Saturday 21 January 2012


sajak keberangkatan ayah ( madu ilmu)

maksud

rangkap 1: penyajak berasa amatv sedih dengan kematian ayahnya tetapi redha kerana apa yang terjadi atas ketentuan illahi
rangkap 2: penyajak begitu merindui bunyi telapak kasut arwah ayahnya diwaktu subuh ketika arwah pergi ke surau bersembahyang subuh berjemaah.Penyajak juga mengerti bahawa kerinduannya tidak dapat mengatasi kerinduan ayahnya kepada Tuhan.
rangkap 3: penyajak berasa yakin bahawa perjalanan arwah ayahnya ke alam barzakh lebih mudah kerana arwah ayahnya memiliki isteri yang tabah dan anak menantu yang kuat semangat dalam mengiringi jasadnya ke alam barzakh.
rangkap 4: walaupun ayahnya telah kembali ke rahmatullah tetapi penyajak menganggap arwah bapanya masih lagi hidup dalam hatinya mudah-mudahan pusara ayahnya bercahaya dan lapang kuburnya.
rangkap 5: penyajak berharap agar ayahnya selamat bertemu Allah s.w.t. dan berharap dia dan arwah ayahnya dapat bertemu di syurga

tema
-perasaan seorang anak terhadap pemergian ayahnya ke rahmatullah

persoalan
1. ketaatan manusia kepada perintah allah
2. kerinduan anak kepada arwah ayahnya.

gaya bahasa
1. hiperbola-meski selaut sedih bergelombang di dada
2. personifikasi-setiap subuh rindu kami bergetar
3. metafora-surau sepi
4. anafora-di setiap cebisan pandan bertaburan
di atas pusara
5. sinkop-dingin dahi ayah waktu kukucup
6. kata ganda-mudah-mudahan
7. imej alam-pandan 

No comments:

Post a Comment