Friday 13 January 2012


Cerpen:warna hati seorang datin

Sinopsis:
Mengisahkan seorang Datin yang cuba menyatukan kembali keluarganya apabila kematian suaminya Datuk. Semasa hayat Datuk, Datin cukup terluka kerana dimadukan. Datuk pernah bernikah dengan seorang wanita dan mendapat dua orang anak, tetapi kemudiannya bercerai ketika anak mereka masih kecil.Datuk kemudiannya bernikah dengan Syarifah Aminah di Kelantan dan berpisah lagi.Setelah mendapat seorang anak Ketika Datuk menghembuskan nafasnya yang terakhir,beliau mempunyai dua orang isteri iaitu Datin sendiri dan Siti Halijah yang memiliki dua orang anak yang masih kecil iaitu Zety dan Zul.Lantaran Datin benci akan madu-madunya dan tidak pernah berhasrat mengenali anak-anak tirinya,maka pada hari kematian Datuk,Datin cuba menyatukan semua anak-anak Datuk,Datin berbuat demikian untuk memenuhi impian Datuk semasa hayatnya yang mahukan Datin dan anak-anaknya menerima isteri dan anak-anaknya yang lain.

Tema
Bertemakan tentang hubungan kekeluargaan yang dikaitkan dengan pengorbanan seorang isteri untuk memenuhi hasrat arwah suaminya untuk menyatukan isteri dan anak-anaknya yang lain.contoh;Datin walaupun benci akan madu dan anak-anak tirinya tetapi apabila Datuk menghembuskan nafasnya yang terakhir ,dia kembali insaf dan cuba untuk memenuhi hasrat arwah suaminya yang mahu menyatukan madu dan anak-anak tirinya.akhirnya impian tersebut berjaya tertunai.

Persoalan

1. Amalan berpoligami dalam perkahwinan ,contoh; Semasa hayatnya Datuk merupakan seorang yang mempunyai dua orang isteri iaitu Datin Dan siti Halijah.Datuk juga pernah berkahwin dengan Cikgu Juliah dan Syarifah Aminah tetapi tidak kekal kerana mereka bercerai
2.Pergolakan hidup isteri yang dimadukan suami,contoh;Datin amat benci dengan madunya iaitu Siti Halijah dan anak-anaknya.Sehinggakan dia mendidik anak-anaknya membenci madu dan darah dagingnya
3. Kerengganan hubungan kasih sayang ayah dengan anak,contoh; hubungan Datuk dengan sembilan orang anaknya sangat renggang dan tidak akrab seperti dahulu setelah anak-anaknya dewasa

Watak Perwatakan

Datuk
-watak sampingan
-meninggal dunia awal pagi
-seorang pemimpin yang dikasihi,dihormati dan disegani
-berkahwin lebih daripada seorang  iaitu telah empat kali berkahwin. Hanya isteri pertama dan keempat kekal. Manakala isteri kedua dan ketiga bercerai.
-isteri yang kekal ialah Datin dan Siti Halijah.
-isterin yang diceraikannya ialah Cikgu Jalilah dan Aminah
-dikurniakan 14 orang anak
-bekas pegawai tinggi kerajaan
-sangat disayangi oleh teman-teman
-seorang yang penyayang contoh; menyayangi anak-anaknya iaitu zety dan zul
-berhasrat ingin menyatukan semua ahli keluarganya,tetapi tidak kesampaian


Datin
-watak utama
-isteri pertama datuk
-dikurniakan 9 orang anak
-antara anaknya ialah jahara,suhada,afifah,aziah,azuan,zek,efa,basir (cacat anggota)
-benci akan madu dan anak tirinya
-menghasut dan meracuni pemikiran anak-anak cupaya membenci isteri dan anak-anak datuk yang lain
-akhirnya insaf dan ingin menunaikan hasrat Datuk supaya seluruh keluarga dapat disatukan .akhirnya dia berjaya


Siti Halijah
-watak sampingan
-isteri muda Datuk
-madu Datin
-dikurniiakan 2 orang anak hasil perkahwinan dengan Datuk iaitu Zety 4 tahun dan zul 18 bulan
-dianggap perampas isteri orang oleh anak-anak datin
-seorang yang tabah menghadapi alam rumahtangga
-sangat dibenci oleh Datin dan anak-anaknya
-cekal hati

Jahara
-watak sampingan
-anak sulung daripada 9 orang adik beradik
-anak Datuk dan Datin
-sudah berkahwin
-sangat membenci ibu tirinya
-bertanggungjawab iaitu memungut derma daripada adik-adiknya untuk perbelanjaan pengurusan jenazah ayahnya.

