai orang yang beriman, kita hendaklah sabar menempuh dugaan hidup.
        Sebagai contoh, jika sabar menerima dugaan,itulah tanda orang beriman.
ii)     untuk hidup berjaya, kita hendaklah mengelakkan diri daripada terpedaya oleh
        godaan syaitan.

      3.    i) pengulangan anafora
   contoh; pengulangan perkataan ‘jual’

ii) pengulangan responsi
    contoh; pengulangan perkataan ‘nak’

      4.    (a)        i)Kita hendaklah berdamai kerana peperangan membawa kepada
            kehausan,kelaparan dan kematian.
                        ii) Janganlah kita asyik berperang sedangkan kedamaian boleh dicapai melalui
                        rundingan.
            (b)        i)Jumlah suku kata antara 10 hingga 12 suku kata sebaris
                        ii)Rima akhir sama iaitu a,a

      5.    i) satu rangkap ada empat baris
ii) dua baris pertama adalah pembayang
iii)dua baris berikut adalah maksud
iv)rima akhir tidak sama iaitu abab
v)jumlah perkataan antara empat hingga lima patah perkataan

     6.    a) puisi di atas ialah sajak/puisi moden
b)a,b,c,c,c,d
c)    kita hendaklah patuh akan ajaran agama

     7.    a) anafora ialah pengulangan perkataan pada awal baris puisi secara berturut-turut.Contoh ‘ada’
c)    maksud sajak-keluhan dan kerinduan terhadap perantau yang telah lama meninggalkan kampung halaman. Kepulangan perantau sangat dinanti-nantikan oleh keluarga.

     8.    a)  Metafora ialah sejenis bahasa perbandingan yang tidak menggunakan kata-kata perbandingan sebaliknya menggunakan satu perkataan konkrit dan satu perkataan abstrak.
b)Contoh;dahan kemanusiaan,gerai maruah,kelopak nurani

     9.    a) Asonansi ialah pengulangan huruf vokal dalam baris puisi.
b)contoh; bilah-bilah usia menjadi sebidang tikar(pengulangan vocal ‘i’


    10.  (a) i.Nilai kasih sayang
       contoh;alahai cinta lazatnya rasa
    ii. Nilai bertanggungjawab
        contoh;sepinggan makan berdua

(b) kasih sayang suami isteri dalam kehidupan berumah tangga
 
SKEMA JAWAPAN
BAHAGIAN DUA- SOALAN ESEI
1.
     a)    – gurindam ini mempunyai 8 rangkap
-setiap baris mempunyai bilangan baris yang sama iaitu dua baris serangkap
-setiap adalah maksud;baris pertama adalah syarat,baris kedua adalah jawab
-jumlah perkataan berbeza/tidak sama iaitu antara empat hingga lima patah perkataan;jumlah perkataan yang paling sedikit ialah empat perkataan contohnya’susah derita hidup terseksa’. Jumlah perkataan yang paling banyak iaitu lima perkataan;contohnya’pastikan penghuni alam aman sentosa.
-jumlah suku kata juga berbeza iaitu antara sepuluh hingga tiga belas patah perkataan.
-rima akhir yang sama iaitu a,a,a,a.Kesimpulannya isi ini terikat

     b)    Nilai murni
i)              Nilai kasih sayang;contohnya memohon kasih mengharap sayang
ii)             Nilai belas kasihan ; contohnya kasihan kanak-kanak menjadi mangsa
iii)            Nilai bantu membantu;contohnya hulurkan bantuan berilah harapan

     c)    Sikap penyair
i)              Penyair berasa sedih;contohnya penyajak berasa sedih kanak-kanak menjadi mangsa peperangan dan hidup menderita serta menderita.
ii)             Penyair berasa marah.contohnya penyajak berasa marah kerana peperangan terus berlaku sedangkan masyarakat dunia menyeru ke arah kedamaian.
iii)            Penyair bersikap prihatin;contohnya penyair menyeru pemimpin dunia yang berkuasa agar sentiasa mementingkan keamanan sejagat.

2.
    a) Empat sifat pejuang yang terdapat dalam diri penyajak ialah;
            - pejuang yang sanggup berkorban semasa Negara diserang dan dibedil,penyajak
              bermati-matian mempertahankan tanah air dengan cara menghapuskan pengkhianat
              Negara.
            -pejuang yang bertungkus lumus menyelamat dan merawat rakan-rakan seperjuangan
             yang cedera
            -Penyajak yang tegas dalam mempertahankan sempadan tanah air
           - Penyajak yang berani bersuara mengingatkan para pemimpin supaya tidak tersilap
             langkah dalam memimpin Negara kita.

b)Sikap penyajak yang terdapat dalam sajak di atas ialah marah terhadap pengkhianat bangsa.

-       Penyajak amat mencintai tanah airnya,Contohnya; ini garisan bangsa,aku jaga aku pertahan
-       Penyajak berani contohnya ketika kubu dibedil musuh,penyajak membuat kubu untuk menentang musuh
-       Penyajak berasa simpati terhadap pejuan yang cedera.contohnya penyajak membasuh muka pejuang yang cedera
-       Penyajak berasa sedih kerana dia dapat memimpin bangsa yang membawa penderhaka kepada Negara.

c)Sajak mesti menepati tema
 - ada banyak unsur gaya bahasa puitis
-melebihi 3 rangkap

3.
a) Bentuk seloka
-terdiri daripada 1 rangkap
-satu rangkap mempunyai dua belas baris
-jumlah perkataan dalam setiap baris tidak seimbang antara 3-4 perkataan
-rima akhir tidak sama iaitu a,b,c,c,d,e,f,c,c,d,g,f. Bentuk puisi bebas
b)
-Seloka ini menyindir sikap Pak Kaduk yang suka berjudi sehingga kampungnya tergadai
-Pak Kaduk juga suka bertindak tidak rasional seperti ada nasi dicurahkan akibatnya Pak Kaduk pulang kelaparan
- Pak Kaduk tidak dapat membuat keputusan. Contohnya Pak Kaduk mudik ketika air surut dan ke hilir ketika air pasang.
-Pak Kaduk juga seperti hilang pertimbangan apabila membunuh isterinya
- Pak Kaduk sering dirundung malang kerana kebodohannya seperti masa belayar kematian angin,sebaik saja berlabuh angin bertiup.
- Pak Kaduk juga mengambil tindakan yang merugikan diri sendiri.contohnya,rumah diruntuhkan,dan akibatnya Pak kaduk terpaksa bertandang duduk.

c)tiga sikap negatif Pak Kaduk
-suka berjudi sehingga menyebabkan kampungnya tergadai
-membunuh isterinya menyebabkan dia kelaparan
-sikap Pak Kaduk yang tidak rasional menyebabkan hidupnya bermasalah
-belayar ketika kematian angin

No comments:

Post a Comment