Thursday, 19 January 2012


Novel Jeriji Kasih

Sinopsis

Bab1
Semalam hujan turun dengan lebat.Anuariza baru sembuh dari demam dan dia berhasrat ingin ke paya pagi ini untuk mengambil kutipan buah kelubi yang ditinggalkannya semalam kerana cuaca buruk.Hasrat Anuariza untuk ke sana di halang oleh ibunya,Solehah.Tanpa pengetahuan ibunya,Anuariza tetap berdegil ingin meneruskan hasratnya kerana sayang ditinggalkan begitu saja walaupun dia tahu bahawa banyak binatang berbisa keluar mencari perlindungan ke kawasan kering apabila hujan.Tetapi hasratnya sekali lagi dihalang oleh adiknya Azuera.Walaubagaimanapun Anuariza tidak mengindahkan kata-kata adiknya dan ingin juga pergi ke paya.Tidak berapa lama kemudian Nek Siah datang ke rumah dan menasihati agar Anuariza tidak pergi ke paya kerana bimbang akan keselamatan Anuariza.AkhirnyaAnuariza akur setelah 3 orang yang menasihatinya supaya tidak meneruskan niatnya itu.Kemudian Nek Siah menjemput Anuariza sekeluarga datang ke rumah kerana Pak Syed Mustafa anak Nek Siah ingin mengadakan kenduri kesyukuran naik rumah baru dan kenduri tahlil

Bab 2
Di rumah Pak Syed mustafa ,setelah selesai kenduri ,Anuariza terpaksa bersetuju untuk memberi tuisyen kepada Syed Fariz anak Syed Mustafa yang kurang minat belajar setelah didesak oleh Syed Mustafa .Hal ini kerana Anuariza ingin membalas budi Nenek Siah yang dianggap sebagai neneknya sendiri dan juga untuk menambah pendapatan keluarga sementara menunggu keputusan STPM serta persediaan untuknya ke IPTA.Anuariza meminta kelas tuisyen itu ditangguhkan sehari dua kerana dia ingin ke paya mengambil buah kelubi yang telah dikutipnya semalam.Hasrat Anuariza menarik minat Syed Mustafa untuk ikut serta ke paya kerana dia sudah lama tidak ke sana. Kemudian Pak Syed Mustafa mencerita kisahnya semasa zaman mudanya yang pernah ke paya mencari buah kelubi dan buah ketiau.Setelah selesai mengemas Soleha,Anuariza dan Azuera meminta diri untuk pulang.

Bab 3
Keesokkan harinya seperti yang dirancangkan semalam Anuariza dan Syed Mustafa pergi ke paya untuk mengambil buah asam keludi yang dikutip beberapa hari lepas.Anuariza gembira kerana buah kelubinya masih elok dan tidak ditenggelami air. Sambil melakukan kerja, Anuariza menceritakan kepada Syed Mustafa tentang kisah hidupnya iaitu dia sebenarnya adalah anak angkat kepada Solehah dan Tamrin.tetapi Solehah dan Tamrin menganggap Anuariza seperti anaknya sendiri,Selepas ayah angkatnya meninggal dunia Anuariza sekeluarga berpindah dari Kuala Lumpur ke kampung ini.,Apabila masuk waktu zuhur mereka berdua sembahyang solat zuhur berjemaah dan makan nasi yang dibekalkan oleh Nenek Siah.Dalam rancaknya mereka berbual Pak Syed menanyakan pendapat Anuariza tentang agama seperti ajaran sesat dan sebagainya


Bab 4
Anuariza memulakan tugas pertamanya sebagai guru tuisyen dirumah Syed Mustafa.Syed Mustafa telahpun membayar gaji untuk bulan pertama walaupun Anuariza menolak menerimanya.Syed Faris tidak mahu belajar menyebabkan Anuariza mengambil keputusan untuk berbual dan mengenal isi hati dan masalah diri Syed Faris .Syed Faris bosan hidup di kampong dan amat benci kepada ayahnya kerana baginya ayahnya adalah pembunuh ibunya kerana semasa ibunya sakit ayahnya lambat pulang menyebabkan ibunya meninggal dunia.setelah hampir 2jam ,Anuariza meminta pulang dan berjanji akan membawa Syed Faris ke sungai.Di rumah Anuariza tidak lena tidur kerana asyik memikirkan Syed Faris .