Watak-watak lain
1. suhada-sangat benci siti Halijah, tuduh siti halijah perampas suami orang
2. afifah
3. aziah
4. azuan
5. zek
6. efa
7. basir(cacat)
8. amri(sabah-anak cikgu juliah)
9. zaleha(Sarawak-anak cikgu juliah)
10. taufik(kelantan-anak aminah)

Nilai Kemanusiaan
1. Nilai semangat kejiranan contoh;jiran-jiran dan sahabat Datuk datng menziarahi Jenazah datuk setelah berita kematian datuk tersebar dan mengucapkan takziah kepada datin
2. Nilai menziarahi ,contoh; ramai tetamu datang menziarahi arwah Datuk ,ada yang membacakan ayat-ayat alquran dan ada yang bersedekah kepada keluarga arwah.
3. Nilai muafakat ,contoh;Jahara dan adik-adiknya bermuafakat untuk menyumbangkan wang sedikit seorang untuk menguruskan jenazah arwah bapanya
4. Nilai keinsafan,contoh;Datin insaf dan kesal atas perbuatannya dahulu dengan membenci madu dan menyuruh anak-anaknya juga turut membenci ibu tirinya. Apabila Datuk meninggal Datin insaf dan cuba menyatukan seluruh keluarganya demi untuk memenuhi hasrat Datuk.
5. Nilai keprihatinan dan tolong menolong contoh;jiran-jiran,dan tetamu yang datang menziarahi jenazah Datuk telah menguruskan Jenazah Datuk sehingga selesai
6. Nilai kepatuhan kepada agama,contoh; para tetamu yang datang ke rumah Datin bersembahyang maghrib berjemaah dan membaca al quran
7. Nilai kasih sayang,contoh;Datuk sangat menyayangi anaknya iaitu zety dan zul
8. Nilai ketabahan, contoh; siti halijah tabah dan cekal menghadapi dugaan bermadu,dia pernah dibenci,dihina oleh anak –anak dan isteri pertama Datuk.tetapi dia tabah menghadapinya.

Latar
Latar masa
-awal subuh-apabila Datuk menghembuskan nafasnya yang terakhir
-petang –pengkebumian jenazah datuk
- malam-tetamu sembahyang maghrib berjemaah dan kedatangan anak arwah Datuk iaitu Amri ,Zaleha dan Taufik

Latar tempat
-Di rumah Datuk

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan,contoh; jiran-jiran dan sahabat Datuk datang menziarahi Jenazah datuk setelah berita kematian datuk tersebar dan mengucapkan takziah kepada datin
2. Masyarakat yang suka menziarahi jiran yang kesusahan,contoh; ; ramai tetamu datang menziarahi arwah Datuk ,ada yang membacakan ayat-ayat alquran dan ada yang bersedekah kepada keluarga arwah.
3. Masyarakat yang penyayang,contoh; Datuk sangat menyayangi siti halijah dan 2 orang anaknya iaitu zety dan zul
4. Masyarakat yang mengamalkan amalan berpoligami.contoh; Datuk mengamalkan hidup berpoligami iaitu dengan berkahwin sebanyak 4 kali.tetapi hanya 2 orang isteri yang kekal iaitu Datik dan siti halijah.manakala isteri kedua iaitu cikgu juliah dan isteri ke tiga aminah diceraikan
5. Masyarakat yang suka menderma.contoh; Ramai tetamu yang hadir menziarahi jenazah Datuk menderma kepada Datin sebagai tanda simpati
6. Masyarakat yang mengamalkan amalan bergotong royong.contoh;jiran-jiran dan saudara mara Datuk bergotong royong menguruskan jenazah datuk.
7. Masyarakat yang mentaati perintah allah swt.contoh; Para tetamu yang menziarahi bersembahyang maghrib berjemaah dan kemudian membaca al quran.
8. Masyarakat yang suka memaki hamun.contoh;suhada anak kedua Datin memaki hamun siti halijah melalui telefon iaitu dengan menuduh siti halijah perampas suami orang kerana dia tidak boleh menerima kehadiran ibu tirinya itu.
9. Masyarakat yang insaf setelah terlanjur melakukan kesilapan.contoh;Datin insaf atas segala perbuatannya yang membenci madu dan darah daging datuk yang lain.Dan dia bertekad untuk menyatukan kembali madu-madu dan anak-anak yang lain.akhirnya impiannya tercapai

