Saturday 21 January 2012


Cerpen Aksi Sang Jerut(Anak Global)

sinopsis
Mengisahkan tentang kerakusan manusia yang ingin mengaut keuntungan sehingga mengorbankan pihak lain.Sang jerut iaitu seekor ular sawa yang sangat kecewa dengan sikap manusia yang telah memusnahkan habitat dan keturunannya.sang jerut ingin membalas dendam terhadap manusia,namun kecundang.Bukti sang jerut berdendam dengan manusia ialah apabila sang jerut memakan binatang ternakan manusia dan membunuh Ah peng yang cuba menangkapnya untuk dijual kepada Tauke wong.Akhirnya sang jerut kecundang di tangan musa masli .

Tema
bertemakan tentang dendam binatang akibat kerakusan manusia yang memusnahkan habitat dan keturunannya.contoh: Akibat dendam dengan manusia yang telah memusnahkan habitat dan keturunannya,sang jerut membaham binatang ternakan manusia dan berjaya membunuh Ah peng yang cuba menangkapnya untuk dijual kepada tauke wong.Namun ,akhirnya impian sang jerut untuk terus membalas dendam terkubur apabila dirinya dibunuh oleh Musa masli ketika sang jerut cuba membunuh Musa masli.

Persoalan
1. sikap kerakusan manusia yang tidak berperikemanusiaan
contoh: manusia sering memusnahkan alam dengan menebang pokok balak dan memburu binatang sehingga kehidupan binatang tergugat seperti mana yang terjadi kepada sang jerut apabila ramai keturunanya ditangkap kerana manusia gemar memakan dagingnya.

2. kejujuran binatang dalam persahabatan
contoh: Sang jerut ,walaupun seekor binatang tetap jujur dalam persahabatannya dengan manusia yang bernama Ah peng.tetapi persahabatannya dikhianati apabila Ah peng cuba menipunya dengan cuba menangkapnya untuk dijual kepada tauke restoran.

3. kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah
cntoh: Sang jerut bijak menyelesaikan masalah demi menyelamatkan nyawanya daripada ditangkap oleh Ah peng dengan berpura-pura berjanji akan masuk kembali kedalam kelambu setelah ditangkap oleh ah peng yang menipunya.

watak perwatakan

1. sang jerut
-seekor ular sawa
-berdendam dengan manusia
-sangat berani
-ingin membunuh manusia
-menjerut binatang ternakan manusia
-bijak menyelesaikan masalah
-berkawan dengan manusia (Ah peng)
-akhirnya mati ditangan Musa masli

2. Ah peng
-seorang yang gila -gila bahasa
-lurus dan bernafsu besar
-cuba menangkap sang jerut tetapi gagal
-cacat
-memahami bahasa ular sawa
-tidak setia dalam persahabatan dan menipu sang jerut
-akhirnya mati ditangan sang jerut

3.Musa masli
-mempunyai keajaiban luar biasa iaitu dapat mengecam dan menangkap bau ular sawa
-keajaiban terletak pada kakinya yang layur
-pernah menewaskan seekor tonyok jantan bertaring kuning
-sangat berani
-cacat iaitu kakinya layur dan berjalan merangkak
-berjaya membunuh sang jerut yang cuba menerkamnya

nilai kemanusiaan
1. nilai keberanian
contoh: Musa masli berani bertarung dengan sang jerut yang cuba menerkam dan ingin membunuhnya

2. nilai bijaksana
contoh: sang jerut bijak memperdaya Ah peng yang cuba untuk menangkapnya

3. nilai setia kawan
contoh: sang jerut bersahabat dengan ah peng dan sangat setia dalam persahabatannya

pengajaran
1. kita janganlah memusnahkan alam
contoh: manusia bermaharajalela memusnahkan alam semulajadi sehinggakan kehidupan binatang terjejas.buktinya sang jerut berdendam dengan manusia dan berjanji akan membunuh manusia
2. kita mestilah bijak dalam menyelesaikan masalah
contoh; Sang jerut bijak menyelamatkan nyawanya daripada ditangkap oleh Ah peng.
3.kita mestilah berani mempertahankan hak
contoh;sang jerut berani mempertahankan hak dengan cuba membalas dendam terhadap manusia yang telah memusnahkan habitat dan keturunannya
4.kita mestilah tenang dalam menghadapi kesulitan
contoh: Musa masli tenang menghadapi tentangan sang jerut dan akhirnya dirinya berjaya membunuh sang jerut

latar masa
-dua tiga minggu dulu ketika sang jerut menjerut binatang ternakan

latar tempat
-dalam hutan,dikedai makan tauke wong,di kampung putera

latar masyarakat
1. masyarakat yang gemar memakan daging ular sawa
2. masyarakat manusia yang tidak berperikemanusiaan
3.masyarakat manusia yang angkuh
4.masyarakat manusia yang tidak setia dan penipu
5.masyarakat binatang yang bijak menyelesaikan masalah
5.masyarakat binatang yang mendendami manusia 

No comments:

Post a Comment