Bab 5
Seperti yang dijanjikan ,Anuariza membawa Syed Faris ke sungai .Azuera dan Syarifah Farisha turut ikut serta.Tujuan Anuariza membawa Syed Faris adalah untuk menenangkan fikirannya.Tetapi Syed Faris masih tidak berubah.Asyik merungut.Anuariza membiarkannya sahaja dan dia mengambil keputusan untuk mengeluarkan kanvasnya dan melukis pemandangan.Sedang asyik melukis datang Syarifah Farisha.mereka berbual-bual tentang lukisan dan Anuariza sempat bertanyakan tentang keadaan terkini Syarifah Farisha

Bab 6
Selepas cuti panjang,SMK Sultan Muzaffar Shah dibuka semula,Syarifah Farisha dan Syed Fariz berbasikal ke sekolah.Di sekolah Azuera memperkenalkanmereka berdua kepada guru-guru dan kawan-kawannya.Syed Fariz ditempatkan di tingkatan 3 Bertari.Selama 2 minggu bersekolah,Syed Fariz asyik menyendiri dan tidak bergaul dengan murid lain kerana dia menganggap murid lain mundur dan ketinggalan zaman.Pagi itu Syed Fariz ponteng kelas cikgu Borhan menyebabkan Ruhaiza memaklumkannya kepada Azuera.Selepas waktu persekolahan,Azuera memberitahu Syarifah Farisha akan perbuatan salah laku adiknya.Apabila sampai dirumah Syarifah Farisha terus ke bilik adiknya tetapi adiknya belum pulang.

Bab 7
Setelah dua bulan bersekolah,syed Fariz menjadi semakin berpengaruh ,dilantik sebagai ketua.Dia berkawan dengan lily suriani.Syed Faris menubuhkan kumpulan peras ugut dengan memeras ugut murid-murid lain.Ruhaiza telah dipanggil oleh guru disiplin ke biliknya kerana dia terlibat dalam pergaduhan dengan Syed Fariz dan lily suriani di belakang kantin kerana syed fariz marah kepadanya yang memaklumkan tindakannya yang tidak siap kerja sekolah kepada Syarifah Farisha sehingga syarifah farisha mengugut syed fariz untuk memberikatyu ayah mereka.Selepas itu heboh berita kononnya ruhaiza cintakan syed fariz dan pergaduhan dengan lily siriani kerana cemburu.

Bab 8
Anuariza semakin bimbang dengan perkembangan kurang sihat Syed fariz yang tidak minat dengan pelajaran dan kurang berbual dengan keluarganya.Syarifah Farisha juga semakin murung seakan-akan ada rahsia yang disimpan.Malam itu,syed Fariz masih berkurung dalam bilik dengan tidak ikut serta belajar bersama-sama syarifah farisha dan azuera.Anuariza mengambil keputusan masuk ke bilik syed fariz walaupun dilarang oleh kakaknya.Apabila memasuki bilik syed fariz anuariza mengetahui bahawa syed fariz baru saja menghisap rokok tetapi anuariza mendiamkan diri pura-pura tidak tahu.syed faris kemudian meluahkan isi hatinya bahawa dia bosan tinggal dikampung dan sangat benci kepada guru-guru yang suka mendendanya.kemudian anuariza pun keluar dan menemui syarifah farisha untuk bertanyakan tentang syed fariz.syarifah farisha memberitahu bahawa adiknya merokok dan telahpun menubuhkan kumpulan jahat disekolah untuk menjalankan kerja-kerja jahat seperti peras ugut.Anuariza berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut.selepas itu dating nenek siah dan bertanyakan kenapa syed fariz tidak belajar bersama-sama dan anuariza memberitahu syed fariz kurang sihat.

