Thursday 19 January 2012


SOALAN STRUKTUR CERPEN

CERPEN CIKGU APEK

1.         Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikut;
            ‘Rambutnya kerinting halus, dia berdahi jendul dan berkulit gelap. Berbadan sasa,
            dada bidang, otot-otot lengannya megah menimbul. Ciri-ciri fizikalnya itu cukup
            untuk menzahirkan begitu jugalah kesasaan azam lelaki ini. Tegasnya sukar
            dilibas.’

            a. Huraikan empat perwatakan Cikgu Apek berdasarkan petikan di    atas.

            Jawapan; Rambut kerinting, berdahi jendul, berkulit gelap, berbadan sasa, otot-otot
            lengan menimbul dan kuat azam.                                                      (4 markah)


2.         Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikut;

            “Ah, tak guna tadika saja yang berubah, tapi budak-budaknya tak berubah,” rungutnya mendatar. Hatiku segera menebak maksud perubahan yang diimpikan. Gunung tekad menuntut pendakian penuh kesabaran. Dia mengeluh, mentaliti ibu bapa dan anak-anak didiknyalah  yang menghakis gunung tekadnya.

a.         Nyatakan empat unsur gaya bahasa dalam petikan di atas.

            Jawapan;  Sinkope;  Contoh- tak
                             Dialog ; “Ah, tak...........tak berubah,”
                             Metafora; Gunung tekad
                             Kata ganda; anak-anak
                                                                                                (4 markah)

CERPEN ANAK-ANAK GEMBALA

1.   Berdasarkan petikan di bawah, jelaskan empat perwatakan Mat Seman.
Air matanya tiba-tiba sahaja mengalir ke pipi. Mat Seman tidak pernah menangis, dia bukan lembik macam batang keladi. Kakinya rabak kena jerangkap samar dia tidak menangis, kakinya kudung kena potong dia tidak menangis, ayahnya mati dia tidak menangis. Hati Mat Seman sudah dibancuh dengan batu bukit sejak kecil.
Skema Jawapan;
-Keras hati
-Kena jerangkap samar
-Kakinya kudung
-Tidak mudah menangis.
-Kematian ayah.
                                                                                                            (4 markah)
2. Mat Seman tidak menentang pembangunan, tetapi apakah empat perkara yang ditentang beliau apabila Lembah Bilut ingin dibangunkan?
SkemaJawapan;
-Pembangunan yang memupuskan budaya desa yang semula jadi.
-Pembangunan yang membawa gejala sosial di kampungnya.
-Pembangunan yang membawa bala ke kampungnya.
-Pembangunan yang akan meragut nilai kesucian di kampungnya.
                                                                                                      (4 markah)
CERPEN ANAK-ANAK PEJUANG

1.         Senaraikan empat unsur sejarah yang terdapat dalam cerpen anak-anak pejuang.

            Skema Jawapan;
- Peristiwa perjuangan menuntut kemerdekaan.
-Peristiwa penentangan Malayan Union
- Nama-nama watak seperti MacMichael
-Pembentukan jawatankuasa menyelesaikan tentangan orang Melayu
   terhadap Malayan Union oleh Malcom MacDonald
                                                                                                            (4 markah)

2.         Berdasarkan petikan , berikan dua unsur gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam petikan tersebut.

Bebayang mula rebah merentasi laman rumah yang semakin dipenuhi semak. Pandangannya berbalam, Pokok-pokok getah seperti barisan askar yang berbondong-
bondong menuju ke medan juang. Kemudian jelas di mata Pak Denan barisan itu bergerak serentak beriring paluan gendang perang. Segak dan tampan, setampan Leftenan Adnan.

