SINOPSIS NOVEL DARI LEMBAH KE PUNCAK..
Jalil seorang pelajar Tingkatan 5 telah melalui pelbagai pahit getir selepas
bapanya, PAK TEH meninggal dunia. Ibunya, MAK TEH seorang wanita kampung yang
selalu bertindak mengikut fikirannya tanpa memikirkan kesan dan akibat tindakannya
itu. Kisah bermula, apabila Biah, seorang gadis dari Kampung Bukit Nibung, di
Bukit Jenun melarikan diri selepeas ditunangkan. Penduduk Kampung Bukit Nibung
gempar apabila mendakwa Biah dilarikan oleh Muhsin, iaitu abang Jalil. Sejak
itu, MAK TEH menjual tanah bendang dan tanah pusaka peninggalan PAK TEH kepada
sepupu PAK LANG ALI. PAK LANG ALI mengambil kesempatan atas situasi yang
berlaku kepada MAK TEH. PAK LANG ALI menjual tanah bendang MAK TEH sebanyak 5
relong kepada sepupunya PAK AMAT di GUAR CHEMPEDAK dengan harga RM10,000.00
sedangkan dia membayar kepada MAK TEH dengan harga RM5,000.00. Oleh kerana
terdesak MAK TEH menjual dengan harga murah kerana dia hendak menghapuskan
keaiban yang dilakukan oleh anak lelaki kesayangannya dan menghilangkan malu
dengan orang kampung.
MAK TEH menumpang di rumah sepupunya PAK LONG AYOB. Jalil tidak mahu
engikut ibunya berpindah kerana dia hendak meneruskan pelajaran. Dugaan pertama
yang dihadapi oleh Jalil ialah ibunya telah merobohkan rumahnya dan semua kayu
rumahnya dibawa ke Guar Chempedak kerana hendak didirkan rumah baru di Bagan
Lalang. Jalil terpaksa mendirikan dangau untuk beliau berteduh. Dengan kudrat
yang ada, Jalil cuba mengusahakan tanah arwah bapanya dengan berbincang semula
dengan pembeli tanah itu, Pak Amat. Jalil berjanji dia akan pulangkan duit
RM10,000 kepada Pak Amat dalam masa 10 tahun. Detik-detik kesukaran yang
dilalui oleh Jalil ialah semasa diganggu oleh Kudin, abang Biah dan semasa dia
hendak membayar yuran peperiksaannya. Jalil juga dipulaukan oleh penduduk
kampung kerana perbuatan abangnya Muhsin. Namun, Latifah anak PAK LANG ALI
menjadi penyelamat kepada kehidupan Jalil. Latifah ketika itu dalam tingkatan 3
amat menyanjungi keketanlan semangat juang Jalil. Latifah juga yang memujuk
ayahnya agarnya membantu Jalil membayar yuran peperiksaan SPM.
Selepas membayar yuran itu, Jalil menyerahkan resit yurannya agar disimpan oleh
Latifah sebagai bukti dia telah membayar yuran kepada gurunya. Latifah juga
membantu Jalil semasa kakinya luka ketika menanam padi dalam petak sawahnya
kerana Kudin telah dengan sengaja melemparkan kaca di dalam bendangnya. Selepas
peperiksaan SPM, Jalil meninggalkan kampung halamannya dengan berhijrah ke
Kuala Lumpur kerana tanahnya itu sudah jadi milik orang. Namun, Pak Amat
membiarkan Jalil mengusahakan tanah sawahnya sendiri. Semasa Jalil mahu ke
Kuala Lumpur dia memajak padinya yang baru menguning kepada Ah Bee sebanyak
RM400. Dengan duit itu, Jalil membeli tiket keretapi ke Kuala Lumpur. sebelum
pergi ke KL, Jalil telah membeli batu nisan untuk diletakkan di kubur ayahnya
di kedai Hameed dengan harga RM15. Di KL, Jalil bertemu dengan Abang Joe di
Pasar Budaya dan seterusnya dia bekerja dengan Abang Joe. Abang Joe beruntung
kerana jalil mahir melukis. Selepas itu, mereka engusahakan projek dengan
menghantar lukisan ke hotel-hotel.
Kejayaan yang dilakar oleh jalil tidak berhenti di situ kerana dia mendapat
keputusan yang cemerlang dalam SPM. Dia melanjutkan pelajaran di UPM dalam
bidang Lanskap. Jalil belajar sambil belkerja dengan Abang Joe. Akhirnya mereka
menubuhkan Syarikat Alam Hijau. Syarikat jalil berkembang sehinggalah mereka
membina empayar perniagaan berasaskan landskap dan dekorasi. Semasa teuduga
pegawai akaun, Jalil bertemu semula dengan Latifah setelah berbelas tahun dia
meninggalkan Kampung Nibung. Akhirnya Jalil dan Joe telah melancarkan PROJEK
TAMAN TEMA KAMPUNG NIBUNG. Latifah menjadi pendorong dan inspirasi kehidupan
Jalil telah membantu Jalil mendapatkan kepercayaan orang kampung untuk menjual
tanahy mereka kepada Jalil.Akhirnya kesengsaraan hidup Jalil dalam usaha
menebus semula tanah pusaka ayahnya berbaloi.
No comments:
Post a Comment