Bab 9
Selepas sesi persekolahan berakhir Ruhaiza mengambil keputusan tidak menghadiri kelas tambahan kerana dia ingin bertemu kaunselor iaitu cikgu syakinah untuk meluahkan kekecelaruan dan tekanan yang dihadapinya.Dalam pertemuan tersebut Ruhaiza meluahkan segala-galanya iaitu dia tiada apa-apa hubungan dengan syed fariz,dia hanya mahu berkawan sahaja kerana untuk meminjam buku-buku rujukan syed fariz kerana keluarganya tidak mampu membelinya.selepas Ruhaiza meluahkan segala apa yang terpendam dalam hatinya,cikgu Syakinah berjanji akan menolong Ruhaiza iaitu dengan menyuruh Ruhaiza dating kerumahnya untuk mengambil buku rujukannya supaya Ruhaiza dalam membacanya.

Bab 10
Kepulangan pak syed Mustafa hanya sekejap sahaja.esoknya pak syed mahu pulang ke luala Lumpur.anuariza duduk disebelah pak syed berbual tentang perlakuan syed fariz.nenek siah sangat marah kepada pak syed kerana mengabaikan tanggungjawabnya kepada anak-anaknya.untuk menyedarkan pak syed tentang tanggungjawabnya kepada anak-anak anuariza menceritakan kisah silamnya tentang kesusahan hidup dan tanggungjawab ibubapanya.tetapi pak syed tersalah faham dan tidak sedar dan insaf juga.

Bab 11
Sudah sebulan pak syed pulang ke kuala Lumpur dan sebelum pilang dia berjanji akan balik seminggu kemudian .tetapi janji tinggal janji kerana pak syed tidak juga pulang menjenguk anaknya.Hal ini membuatkan anuariza sangat kesal.tujuan dia menceritakan kisah silamnya tempoh hari kepada pak syed supaya pak syed insaf dan sedar betapa pentingnya kasih saying dan perhatiannya kepada anak-anaknya.lebih membimbangkan lagi,perlakuan syed fariz semakin menjadi-jadikerana menurut kakaknya sye fariz telah menubuhkan kumpulan jahat dengan memeras ugut muris sekolah rendah,mencuri barang dipasar raja dan juga meragut.Hal ini terbukti apabila syarifah farisha menemui banyak telefon bimbit di dalam bilik syed fariz.
Ibu anuariza yang bimbang akan perlakuan syed fariz meminta anaknya memantau pergerakan syed fariz.anuariza kemudian menceritakan segala tindakan syed fariz kepada ibunya,dan dia berjanji kepada ibunya bahawa dia akan memantau dan menolong syed fariz kerana dia sudah menganggap syed fariz macam adik beradiknya.segala perbuatan jahat syed fariz tidak di maklumkan kepada pak syed kerana anuariza takut pak syed hilang pertimbangan dan mencederakan syed fariz,kerana syarifah farisha pernah memberitahu anuariza bahawa pak syed pernah memukul syed fariz kerana terlibat mengambil dan menjual ubat batuk kepada pelajar
lain dan membongkar kecurangan ayahnya.

Bab 12
Cikgu Borhan dan cikgu Suhaimi memanggil nenek siah ke sekolah untuk membincangkan pasal cucunya syed Fariz.cikgu Borhan memberitahu nenek siah syed fariz sudah banyak kali tidak hadir ke sekolah tanpa sebab.pihak sekolah sudah memberi amaran kepadanya tetapi tidak diendahkannya.pihak sekolah juga sudah banyak kali menghantar surat kepada penjaganya tetapi nenek siah memberitahu bahawa dia tidak pernah menerimanya.nenek siah berjanji akan menasihati cucunya dan dia memohon agar cucunya tidak digantung atau dibuang sekolah.
Di rumah nenek siah berazam untuk memarahi cucunya itu,kemudian solehah dating ke rumah membawa semangkuk pengat pisang.nenek siah meluahkan rasa kekesalan dan kemarahannya kepada solehah dan lebih memeranjatkan lagi nenek siah memberitahu bahawa polis datang memaklumkan penangkapan syed faris