Skema Jawapan;
-Kata ganda ; Contoh pokok-pokok
- Similie ; Contoh pokok-pokok getah seperti barisan askar
                                                                                                ( 4 markah )


CERPEN ANAK-ANAK SURIA

1.         Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut.
”Nampak baik?” Amanani membalas penuh emosi . “Si zalim ni, lebih daripada setakat nampak baik tau tak?” dengan nada kurang senang. Nani mahu sahaja melanjutkan syarahannya tentang Ayu, namun ilmu dan adab tertib yang pernah dipelajari melarangnya daripada meneruskan kata-kata. Kebetulan pula Hakim mengajaknya pulang
a. Berikan empat perwatakan Amanani berdasarkan petikan di atas.
                                                                        (4 markah)
Jawapan; Beremosi,Berilmu, Sopan santun/beradab,Penyabar.


2.         Huraikan empat perwatakan Suria sebagaimana yang digambarkan dalam cerpen
anak-anak Suria.(4 markah)

Jawapan; Manja,matanya bulat,comel,mempunyai lima anak.



CERPEN BENAR KATA AYAH

1.         Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan berikut;
Deru angin yang menyentuh seluruh badanku bagaikan menggerakkan segala sendi pemalasku. Dingin. Bagaikan kucing bangun tidur, aku menggeliat. Menggendurkan otot-otot yang tegang. Aku melepas pandang kearah bukit bukau di sekitar rumahku.

a.            Nyatakan empat gaya bahasa dalam petikan.  (4 markah)
-Sinkope cth; badanku , badanku, pemalasku.
-Simile cth; bagaikan meggerakkan segala sendi pemalasku
-Kata ganda cth; otot-otot, bukit-bukau.
-Personofikasi cth; deru angin yang menyentuh seluruh badaku.


CERPEN WARNA HATI SEORANG DATIN

1              Malam belum begitu panjang perjalanannya. Para tamu di ruang tamu kini sedang membaca ayat-ayat suci, setelah selesai menunaikan solat maghrib. Keakraban jiran memanjangkan ikatan silaturahim.Pemergian datuk meninggalkan jasa-jasa di taman perumahan itu seharusnya dijadikan contoh oleh yang tinggal.

a.                                    Nyatakan satu latar masa dalam petikan. ( 1 markah )
-Waktu malam
b.         Nyatakan tiga latar masyarakat dalam petikan. ( 3 markah )
            -Masyarakat mengamalkan ajaran islam.
            -Masyarakat tolong menolong..
            -Masyarakat menghargai jasa.
            -Mengamalkan semangat kejiranan















SOALAN ESEI

  1. Berdasarkan cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muhammad Isa Al-Jambuli;
a.    Huraikan lima persoalan yang terdapat dalam cerpen tersebut.( 10 markah )
b.    Gambarkan lima citra masyarakat dalam cerpen tersebut. ( 10 markah )

Skema Jawapan.

a.   1. pembuangan bayi yang tidak berdosa.contoh; Zaniyah membuang anak luar nikahnya yang baru dilahirkan dipinggir sungai hutan lembah dara kerana tidak sanggup menanggung malu.
2. kehamilan gadis tanpa ikatan perkahwinan,contoh;Zaniyah hamil setelah menjalin hubungan dengan kekasihnya Zaney tanpa ikatan perkahwinan
3. pergaulan bebas muda mudi,contoh; setelah Zaniyah ditinggalkan kekasihnya zaniyah menjadi liar dengan berkawan dengan bohsia dan bohjan.
4. hubungan kasih sayang dalam keluarga binatang ,contoh;kerana sangat menyayangi anaknya ibu monyet sanggup menggadaikan nyawanya demi untuk memastikan anaknya selamat daripada dibaham buaya
5. sikap ketidakbertanggungjawaban seorang lelaki,contoh; Zaney merupakan buaya darat yang telah merosakkan Zaniyah sehingga Zaniyah hamil.sikap ketidakbertanggungjawaban Zaney ini terserlah apabila dia menghilangkan diri tanpa dikesan
6.Pengorbanan seorang ibu; contoh; ibu monyet berkorban untuk anaknya.
7. Keinsafan kesilapan masa lalu contoh Zaniyah insaf setelah melihat ibu monyet  menyelamatkan anaknya.

