Saturday, 21 January 2012


ANAK GLOBAL_sajak Mencari srikandi

sajak mencari srikandi mengetengahkan ciri-ciri wanita unggul yang memainkan peranan penting dalam sesebuah institusi sosial khususnya institusi keluarga.Penyajak merujuk keperibadian syaidatina Khadijah dan Fatimah sebagai model wanita unggul yang berupaya menyokong perjuangan kaum lelaki.penyajak juga menggambarkan hubungan antara lelaki dan yang wanita dilihat sebagai satu simbiosis iaitu saling memerlukan.

Bentuk /ciri-ciri sajak
-mempunyai 4 rangkap
-setiap rangkap mempunyai bilangan baris yang berbeza iaitu rangkap 1 9 baris,rangkap 2 7 baris,rangkap 3 6 baris dan rangkap 4 4 baris
-bilangan patah kata antara 1 hingga 6 patah kata contoh; 1 patah kata ialah Muhammad (R4:B4) manakala 6 patah kata ialah'yang akan melembut karenah para wanita'(R1:B2)
-bilangan suku kata antara 3 hingga 17 suku kata contoh; 3 suku kata ialah Mu/ham/mad/(R4:B4) manakala 17 suku kata pula ialah Me/nung/gu/ se/o/rang/la/gi/sri/kan/di/ se/per/ti/kha/di/jah/(R4:B2)
-rima akhir bebas iaitu R1 abbbacdec R2 aaabcdd R3abbccc R4 abcd
-keseluruhannya sajak ini berbentuk bebas iaitu tidak terikat dengan puisi tradisional

unsur bunyi
i) asonansi iaitu perulangan huruf vokal a contoh: siApA srikAndi itu(R1:B1)
-vokal e contoh kE tEngkuknya dEngan lEmbut(R1:B7)
ii) aliterasi iaitu perulangan konsonan n contoh yaNg meNgguNakan lidah daN air mata (R1:B3)

gaya bahasa

i)anafora iaitu perulangan kata yang diawal baris
contoh: yang akan melembut kerenah para wanita-
yang menggunakan lidah dan air mata ( R1:B2,3)

ii)metafora contoh pedang ego(R1;B8)

iii)personifikasi contoh: aku disini menduga riak sirah(R2:B1)

iv) sinkof contoh;ku (R3:B1)

v)simile contoh: menunggu seorang lagi srikandi seperti Khadijah(R4:B2)

vi)imej alam contoh:kesturi,sahara,bukit pasir

No comments:

Post a Comment