Bab 13
Nenek siah,syarifah farisha menangis sehingga mata bengkak mengenangkan syed fariz yang berada dalam lokap kerana dituduh memperkosa ruhaiza bersama rakan-rakannya.malam itu kelas tambahan dibatalkan.nenek siah meminta syarifah farisha menelefon ayahnya memaklumkan berita malang tersebut.tetapi hampa kerana telefon dirumah tidak diangkat walaupun jam menunjukkan pukul 11 malam.nenek siah kecewa dengan sikap anaknya itu sehingga mencadangkan anaknya patut kahwin lain agar tidak berpeleseran malam-malam.mendengar cadangan nenek siah itu,syarifah farisha sedih dan membawa diri ke dalam biliknya kerana tidak sanggup ayahnya kahwin lain.tiba-tiba kedengaran orang memberi salam .

Bab 14
Ayah ruhaiza iaitu khusyairi datang kerumah nenek siah dalam keadaan masam dan cuba mengawal kemarahannya.nenek siah cuba berbincang dengan khusyairi tetapi khusyairi tidak mahu berdiplomasi kerana baginya maruah anaknya dan keluarganya sudah hancur.khusyairi memaklumkan keadaan anaknya yang masih dirawat dihospital yang asyik menangis,menjerit dan meronta-ronta macam orang hilang akal.nenek siah cuba membantu menanggung perbelanjaan hospital tetapi khusyairi menolak.khusyairi meminta nenek siah menasihati syed mustafamembawa anak-anaknya ke kuala Lumpur kerana baginya anak syed Mustafa membawa budaya buruk kekampungnya.dan menyuruh nenek siah mengajar syed Mustafa bagaimana cara mendidik anak dengan betul.sebelum khusyairi pulang,solehah meminta izin khusyairi untuk menjaga anak-anaknya kerana kesian melihat dia dan isterinya berulang alik ke hospital menjaga ruhaiza.


Sila cuba buat latihan di bawah. Uji kemahiran dan pengetahuan anda menjawab. Kemudian, bandingkan jawapan anda dengan skema jawapan yang dicadangkan.

HIKAYAT CENDAWAN PUTIH

SOALAN STRUKTUR

1) Setelah itu maka ahli nujum itu berdatang sembahnya, ”Ya tuanku, dari penyakit paduka ayahanda terlalu rupanya, jikalau tiada seperti kata di dalam nujum hamba tiadalah sembuh.”

i) Berdasarkan petikan di atas, siapakah paduka ayahanda? (2m)

ii) Bagaimanakah cara untuk mengubati penyakit baginda? (2m)

2. a) Apakah hubungan Raden Kesuma Ningrat dengan Raden Kesuma Wati? (2m)

b) Siapakah yang ditugaskan untuk mencari ubat bagi mengubati penyakit ayahandanya?(2m)

3. Berikan 4 jenis haiwan yang terdapat dalam cerita Hikayat Cendawan Putih (4m)

4. Maka Raden Kesuma Ningrat pun berkata-kata, ia pun bertanyakan halnya kepada tuan puteri,”Apa mulanya adinda maka sampai ke mari ini. Apakah nama adinda dan nama negeri adinda?”

i) Siapakah adinda yang dimaksudkan dalam petikan? (2m)

ii) Apakah yang berlaku selepas itu? (2m)

SOALAN ESEI

1. Huraikan citra masyarakat dalam cerita Hikayat Cendawan Putih. (10m)

2. Huraikan perwatakan Raden Kesuma Ningrat. (10m)


SKEMA JAWAPAN

1) - Raja Indera Kemala Putera
- makan telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa

2. - adik beradik berlainan ibu
- Raden Kesuma Ningrat

3. i) harimau
ii) merbah putih
iii) singa
iv) landak putih
v) landak hitam
vi) serigala
vii) naga
viii) kuda

(pilih mana-mana 4 jawapan)

4. - Tuan Puteri Pelinggam Cahaya
- Raden Kesuma Ningrat dan Puteri Pelinggam Cahaya sama-sama mencari telur burung merpati putih

SOALAN ESEI

1.
a. masyarakat /golongan raja
- contoh Tuan Puteri Ratna Sari, Tuan Puteri Pelinggam Cahaya

b. masyarakat yang bertanggung jawab
- Raden Kesuma Ningrat dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya sanggup bersusah payah mencari ubat untuk mengubati penyakit ayahanda mereka masing-masing.

c. masyarakat haiwan
- terdapat binatang seperti singa, harimau, landak, burung

d. masyarakat yang mempercayai tabib/dukun
- Raden Kesuma Wati amat mempercayai ramalan dukun untuk mencari ubat bagi mengubati ayahandanya

e. masyarakat yang taat akan perintah raja
- Rakyat, menteri dan hulubalang mencari ubat untuk mengubati penyakit raja mereka sehingga banyak yang terkorban

2.
a. bertanggungjawab
- contoh – baginda sanggup mencari ubat untuk mengubati ayahandanya.

b. berani
- baginda tidak takut apabila berhadapan dengan raksasa dan harimau.

c. pengasih/penyayang
- menyayangi kekandanya Raden Kesuma Wati dan ayahandanya hingga sanggup memenuhi permintaan kekandanya untuk mencari ubat bagi mengubati ayahandanya

d. prihatin
- membayarkan harga kuih yang dicuri oleh Raden kesuma Wati

e. adil- menjatuhkan hukuman kepada Raden Kesuma Wati kerana kesalahannya
KESUSASTERAAN MELAYU TINGKATAN EMPAT


1.
Ambil golok di atas puan,
Hendak berakit ke Kuala Kedah,
Usah dijolok sarang tebuan,
Badan sakit sesal tak sudah. Petikan daripada Pantun Empat Kerat Nasihat

i. Huraikan empat gaya bahasa pantun di atas . (4m)

ii. Cipta serangkap pantun yang bertemakan kasih sayang. (4m)

2.
Masih menguntumkah
Bunga damai
Sekiranya dunia masih berperang
Kejahilan masih berleluasa
Sebaris kejam
Mengimami rumah mesra
Merayap mesiu
Dan mortar menyusup telinga
Meratah rakus jiwa manusia?
Dipetik daripada sajak ‘Bunga Damai’

i. Apakah maksud metafora?

ii. Berikan contoh gaya bahasa metafora dalam petikan sajak di atas. (2m)

iii. Huraikan maksud rangkap sajak tersebut. (4m)

Novel "Jeriji Kasih"

3. “Pak Syed pernah buat apa yang Nuar buat. Tapi dulu tak pakai perakam suara.” Manis senyuman Syed Mustafa menceritakan zaman remajanya.

i. Nyatakan latar tempat dialog di atas dituturkan. (2m)

ii. Apakah yang sedang dilakukan oleh Anuariza ketika itu? (2m)

iii. Berikan dua pengajaran dalam petikan di atas. (4m)

4. Tidak apalah. Keadaan sudah menentukan nasib dirinya jadi begini. Biarlah. Apa yang hendak dilakukan lagi? Apabila air keruh di hulu, tak kanlah jernih air di hilir?
Dipetik daripada Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang.

i. Apakah yang cuba dilakukan oleh dia dalam petikan cerpen di atas? (2 m)

ii. Huraikan mesej yang cuba disampaikan oleh pengarang melalui petikan di atas. (4m)

iii. Berikan dua sikap dia dalam petikan di atas. (4m)

No comments:

Post a Comment