Mesej dan Pengajaran/ Amanat/ Iktibar
1. kita mestilah mengamalkan semangat kejiranan iaitu dengan mengambil berat antara satu sama lain.contoh; jiran-jiran dan sahabat Datuk datang menziarahi Jenazah datuk setelah berita kematian datuk tersebar dan mengucapkan takziah kepada datin
2. kita hendaklah menziarahi sesama manusia agar hubungan silaturahim berkekalan.contoh; ramai tetamu datang menziarahi arwah Datuk ,ada yang membacakan ayat-ayat alquran dan ada yang bersedekah kepada keluarga arwah.
3. kita hendaklah mengamalkan sikap kasih sayang dalam kehidupan kita.contoh; Datuk sangat menyayangi siti halijah dan 2 orang anaknya iaitu zety dan zul
4. kita mestilah menyumbangkan sedekah kepada insan yang berada dalam kesusahan bagi meringan bebannya.contoh; Ramai tetamu yang hadir menziarahi jenazah Datuk menderma kepada Datin sebagai tanda simpati
5. kita hendaklah mengamalkan amalan bergotong royong agar sesuatu kerja yang dilakukan cepat dan mudah serta dapat mengeratkan silaturahim .contoh: jiran-jiran dan saudara mara Datuk bergotong royong menguruskan jenazah datuk.
6. kita janganlah suka memaki hamun insan lain kerana ianya boleh merosakkan hubungan persaudaraan.contoh; ;suhada anak kedua Datin memaki hamun siti halijah melalui telefon iaitu dengan menuduh siti halijah perampas suami orang kerana dia tidak boleh menerima kehadiran ibu tirinya itu.
7. kita mestilah insaf jika terlanjur melakukan kesilapan.contoh: Datin insaf atas segala perbuatannya yang membenci madu dan darah daging datuk yang lain.Dan dia bertekad untuk menyatukan kembali madu-madu dan anak-anak yang lain.akhirnya impiannya tercapai


Citra Masyarakat, Gambaran Masyarakat atau Imej Masyarakat

1. masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan,contoh; jiran-jiran dan sahabat Datuk datang menziarahi Jenazah datuk setelah berita kematian datuk tersebar dan mengucapkan takziah kepada datin
2. masyarakat yang suka menziarahi jiran yang kesusahan,contoh; ; ramai tetamu datang menziarahi arwah Datuk ,ada yang membacakan ayat-ayat alquran dan ada yang bersedekah kepada keluarga arwah.
3. masyarakat yang penyayang,contoh; Datuk sangat menyayangi siti halijah dan 2 orang anaknya iaitu zety dan zul
4. masyarakat yang mengamalkan amalan berpoligami.contoh; Datuk mengamalkan hidup berpoligami iaitu dengan berkahwin sebanyak 4 kali.tetapi hanya 2 orang isteri yang kekal iaitu Datik dan siti halijah.manakala isteri kedua iaitu cikgu juliah dan isteri ke tiga aminah diceraikan
5. masyarakat yang suka menderma.contoh; Ramai tetamu yang hadir menziarahi jenazah Datuk menderma kepada Datin sebagai tanda simpati
6. masyarakat yang mengamalkan amalan bergotong royong.contoh;jiran-jiran dan saudara mara Datuk bergotong royong menguruskan jenazah datuk.
7. masyarakat yang mentaati perintah allah swt.contoh; Para tetamu yang menziarahi bersembahyang maghrib berjemaah dan kemudian membaca al quran.
8. masyarakat yang suka memaki hamun.contoh;suhada anak kedua Datin memaki hamun siti halijah melalui telefon iaitu dengan menuduh siti halijah perampas suami orang kerana dia tidak boleh menerima kehadiran ibu tirinya itu.
9. masyarakat yang insaf setelah terlanjur melakukan kesilapan.contoh;Datin insaf atas segala perbuatannya yang membenci madu dan darah daging datuk yang lain.Dan dia bertekad untuk menyatukan kembali madu-madu dan anak-anak yang lain.akhirnya impiannya tercapai
10. masyarakat pemimpin.contoh Datuk merupakan pemimpin yang disegani ,dihormati oleh jiran-jiran dan sahabat handai

No comments:

Post a Comment