Saturday 21 January 2012


SUDUT PANDANGAN

makna sudut pandangan
-menurut hashim awang(1992:52),sudut pandangan bermakna dari mana cerita dalam sesebuah karya kreatif imaginatif dikisahkan.Hal ini menjelaskan tempat dimana pencerita atau pengarang itu berada dalam cerita yang dikisahkannya.

-sudut pandangan dikategorikan sebagai 4 jenis iaitu
i)sudut pandangan orang pertama
ii)sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas atau serba tahu
iii)sudut pandangan orang ketiga terbatas
iv)sudut pandangan objektif

i)sudut pandangan orang pertama
-pengarang berperanan sebagai pemegang watak utama dan watak penting dengan tujuan untuk mengembangkan tema dan persoalan serta plot cerita
-pengarang melibatkan diri kepengarangannya secara langsung dalam peristiwa yang dilihatnya
-biasanya pengarang menggunakan ganti nama dirinya seperti aku,ku.

ii) sudut pandangan orang ketiga terbatas
-pengarang tidak terlibat sama ada dengan persoalan-persoalan mahupun dengan watak
-tetapi pengarang masih meresap ke dalam cerita bagi mengetahui maklumat tentang diri watak dengan menggambarkan aspek-aspek penting sahaja

iii) sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas
-pengarang bertindak menjadi seorang yang serba tahu tentang diri watak sama ada dari segi lahiriah ataupun batiniah
-pengarang mengetahui selok belok watak tetapi beliau tidak melibatkan dirinya secara langsung dalam perkembangan plotnya

iv) sudut pandangan objektif
-pengarang tidak terlibat secara langsung dan pengarang hanya berperanan sebagai pelapor terhadap sesuatu kejadian
-laporan pengarang tidak memihak kepada mana-mana watak dan bertindak sebagai pemerhati sahaja

No comments:

Post a Comment