b.   1. masyarakat kota,contoh:zaniyah merupakan gadis kampung yang hidup mencari rezeki di
kota
2. masyarakat yang terpengaruh dengan budaya hedonisme,contoh; Zaniyah merupakan gadis liar yang hidup dengan mementingkan keseronokan seperti bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan
3. masyarakat yang kejam,contoh Zaniyah seorang yang kejam kerana sanggup membuang anaknya yang baru dilahirkan demi menjaga maruahnya
4. masyarakat yang tidak bertanggungjawab,contoh;Zaney merupakan seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan Zaniyah setelah dia mendapat apa yang diingininya
5. masyarakat yang jahil tentang agama,contoh;Zaniyah seorang gadis yang jahil tentang agama dengan membelakangkan garis panduan agama dengan terlibat dalam pergaulan bebas bohsia dan bohjan,terlanjur sehingga melahirkan anak dan cuba membuang anaknya itu
6. masyarakat haiwan yang penyayang dan sanggup berkorban,contoh; ibu monyet sangat menyayangi anaknya dan telah mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan anaknya daripada dibaham buaya
7.masyarakat mengalami keruntuhan moral contoh pergaulan bebas muda mudi dan anak luar nikah.




  1. Rosli merupakan watak utama dalam cerpen Melakar Impian yang telah berjaya dalam hidupnya menjadi usahawan burung ruak-ruak. Dia juga telah menjadi contoh kepada anak-anak muda di kampungnya.
a    Berdasarkan pernyataan dia atas, jelaskan lima nilai-nilai murni yang dapat dicontohi  golongan remaja masa kini untuk berjaya. ( 10 markah )
      b.   Huraikan lima pengajaran yang terdapat dalam cerpen tersebut. ( 10 markah )





Skema Jawapan

a.
1.nilai kegigihan
contoh: Rosli berusaha gigih membela burung ruak-ruak .Daripada 20 ekor burung yang diternaknya akhirnya menjadi beribu-ribu ekor .

2. nilai keinsafan
contoh:selepas ditangkap polis dan diikat jamin oleh Rosli. Azwan,Fuad dan Lamin insaf daripada kesilapannya

3. nilai tolong menolong
contoh: ibubapa Rosli telah menolong Rosli mencapai impiannya menjadi pengusaha burung ruak-ruak dengan mendermakan sebanyak RM 2000 sebagai modal permulaan

4. nilai kesabaran
contoh: Rosli sabar walaupun disindir dan diperkecilkan kebolehannya oleh rakan-rakannya setelah dia menyatakan hasratnya untuk membela burung ruak-ruak

5. nilai baik hati
contoh: Rosli seorang yang baik hati kerana telah menjamin rakannya yang ditangkap polis kerana terlibat dalam kes pecah rumah di rumah Haji Sameon

6. nilai patuh pada nasihat ibu bapa contoh dia berjaya setelah mendengar nasihat ibu bapanya.

b.
1. Kita mestilah gigih berusaha agar segala kerja yang dilakukan membuahkan hasil
contoh: Rosli gigih berusaha dalam memastikan hasratnya untuk menjadi pengusaha burung ruak-ruak yang berjaya berhasil walaupun diperkecilkan dan disindir oleh rakan-rakannya

2. Kita janganlah suka menyindir dan memandang rendah akan kebolehan seseorang
contoh:rakan-rakan Rosli telah menyindirnya setelah mengetahui hasrat dan impian Rosli untuk mengusahakan ternakan burung ruak-ruak

3. Sebagai ibubapa kita hendaklah menolong dan memberi galakan kepada anak kita dalam mencapai impiannya
contoh: ibubapa Rosli telah memberi galakan kepadanya dan turut menyumbang wang sebanyak RM2000 sebagai modal permulaan

4. Kita janganlah terlibat dengan jenayah
contohnya: Azwan,Fuad dan Lamin telah ditangkap polis kerana terlibat dalam kes pecah rumah di rumah Haji Sameon

5. Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang kita lakukan
contoh: Azwan,Fuad dan Lamin telah insaf daripada kesilapannya setelah di jamin oleh Rosli dan mereka berjanji tidak akan mengulangi kesilapan tersebut

6. Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang berada dalam kesusahan
contoh: Rosli bersimpati dengan rakan-rakannya yang ditangkap polis dan dia telah mengikat jamin rakan-rakannya dengan menbayar ikat jamin sebanyak RM1000 seorang

7. Kita janganlah berdendam sesama manusia
contoh: Rosli tidak mendendami rakan-rakannya yang pernah mengejek dan memperkecilkan ideanya ,buktinya dia menjamin rakannya yang ditangkap polis atas kesalahan jenayah

8. Hendaklah patuh kepada nasihat ibu bapa contoh Rosli berjaya dalam hidupnya kerana dia patuh kepada nasihat ibu bapanya.

3.   Berdasarkan cerpen ‘Anak-anak Pejuang’ karya Ghazali Lateh;
a.   Watak Pak Denan ialah seorang yang berjiwa patriotik. Buktikan pernyataan tersebut berdasarkan lima peristiwa yang terdapat dalam cerpen . ( 10 markah )
b. Jelaskan lima persoalan yang terdapat dalam dalam cerpen. ( 10 markah )

Skema Jawapan.
a.
-Dia pernah menjelajah ke seluruh kampung dan desa untuk meniupkan semangat perjuangan
  menentang penjajah.
-Sentiasa mengingati peristiwa penentangan Malayan Union.
-Mengingati   Leftenan Adnan yang berjuang mempertahankan negara.
-Bersusah payah ke Kuala Lumpur dengan menumpang lori sayur Ah Bee.
 -Menamakan   anak-anaknya dengan nama tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan negara seperti
 Abdul Rahman dan Abdul Razak.
-Pernah hilang dari rumah anak-anaknya di Kuala Lumpur di mana akhirnya dia dijumpai
  terbaring di kaki tugu kebangsaan,
-Sanggup memujuk dan merayu anaknya dengan kata-kata tidak dapat memejamkan mata
  jika tidak dapat tengok sendiri Hari Merdeka tahun ini.
-Menyertai kawad hari kemerdekaan seperti pahlawan bersiaga ke medan juang.
-Berasa bangga jika anak-anaknya mati kerana mempertahankan negara.
-Sanggup menganggap anak-anaknya telah mati kerana tidak bersemangat patriotik.
-Berada di tugu negara selepas sambutan Hari Kemerdekaan.
                                                                                                                         (10 markah)

b.
1) Persoalan tentang   semangat cintakan tanah air.
    Cth: Pak Denan sangat menyintai tanah airnya sehingga sanggup bersama-sama 
            berjuang menentang rancangan MacMichael menggubal Malayan Union.
    Cth: Pak Denan sanggup menjelajah ke seluruh kampung untuk meniup semangat  
            perjuangan menentang penjajah semasa mudanya.
    Cth: Pak Denan sanggup pergi ke perarakan Hari kebangsaan di Kuala Lumpur untuk 
            menyambut kemerdekaan.
2) Persoalan tentang kasih sayang.
    Cth: Pak Denan sangat sayangkan anak-anaknya Abd. Rahman dan Abd. Razak
            walaupun kedua-duanya anaknya itu telah melukakan hatinya.
3) Persoalan tentang mempertahankan tanah air
    Cth: Pak Denan bersama-sama rakan seperjuangan telah mempertahankan tanah
           Melayu dari jatuh ke tangan penjajah.
4) Persoalan tentang sikap  mementingkan diri sendiri.
    Cth: Sikap anak-anak Pak Denan, iaitu Abd.Rahman dan Abd. Razak yang sangat
            pentingkan diri sendiri dengan tidak mengendahkan permintaan bapanya.
5) Persoalan  tentang masyarakat yang tidak ada sikap cintakan tanah air (patriotisme)
     Cth: Abd. Rahman dan Abd. Razak tidak mementingkan sikap cintakan tanah air 
             walaupun ayahnya ialah seorang pejuang tanah air.
6) Perbezaaan pendapat antara dua generasi
    Cth;Anak-anak Pak  Denan tida sependapat dengan ayahnya tentang erti kemerdekaan..





No comments:

Post a Comment