Kelebihan berzikir
dari sudut sains
Otak sebenarnya ialah
satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk
melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.
Ketika otak
berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari empat
belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas juta
saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang
kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada
aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang
terhasil daripada aktiviti elektrik yang dapat dikenal pasti melalui kaedah electroencephalography (EEG).
Kaedah EEG yang digunakan untuk mengenalpasti aliran bio-elektrik
Oleh itu, apabila
seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T seperti
Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan
berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut
berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut
menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan
kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk
turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami
perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan
kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan
cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan
menerima kebenaran.
Majalah Scientific American, Disember 1993
Hasil kajian makmal
yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan
ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak
manusia secara tidak sedar.
Ujian imbasan PET
Dalam kajian ini,
sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca
setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan
dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka,
beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk
di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila
sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti
saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali
meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus
membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti
perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah
kemampuannya.
Jika ia mengaitkan
tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang
yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang
kering.”
Oleh itu
saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita
sudahpun lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang
masih memandang rendah kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
No comments:
Post a Comment